Diego Costa Dedah Didier Drogba Merupakan Inspirasi Kejayaan Beliau Di Chelsea

Diego Costa jadikan Didier Drogba yang merupakan lagenda Chelsea sebagai inspirasi beliau di kelab London tersebut.

Contoh terbaik

Diego Costa jadikan Didier Drogba sebagai inspirasi beliau untuk menjadi penyerang yang berjaya di Chelsea sejak dahulu lagi.

Katanya, beliau telah mengikuti perkembangan penyerang Ivory Coast itu sejak beliau bermain di Chelsea lagi.

“Bagi saya, Drogba adalah contoh penyerang yang terbaik.”

“Beliau adalah penyerang yang cukup kuat, dan menjaringkan banyak gol. Bagi saya, beliau penyerang berkualiti tinggi.”

Costa dan Drogba pernah bermain di skuad yang sama iaitu ketika kali terakhir Chelsea memenangi Premier League pada 2015.

Menurut Costa, Drogba banyak membantu beliau untuk menjadi penyerang yang baik sepanjang mereka bersama-sama dalam skuad Chelsea pada tahun 2015.

Katanya lagi, beliau sangat kagum apabila melihat Drogba berlatih. Dan walaupun Drogba merupakan pemain yang bertaraf lagenda, tetapi beliau tidak sombong atau tidak lokek untuk berikan ilmunya.

Disayangi semua

Costa dikenali sebagai ‘budak nakal’ ketika di England. Hal ini menyebabkan beliau sering terpalit dengan kontroversi bersama dengan pemain lawan, pegawai perlawanan dan juga pengurus.

Terbaru, beliau bergaduh dengan pengurusnya sendiri iaitu Antonio Conte.

Pergaduhan yang berlaku ketika jendela perpindahan Januari tempoh hari telah menguatkan spekulasi beliau akan ke China.

Namun begitu, beliau sedar yang semua orang sayangkan beliau di Chelsea.

“Peminat nyata memainkan peranan ketika saya di Chelsea. Rakan sepasukan saya juga memberikan semangat kepada saya jadi mereka semua buatkan saya seperti disayangi disini.”

“Bila saya jaringkan gol dan bermain baik, semua orang suka dan hargai dan saya turut merasai penghargaan yang diberikan oleh mereka.”

“Ia memberikan semangat kepada saya dan pasukan untuk terus bermain dengan baik.”

Baca juga: Persaingan Untuk Ke EPL Musim Depan Kian Panas

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN