EPL: Sheffield Naik Ke Tangga Kelima

Sheffield United meneruskan kempen cemerlang mereka musim ini. Semalam mereka menang 2-1 ke atas Bournemouth dalam aksi EPL yang berlangsung di Bramall Lane.

Kemenangan yan terus melonjakkan lagi kedudukan mereka di dalam carta liga.

John Lundstram masuk sebagai pemain gantian dan menjaringkan gol kemenangan pasukannya, selepas mereka ketinggalan lebih awal menerusi Callum Wilson. Billy Sharp menjadi penjaring gol penyamaan.

Kekalahan ini menyaksikan Bournemouth kini dibezakan hanya dua mata daripada zon penyingkiran. Sheffield pula hanya 2 mata dibezakan dengan tempat keempat, slot terakhir untuk ke UCL.

Callum Wilson meletakkan pasukan pelawat di hadapan seawal minit ke-13. Callum Wilson melakukan susulan selepas percubaan oleh Harry Wilson dihadang.

Sheffield memberikan respon dengan segera, menerusi kapten mereka. Billy Sharp menyamakan kedudukan pada masa kecederaan sebelum wisel rehat. Ianya berpunca daripada situasi sepakan penjuru. Di mana Bournemouth gagal mengeluarkan bola.

6 minit sebelum wisel penamat, John Lundstram memastikan kemenangan milik pasukan tuan rumah. Lundtsram antara pemain paling cemerlang dalam kempen musim ini, menjaringkan gol kemenangan pasukannya.

Beliau kini sudah menjaringkan empat gol dalam kempen Liga Perdana Inggeris.

Dean Henderson beraksi cemerlang di gawang beliau. Memberikan isyarat bahawa beliau sepatutnya menjadi no.1 England, selepas sehari sebelum itu, Jordan Pickford melakukan kesilapan.

Perlawanan berakhir dengan kemenangan memihak Sheffield United. Mereka kini menduduki tangga kelima, di atas Spurs (keenam), Everton (ketujuh) dan Man United (kelapan).

Kemenangan itu ternyata memberikan semangat kepada pasukan Sheffield United. Dan mereka kini sedang dalam persaingan untuk mengejar Chelsea.

Leave a Reply