Didier Drogba: Mengenang Pakar Penjaring Gol Dalam Perlawanan Akhir

Didier Drogba

Tidak dapat dinafikan, Didier Drogba adalah seorang pemain legenda di Chelsea selepas memainkan peranan yang sangat penting sebagai peledak berbisa dan menyumbang 12 kejuaraan kepada The Blues.

Dengan rekod menjaringkan sembilan gol dalam 10 perlawanan akhir untuk kelab tersebut, karier Drogba di Chelsea tidak dapat dipisahkan dengan gandingan bersama pengurusnya, Jose Mourinho.

Mourinho pernah berkongsi dalam satu temubual bersama Bein Sports bagaimana pengalamannya ketika beliau mahu membawa Drogba ke Stamford Bridge.

Apabila beliau menyebut nama Drogba kepada Roman Abramovich, pemilik kelab itu bertanya, “Siapa Drogba? Main dengan pasukan mana?” Mourinho menjawab, “Mr. Abramovich, jangan cakap banyak, bayar sahaja.”

Kepercayaan jutawan Rusia kepada penilaian pengurusnya ternyata berbaloi selepas ‘pelaburannya’ dalam mendapatkan Drogba telah menghasilkan kejayaan yang dimahukan Abramovich.

Drogba telah membuktikan keberadaannya di Chelsea untuk beberapa tahun telah menjadikan beliau salah seorang penyerang tersohor di Liga Perdana Inggeris (EPL).

Sejurus sahaja tiba dari Marseille pada 2004, penyerang Ivory Coast itu tidak menunggu lama untuk memberikan impak pada musim pertamanya dengan menjaringkan gol dalam kemenangan 3-2 ke atas Liverpool dalam perlawanan akhir Piala Liga.

Dua tahun kemudian pada 2007, beliau sekali lagi menjaringkan gol dalam perlawanan akhir Piala Liga ketika berdepan Arsenal. Tahun yang sama, Chelsea berjaya menjulang kejuaraan Piala FA selepas menewaskan Manchester United dan sekali lagi Drogba menjadi wira pasukannya dengan menjaringkan gol tunggal perlawanan.

Drogba menjadi pemain pertama yang menjaringkan gol dalam tiga perlawanan akhir Piala Liga termasuk ketika kekalahan kepada Tottenham Hotspur pada 2008. Rekod jaringannya dalam perlawanan akhir juga dicatat dalam perlawanan akhir Piala FA 2009 (Everton 2-1), 2010 (Portsmouth 1-0) dan 2012 (Liverpool 2-1).

Daripada semua perlawanan akhir itu, yang paling penting dan amat bermakna buat Drogba tentulah perlawanan akhir Liga Juara-Juara Eropah (UCL) musim 2011/12 dan malam itu bakal dikenang sebagai ‘malam Drogba’.

Selepas Bayern Munich menjaringkan gol awal menerusi Thomas Muller, impian Chelsea untuk merangkul UCL buat kali pertama seperti sudah terpadam, sehinggalah gol penyamaan menerusi tandukan kencang Drogba pada minit-minit akhir telah mengherat perlawanan ke masa tambahan.

Dalam masa tambahan, Drogba telah membuat kesilapan mengasari Frank Ribery dalam kotak penalti dan memberikan sepakan penalti kepada Bayern. Namun sepakan Arjen Robben telah diselamatkan oleh Petr Cech.

Chelsea akhirnya menang hasil penentuan sepakan penalti dan Drogba yang menjadi pengambil sepakan terakhir menyudahkan tugasannya dengan sempurna menewaskan Manuel Neuer.

Selepas semusim di Shanghai Shenhua dan kemudian berkelana di Turki menyertai Galatasaray, Drogba akhirnya kembali ke Chelsea dan sekali lagi beraksi di bawah Jose Mourinho.

“Saya berkata kepadanya, kamu bukan penyerang nombor satu lagi, tetapi saya perlukan kami di sini untuk membantu saya bersama pasukan yang perlukan pemain berpengalaman untuk bantu Hazard, Willian dan pemain-pemain muda lain.

“Dia datang untuk mencipta sejarah,” kata Mourinho dan Drogba benar-benar melakukannya.

Beliau memenangi kejuaraan EPL musim 2014/15, menang Piala Liga, membuat penampilan ke 350 buat Chelsea di samping menjaringkan gol ke-50 dalam kejohanan Eropah dan akhirnya menoktahkan jumlah jaringannya di EPL dengan 104 gol.

Perpisahan keduanya bersama Chlesea lebih ikonik berbanding kali pertama. Dalam perlawanan terakhirnya bersama The Blues, Drogba telah mengalami kecederaan dan beliau telah dipangku dan dijulang beramai-ramai oleh rakan sepasukannya ketika mahu keluar padang bagaikan seorang wira di medan perang.

Seperti yang Zlatan Ibrahimovic pernah menggambarkan tentang dirinya pada satu masa dahulu, “Saya datang sebagai legenda, saya pergi sebagai raja.”

Mungkin itulah ayat yang tepat untuk menggambarkan Drogba di Chelsea.

Baca juga artikel kami yang lain mengenai Didier Drogba dan Chelsea:

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN