Quantcast

BERITA

UCL 2018/19: Hatrik Moura Jadikan ‘Malam Ajaib Di Amsterdam’ Buat Spurs

Ketika babak pertama perlawanan tamat, ia bagaikan sudah ketentuan – Ajax adalah pasukan yang akan ke Madrid untuk berhadapab Liverpool di perlawanan akhir UEFA Champions League musim ini.

Namun sebaliknya berlaku, apabila kebangkitan luar biasa Tottenham Hotspur di separuh masa kedua perlawanan, menyebabkan jaguh bola sepak Belanda yang terkenal dengan corak permainan ‘total football’, rebah di arena mereka sendiri.

Gol jaringan minit ke-96 oleh Lucas Moura melengkapkan kebangkitan Spurs untuk memastikan perlawanan akhir pertandingan elit eropah pada kali ini menjadi milik pasukan dari England.

AMSTERDAM, NETHERLANDS – MAY 08: Matthijs de Ligt of Ajax scores his sides first goal during the UEFA Champions League Semi Final second leg match between Ajax and Tottenham Hotspur at the Johan Cruyff Arena on May 08, 2019 in Amsterdam, Netherlands. (Photo by Dan Mullan/Getty Images )

Ketinggalan 1-0 dari segi agregat selepas tewas dalam perlawanan pertama di London, Spurs bermula dengan buruk dalam perlawanan ini – ketinggalan seawal minit ke-5 oleh tandukan ketua pasukan berusia 19 tahun Ajax, Matthijs de Ligt.

Bintang Korea Selatan, Son Heung-Min sempat mengancam dengan percubaan beliau yang terkena palang, namun Spurs terus dihukum melalui Hakim Ziyech selepas menerima hantaran oleh Dusan Tadic.

Secara agregat, Spurs ketinggalan 3-0. Dan sekiranya Liverpool memerlukan 90 minit perlawanan untuk menumbangkan Barcelona, Spurs pula hanya memerlukan baki aksi 45 minit seterusnya untuk mengukir cerita ‘malam ajaib di Amsterdam’.

AMSTERDAM, NETHERLANDS – MAY 08: Lucas Moura of Tottenham Hotspur celebrates after scoring his team’s third goal as Andre Onana of Ajax reacts during the UEFA Champions League Semi Final second leg match between Ajax and Tottenham Hotspur at the Johan Cruyff Arena on May 08, 2019 in Amsterdam, Netherlands. (Photo by Dan Mullan/Getty Images )

Moura mengurangkan defisit jaringan selepas 10 minit perlawanan bersambung sebelum rembatan susulan bola muntah dari penjaga gol Andre Onana – hasil rembatan Fernando Llorente – bermakna kedudukan terikat 2-2. Pada ketika ini Spurs hanya memerlukan satu lagi jaringan untuk layak dengan peraturan gol di tempat lawan.

Dan nama Lucas Moura menjadi wira kelab London tersebut selepas melengkapkan hatrik dengan rembatan kaki kiri dari jarak 16 meter untuk mengesahkan tempatĀ  di perlawanan akhir.

.

KEMASKINI TERUS KEPADA ANDA!

Jadi yang pertama mendapatkan kemaskini dari kami melalui emel!