Adakah Safawi Rasid akan memanaskan bangku simpanan terlebih dahulu dalam aksi pembukaan liga dan Piala Sumbangsih berdepan Kedah Darul Aman FC (KDA FC)?
Ini merupakan pertembungan kedua berturut-turut buat Johor Darul Ta’zim (JDT) dan Kedah selepas tahun lalu, JDT berjaya menewaskan Kedah dengan keputusan 1-0.
Dalam lima tahun terkini, ini adalah kali ke-4 kedua-dua pasukan bertentang mata di Piala Sumbangsih. Hanya sekali Kedah menang ke atas JDT iaitu di edisi 2017. Jadi, mengapa dengan tidak menyenaraikan Safawi Rasid pun, JDT masih boleh menang?
3 Pilihan Yang Ada Buat Kedah Untuk Gantikan Ariff Farhan https://t.co/XqRv0F8enh
— Semuanya BOLA (@mysemuanyabola) February 26, 2021
Pertahanan kiri Kedah dalam situasi lemah
Seperti yang diketahui, Kedah memaklumkan mereka kehilangan khidmat bek kiri, Ariff Farhan Md Isa. Beliau adalah satu-satunya bek kiri ‘natural’ yang dimiliki Kedah selepas melepaskan beberapa tonggak musim lalu antaranya Shakir Hamzah dan Alif Yusof.
Sebagai pemain yang boleh dikategorikan sebagai ‘kaca’, seperti dijangka, beliau telah mengalami kecederaan di saat genting sebegini. Kini, Aidil Sharin mengakui beliau perlu memikirkan perancangan tanpa melibatkan pemain berusia 24 tahun itu.
Jadi, walaupun tanpa Safawi Rasid, JDT dijangka tiada masalah untuk mengeksploitasi kelemahan benteng Kedah waima menggunakan pemain muda, Ramadhan Saifullah.
Ramadhan Saifullah Kini Dalam Perancangan Cheng Hoe https://t.co/wW5WLZfzBU pic.twitter.com/7E9A1tb2yO
— Semuanya BOLA (@mysemuanyabola) September 21, 2020
JDT ada beberapa pilihan di sayap
Musim lalu adalah musim pengenalan buat Ramadhan Saifullah dan beliau melalui musim yang baik sehingga bakal tersenarai untuk bersama skuad kebangsaan. Tan Cheng Hoe sudah tertarik dengan kemampuan pemain berusia 20 tahun itu.
Seharusnya, ini adalah musim buat dirinya, namun JDT membawa pulang Safawi Rasid dari Portugal dan membawa masuk pemain naturalisasi pertama negara, Mohamadou Sumareh. Ketiga-tiganya boleh diturunkan pada bila-bila masa.
Begitupun, dijangka Benjamin Mora pastinya tidak sabar-sabar mahu mencuba dan melihat sesuatu yang baharu daripada Sumareh di sebelah kanan JDT.
CONFIRMED: 🇲🇾 Forward Mohamadou Sumareh has parted ways with Police Tero. After bringing in a lot of excitement upon his arrival, Sumareh played only 111 minutes during his time in @thaileague. pic.twitter.com/aCFqQz5ggu
— Thai League Central (@TL_Central) December 29, 2020
Sumareh sudah dapat minit permainan
Mengapa Mohamadou Sumareh? Kita sedia maklum, beliau sudah memiliki 111 minit permainan ketika bersama Police Tero di Thai League tempohari. Dengan sudah tampil dalam beberapa perlawanan, sudah tentu beliau lebih cergas berbanding yang lain.
Ya, terdapat beberapa aksi pemanas badan telah dijalankan secara tertutup oleh JDT berdepan Melaka United dan Terengganu FC (TFC), namun dengan rehat panjang yang dilalui sebelum ini, mungkin pemain-pemain lain masih memerlukan sedikit masa.
Sebagai pilihan utama, gandingan Safawi Rasid dan Gonzalo Cabrera di jentera sayap Harimau Selatan memang sukar digugat. Sumareh mungkin hadir sebagai pilihan kedua, namun adakah Safawi Rasid sudah bersedia beraksi sebagai pilihan utama.
Safawi in action against Sporting U-23 yesterday. pic.twitter.com/tqzCH1FJpZ
— Harimau Abroad🐯🇲🇾✈️ (@harimau_abroad) October 17, 2020
Safawi Rasid sudah lama tidak beraksi
Dengan sudah lama tidak turun beraksi, mungkin Safawi Rasid cuma akan dimasukkan sebagai pemain gantian terlebih dahulu. Semua tahu, ketika dipinjamkan sementara ke Portimonense SC di Portugal, beliau dikatakan sekadar ‘melancong’ di sana.
Pemain Paling Bernilai Liga Malaysia 2018 dan 2019 itu hanya tampil beraksi sekali, itupun bersama skuad B-23 kelab tersebut. Kali terakhir beliau tampil di Liga Super adalah pada Oktober tahun lalu – tampil 90 minit ketika mengatasi Sabah 4-1.
Melihatkan situasi ini, jika Benjamin Mora tidak mahu tergesa-gesa menggunakannya, mereka boleh cuba untuk mengasah semula gandingan Sumareh dan Matthew Davies.
Masa untuk asah semula gandingan Sumareh dan Matthew Davies
Sumareh dan Matthew Davies adalah gandingan ampuh di Pahang dan juga skuad kebangsaan. Malah, Tan Cheng Hoe lebih utamakan gandingan mereka berdua untuk skuad Harimau Malaya dan menolak Safawi Rasid untuk ke posisi sayap kiri.
‘Reunion’ antara kedua-duanya mungkin bakal digunakan oleh JDT dan rasanya sangat sesuai untuk dicuba ketika berdepan Kedah. Sumareh dan Matt Davies tidak perlu berkenalan kerana mereka sudah lama membentuk keserasian untuk bermain.
Dan jika gandingan ini direalisasikan, menarik untuk disaksikan bagaimana Kedah akan cuba membendungnya. Pengganti Ariff Farhan masih belum dipastikan setakat ini.
KREDIT FEATURED IMAGE: JDT LIVE
Baca lagi artikel lain mengenai Safawi Rasid dan JDT:
2 Bekas Pemain Kedah Taruhan Terbaik JDT Pertahankan Piala Sumbangsih?
Mungkinkah Safawi Rasid Tempuhi Apa Yang Diceritakan Hidetoshi Nakata Ini?
3 Sebab Mungkin Tiada Debut Buat Safawi Rasid Bersama Portimonense SC