BATE Borisov Berminat Untuk Mendapatkan Khidmat Akhyar Rashid

Sebuah kelab bola sepak profesional dari Belarus, BATE Borisov dikhabarkan berminat untuk menguji pemain skuad Harimau Selatan, Akhyar Rashid dalam masa terdekat.

Menurut kenyataan daripada Football Agent – Malaysia, pihaknya akan menghubungi wakil daripada Johor Darul Ta’zim (JDT) dan Akhyar sendiri untuk berbincang mengenai tawaran daripada kelab tersebut.

JDT telah menandatangani pemain yang berusia 20 tahun itu dengan kontrak empat tahun dan mempunyai klausa pelepasan perpindahan bernilai RM12 juta.

BATE Borisov merupakan juara liga divisyen utama Belarus sebanyak 15 kali. Pasukan tersebut juga pernah beraksi dalam saingan UEFA Champions League (UCL) dan musim ini mereka berada dalam kumpulan L dalam UEFA Europa League (UEL) bersama Chelsea, PAOK FC dan MOL Vidi.

Difahamkan pencari bakat kelab tersebut tertarik dengan aksi Akhyar selepas menonton rakaman video yang melibatkan beberapa perlawanan di peringkat antarabangsa dan Liga Malaysia.

Saham bekas pemain Kedah itu tiba-tiba naik selepas mempamerkan aksi memukau ketika dalam saingan Sukan Asia di Indonesia tahun lepas sehingga menarik minat beberapa kelab ternama di Malaysia dan Thailand.

Akhyar Rashid
FOTO: Johor Southern Tigers

Pengendali skuad bawah 23 tahun negara, Datuk Ong Kim Swee sebelum ini menasihati Akhyar Rashid supaya berhati-hati dalam memilih kelab yang ingin disertainya di luar negara serta memastikan dia mempunyai tempat dalam kesebalasan utama pasukan.

Walaubagaimanpun, Kim Swee juga mahu peminat bola sepak tempatan bersikap realistik dan tidak meletakkan harapan terlalu tinggi kepada Akhyar jika beliau berhijrah ke luar negara.

Sekiranya Akhyar berjaya menandatangani kontrak bersama BATE Borisov, beliau berpeluang beraksi dalam kejohanan tertinggi eropah sama ada UCL atau UEL pada musim 2019/2020.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN