Lucas Moura: Sukar Untuk Cari Pengganti Seperti Harry Kane

Harry Kane

Sejak akhir-akhir ini, nama Harry Kane seringkali menjadi tumpuan terutama berhubung gossip perpindahan yang melibatkan penyerang berbisa England dan Tottenham Hotspur itu.

Hal ini kerana Kane sendiri telah meluahkan hasrat untuk meninggalkan kelab London Utara itu sekiranya Tottenham tidak memenangi sebarang piala dalam tempoh terdekat.

Namun bagi Lucas Moura, beliau mengharapkan agar rakan sepasukannya yang telah menjaringkan 136 gol sepanjang pembabitan dalam saingan Liga Perdana Inggeris itu supaya kekal di Tottenham Stadium.

Dalam pada itu, Moura turut mendefinasikan Kane sebagai pemain yang sangat penting buat Tottenham dan sukar dicari ganti.

LIVERPOOL, ENGLAND – MARCH 31: Lucas Moura of Tottenham Hotspur celebrates with Harry Kane after he scores his sides first goal during the Premier League match between Liverpool FC and Tottenham Hotspur at Anfield on March 31, 2019 in Liverpool, United Kingdom. (Photo by Shaun Botterill/Getty Images)

”Ia sangat sukar untuk bercakap tentang masa depan, mengenai rundingan kerana ia adalah keputusan peribadi. Saya pasti pada setiap musim, Tottenham akan mendapat tawaran kelab lain bagi mendapatkan Harry Kane.”

”Bukan saya yang akan membuat pilihan, tetapi sudah tentu saya mahu beraksi bersamanya pada musim hadapan.”

”Saya mahu dia terus kekal kerana dia sangat penting buat kami semua dan sukar untuk mencari pemain lain yang sepertinya,” ujar Moura menurut laporan Goal.

”Semua orang mengetahui bahawa dia merupakan seorang pemain ternama. Dia sangat penting buat kami, dia juga adalah penyerang dan penjaring gol hampir pada setiap perlawanan.”

”Saya yakin bahawa [Jose] Mourinho juga mahu mengekalkannya. Dia [Mourinho] bergantung kepadanya pada keseluruhan musim, juga untuk yang seterusnya,” ujar pemain kelahiran Sao Paulo itu lagi.

Tottenham Hotspur terlepas peluang untuk menamatkan kemarau piala yang kian berpanjangan selepas layak ke perlawanan akhir Liga Juara-Juara Eropah 2018/19. Hajat mereka bagaimanapun terpadam di Wanda Metropolitano selepas tunduk 0-2 pada pertemuan menentang Liverpool itu.

Kredit foto: Tottenham Hotspur FC via Getty Images

Baca artikel lain dari kami mengenai Lucas Moura:

Leave a Reply