Quantcast

KAJIAN & FAKTA

Bagaimana 34 Kelab Etnik Croatia Membentuk Sejarah Bola Sepak Australia

Fifa menggalakan agar tiada sebarang unsur perkauman dalam bola sepak. Di Malaysia, negara kita juga menggalakkan agar tiadanya unsur-unsur etnik dibawa ke dalam bola sepak.

Oleh sebab itu kita dapat melihat pasukan MIFA (Persatuan Bolasepak India Malaysia bersedia untuk menerima saranan MFL untuk mengubah nama mereka kepada Petaling Jaya City FC agar pasukan ini mudah diterima para peminat tempatan.

Bola sepak, sukan pendatang

Di Australia, bola sepak bukanlah sukan tradisi penduduk Australia. Penduduk Australia lebih gemar akan sukan seperti kriket, ragbi dan Australia Football. Bola sepak hanya mula berkembang di Australia apabila dibawa oleh etnik pendatang iaitu kaum Greek, Croatia dan Itali. Bola sepak menjadi kunci permuafakatan dan cara untuk etnik-etnik pendatang ini mengukuhkan ‘survival’ mereka di dunia asing ini. Oleh sebab itu timbul sentimen kebencian terhadap bola sepak dalam kalangan sesetengah warga kulit putih di Australia.

Mereka menganggap bahawa bola sepak ialah salah satu budaya pendatang walaupun pada hakikatnya bola sepak telah dibawa ke Australia oleh orang-orang British pada akhir abad ke-19. Kelab bola sepak pertama iaitu Wanderes telah dibentuk pada 1880 di Sydney.

Di Australia, setiap etnik membentuk pasukan bola sepak masing-masing di seluruh negeri Australia dan mereka tetap mengekalkan identiti etnik masing-masing iaitu warna kebanggaan mereka.

Jika kelab-kelab dari Greece berbangga dengan corak jalur berwarna biru laut dan putih, etnik Croatia pula berbangga dengan corak berkotak merah, putih dan biru. Oleh sebab itu pasukan-pasukan ini walaupun telah lama bertapak dan mempunyai penyokong yang banyak, namun mereka tetap diharamkan daripada beraksi di A-League.

Kelab bola sepak etnik Croatia

Antara etnik yang aktif mempromosikan bola sepak dan mengekalkan identiti mereka ialah etnik Croatia. Berdasarkan rekod terkini, di Australia terdapat 34 buah kelab bola sepak etnik Croatia yang berdaftar dan beraksi dalam kejohanan NPL dan kejohanan-kejohanan lain.

Kelab bola sepak etnik Croatia yang pertama ditubuhkan pada 1931 dan dikenali dengan nama HSNK Zora.

Kelab-kelab ini mempunyai pengaruh besar dalam bola sepak Australia dan menghasilkan banyak pemain kebangsaan Australia. Dalam senarai pemain bola sepak paling berpengaruh di Australia, 48 orang adalah pemain yang berasal dari etnik Croatia dan memulakan karier bola sepak mereka di kelab-kelab ini.

Antara pemain tersebut ialah Graham Arnold, Robbie Slater, Mark Bosnich, Mile Jedinak, Tony Popovic, Marco Bresciano, Ante Juric, Tomi Juric, Zeljko Kalac, Mile Sterjovski dan Mark Viduka.

KAISERSLAUTERN, GERMANY – JUNE 26: Dejected Australians, Vince Grella (L), Mark Viduka (C) and Tim Cahill (R) look on following their team’s 1-0 defeat and exit from the competition during the FIFA World Cup Germany 2006 Round of 16 match between Italy and Australia at the Fritz-Walter Stadium on June 26, 2006 in Kaiserslautern, Germany. (Photo by Michael Steele/Getty Images)

Mark Viduka memulakan karier bola sepak di kelab gergasi etnik Croatia dari Melbourne iaitu Melbourne Knight. Kebolehannya berjaya memancing perhatian kelab-kelab dari Croatia.

Viduka akhirnya berpindah ke Croatia untuk menyertai Dinamo Zagreb sebelum berhijrah ke United Kingdom untuk menyertai Celtic, Leeds United, Middlesbrough dan Newcastle United.

Walaupun tidak diiktiraf untuk beraksi dalam A-League tetapi mereka berjaya mengekalkan populariti di Australia dan menarik sokongan bukan sahaja penyokong dari etnik Croatia tetapi juga penyokong tempatan lain.

Kelab-kelab ini merajai liga bola sepak utama Australia (National Soccer League) sebelum liga ini dihapuskan dan digantikan dengan A-League. Dua buah kelab paling terkenal ialah Melbourne Knight dan Sydney United.

The Australian-Croatian Soccer Tournament

Kelab-kelab bola sepak ini bernaung di bawah Croatian Soccer Federation of Australia-New Zealand ada menganjurkan kejohanan khas yang melibatkan semua kelab-kelab bola sepak etnik Croatia yang dikenali sebagai ‘The Australia-Croatia Soccer Tournament’.

Kelab yang bermula sejak 1974 ini telah didominasi oleh kelab-kelab dari Sydney dan Victoria.

Antara senarai juara ialah Sydney United (10 kejuaraan), St Albans Saints (8 kejuaraan), Canberra FC (6 kejuaraan), Melbourne Knights (6 kejuaraan), Adelaide Raiders (5 kejuaraan), dan masing-masing dengan 1 kejuaraan iaitu North Geelong Warriors, Whyalla Croatia, Western Knights, Ljubuski FC, Hajduk Sydney, O’Connor Knights, Auckland Croatia dan Brisbane Knights.

Kejohanan tersebut masih lagi berlangsung sehingga kini dan sentiasa mendapat liputan media terutamanya media dari negara asal mereka iaitu Croatia.

Senarai kelab etnik Croatia di Australia mengikut negeri:

Australian Capital Territory:

Canberra FC
HNK O’Connor Knights

New South Wales:

Sydney United
South Coast United
HNK Kralj Tomislav
Hurstville ZFC
Dalmacija Sydney
HNK Edensor Park
Werrington Croatia
Inner West Football Club

Queensland:

Gold Coast Knights
Brisbane Knights FC
Sunnyside Croatia
NK Adriatic Gold Coast

South Australia:

Adelaide Raiders
Whyalla Croatia
Adelaide Croatia Vukovi

Tasmania:

Glenorchy Knights

Victoria:

Melbourne Knights
St Albans Saints
North Geelong Warriors
Dandenong City
FC Strathmore Split
St Albans Vukovar
Gospic Bears
NK Bunker
Wednesday Knights FC
Irymple Knights
HNK Mostar Melbourne 1980
Melbourne Tornado Zadar

Western Australia:

Western Knights
Gwelup Croatia
Fremantle Croatia

Nota editor: Artikel ini adalah milik Hairi Mohd dan page Football Lads. Untuk lebih banyak kupasan bola sepak sila like dan ikuti laman tersebut.