5 Kesilapan Terbesar Liverpool Pernah Lakukan Di Jendela Perpindahan

Sebelum Michael Edwards bergelar Pengarah Sukan di Anfield, Liverpool pernah melakukan banyak pembaziran dengan membawa masuk pemain-pemain yang gagal menyerlah.

Kegagalan tersebut bukan sahaja menyebabkan Liverpool berterusan ketandusan kejuaraan. Ia turut mendatangkan banyak kerugian kerana pelaburan terhadap pemain menjadi sia-sia.

Berikut adalah lima kesilapan yang pernah dilakukan oleh Liverpool sebelum ini.

Mario Balotelli

. (Photo by Simon Stacpoole/Mark Leech Sports Photography/Getty Images)

Mencari pengganti kepada pemain dengan kaliber yang dimiliki oleh Luis Suarez bukanlah perkara yang mudah. Mario Balotelli adalah gambaran bertentangan kepada karakter penyerang dari Uruguay tersebut, selain menggariskan betapa terdesaknya Liverpool untuk membawa masuk penyerang berkelas dunia ke Anfield pada era tersebut.

Tatkala Suarez yang berhijrah menyertai Barcelona dikenali sebagai seorang pemain yang berkeupayaan memusnahkan benteng pertahanan lawan dan prolifik di hadapan gawang lawan, Balotelli hanya mampu menjaringkan empat gol dari 28 penampilan yang dilakukannya bersama Liverpool dalam semua pertandingan.

Sejak ketibaannya di Anfield, Balotelli tidak pernah dilihat sesuai dengan corak permainan diterapkan oleh Brendan Rodgers. Sebaliknya Balotelli hanya memenuhi ruang dada akhbar dengan kontroversi termasuk pertengkaran dengan Steven Gerrard mengenai siapa sepatutnya mengambil sepakan penalti dalam satu perlawanan Champions League.

Balotelli akhirnya dipinjamkan ke AC Milan pada 2015 sebelum dijual kepada Nice pada musim berikutnya.

Alberto Aquilani

(Photo by Jed Leicester/Getty Images)

Antara kesilapan terbesar Liverpool ialah mereka berpendapat mampu menggantikan pemain tengah terbaik yang mereka miliki, Xabi Alonso dengan pemain yang kerap mengalami kecederaan seperti Alberto Aquilani.

Aquilani bukannya didatangkan dengan harga yang murah, apabila Liverpool terpaksa membayar £17 juta untuk bekas pemain Roma itu.

Pemain dari Itali itu sentiasa bergelut untuk menyesuaikan diri dengan kehidupan di England dan saingan Liga Perdana Inggeris. Beliau hanya melakukan 19 penampilan untuk The Reds di Liga Perdana Inggeris.

Selepas Brendan Rodgers dilantik selaku pengurus pada 2012, Aquilani dianggap sebagai pemain tidak diperlukan di Liverpool. Pemain Itali itu kemudiannya berhijrah ke Fiorentina secara tetap selepas turut mengecewakan bersama Juventus dan AC Milan sepanjang tempoh pinjaman.

Iago Aspas

Iago Aspas langsung gagal meyakinkan untuk berada di dalam kesebelasan utama Liverpool pada musim 2013/14, tatkala Luis Suarez dan Daniel Sturridge membentuk gandingan mantap di jentera serangan.

Dibawa masuk dari Celta Vigo pada musim panas dengan nilai £8 juta, masa Aspas kebanyakkannya dihabiskan untuk memanaskan bangku pemain simpanan.

Dan walaupun diberikan peluang untuk membuktikan dirinnya, Aspas gagal menawarkan kualiti yang dikehendaki dan dilihat bergelut untuk menyesuaikan diri dengan cabaran fizikal Liga Inggeris.

Selepas hanya 14 perlawanan liga dan tanpa sebarang gol, Aspas kemudiannya dilepaskan kembali ke La Liga pada 2014.

Rickie Lambert

Seorang lagi penyerang yang Liverpool beli hasil penjualan Luis Suarez ialah Rickie Lambert.

Merupakan legenda di Southampton kerana kemampuan menjaringkan gol dan membantu kelab tersebut dipromosikan dari League One ke Liga Perdana Inggeris, Lambert turut pernah mendapat panggilan menyertai skuad England.

Namun demikian Lambert gagal mengulangi prestasi yang sama ketika bersama Liverpool sebelum terus diasingkan oleh Rodgers.

Perpindahan ke Liverpool pasti menjadi perkara paling Lambert kesali kerana ia terus menghancurkan kariernya. Keyakinan menjadi isu utama, dan Lambert tidak pernah menemui sentuhan dan prestasi yang menjadikan beliau salah seorang penyerang digeruni sebelum itu.

Andy Carroll

Kesilapan terbesar pasti diukur dengan jumlah wang yang dibelanjakan tanpa memberi pulangan, dan ia jatuk kepada pembelian Andy Carroll.

Sebenarnya Carrol memulakan musim 2010/11 dengan cemerlang sebelum pemain tersebut dipancing ke Anfield pada jendela perpindahan Januari? Pembelian panik? Ia perkara yang sering dinafikan oleh Liverpool sehingga ke hari ini.

Ketibaan Carrol di Anfield sepatutnya memperkasakan jentera serangan Liverpool. Sebaliknya beliau bergelut dalam sistem permainan ‘modern-football’ Brendan Rodgers. Bekas pengurus Swansea itu pernah mendedahkan, untuk Carrol mampu menyinar, setiap aspek permainan harus tertumpu kepada penyerang itu – falsafah yang bertentangan dengan corak permainan menarik Rodgers.

Carrol hanya kekal bersama Liverpool selama dua tahun, dan hanya mampu menjaringkan enam gol dari 44 penampilan sebelum berhijrah ke West Ham pada 2013.

 

Page Semuanya BOLA yang lama kini sedang menghadapi masalah. Jadi untuk terus membaca artikel-artikel menarik dan berkualiti, jangan lupa like dan follow page baharu Semuanya BOLA (fb.com/semuanyabolaofficial) dan siaran Telegram (t.me/mysemuanyabola).

Baca juga artikel menarik lain mengenai Liverpool melalui pautan di bawah:

5 Sebab Liverpool Perlu Sambar Cristiano Ronaldo Jika Juventus Sudah Muak

10 Juara Eropah Yang Tampilkan Prestasi Buruk Di Peringkat Domestik

5 Sebab Yang Boleh Sebabkan FSG Hilang Sabar Dan Pecat Jurgen Klopp Di Liverpool

 

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN