Lucas Moura: Saya Mahu Tunjukkan Bakat Saya Kepada Unai Emery

Lucas Moura

Pemain Tottenham Hotspur, Lucas Moura bukan sahaja berazam untuk memberikan sumbangan berkesan buat pasukannya menjelang pertemuan menentang Arsenal pada hujung minggu ini, malah beliau turut mempunyai misi serampang dua mata.

Misi yang dimaksudkan pemain antarabangsa Brazil itu adalah beliau mahu menampilkan permainan menarik untuk membuktikan kepada bekas pengurus beliau ketika di Paris Saint-Germain (PSG), Unai Emery (kini pengurus Arsenal) kualiti yang dimilikinya.

Ketika Emery membimbing kelab Paris tersebut, Moura lebih banyak memanaskan bangku simpanan sejak kehadiran Neymar dan Kylian Mbappe ke dalam pasukan.

”Saya percaya kepada bakat yang saya miliki. Saya akan cuba untuk menampilkan sesuatu kepadanya di Spurs.”

”Saya lupa lima atau enam bulan terakhir saya berada di PSG. Saya hanya berfikir mengenai empat tahun yang lalu apabila saya sangat gembira memenangi banyak trofi.”

”Musim lalu adalah masa untuk belajar dan membangun. Ketika ini saya merasakan lebih berpengalaman dan kuat.”

Namun begitu, Lucas Moura menjelaskan beliau tidak mempunyai sebarang masalah bersama Emery dan beliau ternyata menghormati pengurus kelahiran Sepanyol itu.

”Saya perlu menghormati setiap keputusan yang dibuat oleh jurulatih. Saya tahu ia sukar buat saya kerana dia perlu memilih 11 pemain untuk beraksi. Saya tidak suka untuk memandang ke belakang. Saya gemar untuk memandang kehadapan dalam apa yang saya lakukan.”

”Saya tidak menentang Unai (Emery), saya menghormatinya, dia merupakan seorang jurulatih yang baik.”

Kredit foto: Daily Express

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN