Kisah Didier Drogba Jadi ‘Pendamai’ Selamatkan Ivory Coast Terus Bermandi Darah

Jangan mengaku anda pengikut setia Chelsea FC dan Liga Perdana Inggeris jika tidak mengenali nama yang pernah menghiasi kejuaraan yang pernah dimenangi oleh kelab London ini.

Bagi penyokong lawan, kelibat Drogba pasti menjadi igauan yang tiada sudah dengan susuk tubuh tegap dan perwatakan serius – merobek kubu lawan di antara 2004 sehingga 2012.

Bagi penyokong setia Chelsea, Drogba adalah seorang legenda yang meletakkan nama Chelsea setaraf dengan kelab-kelab elit eropah yang lain.

Didier Drogba mencipta nama

Perjalanan karier Drogba menuju ke puncak adalah unik. Beliau tidak beraksi di peringkat tertinggi sukan ini sehinggalah berusia 23 tahun – menyertai Guingamp yang pada ketika itu beraksi di Ligue 2 di Perancis, pada Januari 2002.

(Photo by Getty Images)

Kemampuan beliau pantas mencuri tumpuan kelab lain. Drogba kemudiannya dipancing oleh Marseille 18 bulan kemudian. Tahun berikutnya, Drogba menyertai Chelsea dengan nilai perpindahan £24 juta di mana beliau mencipta nama sehingga berstatus legenda didalam sukan ini.

Jika tidak kerana Droga, ia mungkin sukar untuk kita mengenali bola sepak Ivory Coast seperti yang kita tahu pada hari ini.

Drogba hero Ivory Coast

Negara tersebut pernah terlibat di dalam perang saudara di antara tahun 2002-2005 akibat perbezaan fahaman agama dan kaum. Tatkala kepelbagaian fahaman politik gagal menoktahkan detik hitam di negara tersebut, bola sepak memainkan peranan penting untuk mengakhirinya.

Tidak boleh dinafikan kejayaan Ivory Coast melayakkan diri ke pusingan akhir Piala Dunia 2006 adalah detik permulaan kepada berakhirnya konflik di negara benua barat Afrika itu.

https://twitter.com/PurelyFootball/status/1372865436795207682

Pada Oktober 2005 Drogba dan rakan dan rakan sepasukan Ivory Coast berjaya menewaskan Sudan 3-1. Kemenangan tersebut bermakna Ivory Coast melangkah ke pusingan akhir Piala Dunia 2006 di Jerman. Ia adalah penampilan pertama Ivory Coast di Piala Dunia.

Namun di sebalik kegembiraan Drogba dan teman – temannya itu, terselit sedikit kesedihan di dalam hati sanubari mereka kerana negara mereka yang bergolak akibat perang saudara dan persengketaan politik.

Persengketaan yang telah lama berterusan itu telah mengorbankan lebih 4,000 nyawa dan ramai rakyat Ivory Coast menderita atas pelbagai faktor.

Ucapan menyentuh hati Drogba

Melalui satu sidang media yang dirangcang kapten Ivory Coast itu, Drogba telah menjemput media untuk masuk ke bilik persalinan pasukan negara mereka.

“Kepada semua lelaki atau wanita di Ivory Coast. Dari utara, selatan, timur dan barat. Hari ini kita membuktikan semua rakyat Ivory boleh bersatu padu dan menerima satu sama lain, selain daripada memainkan peranan masing-masing untuk mencapai satu matlamat: iaitu untuk layak ke Piala Dunia.

“Kami berjanji kejayaan ini boleh menyatu padukan semua kita. Hari ini saya merayu kepada semua – sambil berlutut merayu – ayuh kita saling bermaaf-maafan sesama kita.

“Negara ini kaya dengan kepelbagaian dan tidak sepatutnya berada di dalam keadaan perang sebegini. Letakkan senjata. Kita adakan pilihan raya yang adil. Saya yakin segalanya akan pulih selepas ini.”

Hasilnya pada 2007, satu perjanjian damai dilakukan dan perang ditamatkan. Drogba dan bola sepak dianggap sebagai salah seorang individu yang memainkan peranan penting di dalam menyatu padukan Ivory Coast sebagai sebuah negara.

Rumusan: Sukan pemangkin perpaduan

Di kebanyakkan negara, ahli sukan dipandang tinggi lebih daripada ahli politik – termasuk oleh golongan kanak-kanak. Ini termasuklah pemain bola sepak.

Kerana kenyataan dari Drogba seperti di atas, rakyat Ivory Coast mampu menolak perbezaan mereka. Ini membuktikan bola sepak memainkan peranan penting sebagai medium perpaduan.

 

Page Semuanya BOLA yang lama kini sedang menghadapi masalah. Jadi untuk terus membaca artikel-artikel menarik dan berkualiti, jangan lupa like dan follow page baharu Semuanya BOLA (fb.com/semuanyabolaofficial) dan siaran Telegram (t.me/mysemuanyabola).

Baca juga artikel menarik lain mengenai Didier Drogba melalui pautan di bawah:

 

Didier Drogba: Mengenang Pakar Penjaring Gol Dalam Perlawanan Akhir

Mengapa Didier Drogba Kalah Pemilihan Presiden FIF?

Diego Costa Dedah Didier Drogba Merupakan Inspirasi Kejayaan Beliau Di Chelsea

Leave a Reply