Peter Schmeichel: Terlalu Awal Untuk Dean Henderson Ganti De Gea

Dean Henderson

Legenda penjaga gol Manchester United, Peter Schmeichel merasakan masih terlalu awal buat penjaga gol berbakat besar, Dean Henderson untuk merebut tempat sebagai penjaga gol utama The Red Devils yang kini dipegang David De Gea.

Bagi yang tidak mengetahui, Henderson adalah merupakan produk Akademi Manchester United apabila menyertai kelab tersebut pada tahun 2011. Lima tahun kemudian, penjaga gol berusia 23 tahun itu telah dipinjamkan ke Stockport County, Grimsby Town, Shrewsbury Town dan Sheffield United.

Tidak keterlaluan untuk memperkatakan bahawa langkah Dean Henderson membawa diri ke Sheffield United begitu membuahkan hasil setelah kelab tersebut muncul naib juara EFL Championship 2018/19 sekaligus melayakkan diri ke Liga Perdana Inggeris musim ini.

Beraksi di saingan liga paling popular di dunia itu juga turut memperlihatkan ketangkasan Henderson apabila beliau mencatatkan 10 ‘clean sheets’ untuk berada di tempat kedua bersama-sama Alisson Becker dan Kasper Schmeichel.

Prestasi baiknya itu bagaimanapun masih belum dapat meyakinkan Schmeichel untuk Henderson menggalas tanggungjawab berat bersama Manchester United.

”Adakah sesiapa yang serius untuk tidak melihat De Gea di pintu gol Manchester United dan meletakkan Dean Henderson di posisi tersebut pada ketika ini?”

Embed from Getty Images

”Tidak ada keraguan tentang potensi yang ada pada Henderson, tetapi dia bermain satu musim bersama kelab yang mencipta perjalanan luar biasa dalam Liga Perdana Inggeris,” ujar Schmeichel menurut laporan yang dikeluarkan Goal.

”Henderson perlu untuk membuktikannya pada musim berikutnya, dia seperti baharu sahaja datang dan kemudian satu lagi, dan satu lagi, untuk meyakinkan semua orang bahawa dia adalah orang yang tepat [mengisi posisi penjaga gol utama Manchester United].”

”Terdapat perbezaan yang cukup besar menjadi [penjaga gol] nombor satu di Bramall Lane dan Old Trafford, perbezaan sangat besar. Malah hanya menjadi pemain di kedua-dua kelab tersebut.”

”Saya telah melihat ramai pemain datang ke Old Trafford dengan reputasi yang hebat, penjaring gol dan mereka tidak mampu untuk melakukan apa telah dijanjikan untuk melakukannya, dengan persembahan dan bakat mereka.”

”Ia mudah kerana tekanan di Old Trafford adalah berbeza, amat berbeza, anda tahu,” ujar Peter Schmeichel lagi.”

Kredit foto: Richard Heathcote/Getty Images

Baca artikel lain kami mengenai Manchester United:

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN