4 Perkara Di Sebalik Penangkapan Bekas Presiden Barcelona, Josep Maria Bartomeu

Bekas Presiden Josep Maria Bartomeu menghiasi laman akhbar di eropah pada hari ini. Bartomeu sebelum ini telah melepaskan jawatannya sebagai presiden Barcelona pada Oktober tahun lalu.

Ia berikutan desakan ahli kelab Barcelona yang sebelum ini membuat referendum undi tidak percaya. Josep Maria Bartomeu telah bergelar presiden kelab selama enam tahun, sejak 23 Januari 2014.

Siapa terlibat selain Bartomeu?

Josep Maria Bartomeu, bekas presiden Barcelona telah ditahan oleh sebuah badan dan agensi dikenali sebagai Mossos d’Esquadra pada Isnin. Ia adalah sebuah agensi yang memerangi jenayah kolar putih yang berkaitan dengan kesalahan badan koperat. Menurut laporan oleh The Guardian, Bartomeu ditahan di kediamannya.

Laporan oleh Cadena SER dan RAC1 juga berkata Ketua Pegawai Eksekutif, Oscar Grau dan penguam, Roman Gomez Ponti turut ditahan di pejabat mereka di Nou Camp. Bekas pengarah kelab, Jaume Masferrer seperti Bartomeu turut ditahan di keduamannya di rumah.

Kesemua mereka dibawa ke balai polis untuk diambil kenyataan, sebelum dibebaskan.

Menurut sistem pengadilan Catalan, penahanan tersebut langsung tidak melibatkan pihak mahkamah. Ia adalah penahanan atas bidang kuasa eksklusif Mossos d’Esquarda. Mahkamah hanya terlibat dalam mengeluarkan waran untuk tujuan pencarian dokumen di pejabat kelab. Penahanan kesemua mereka berkait rapat dengan siasatan kes Barcagate.

Apa itu Barcagate?

Barcagate adalah skandal di mana Barcelona didakwa membayar sejumlah wang kepada pihak ketiga untuk memerangi sesiapa sahaja yang menentang rejim Bartomeu ketika masih berkuasa sebagai presiden. Ia termasuklah menentang beberapa nama besar di dalam kelab seperti Lionel Messi dan Gerrard Pique.

Sebelum ini Barcelona dikatakan pernah melantik sebuah syarikat dikenali sebagai I3 Ventures bertujuan melakukan pemantauan sosial. Melalui beberapa siri syarikat lain, I3 Ventures didakwa bertanggungjawab mewujudkan beberapa laman sesawang dan akaun media sosial yang bertanggungjawab menulis cerita untuk mempertahankan presiden untuk mengelak reputasi beliau diburukkan oleh pihak lain dari dalam dan luar kelab – termasuk pemain dan bekas pemain.

Barcelona turut didakwa telah berbelanja berlebihan hanya untuk tujuan tersebut. Beberapa siri bayaran kecil secara ansuran dikatakan tidak menerima kelulusan lembaga pengarah, dan kawalan dalaman. Secara keseluruhan, bayaran yang dilakukan terhadap syarikat tersebut mencecah €1,107,500 pada musim 2017/18. Kontrak baharu dengan I3 Ventures berjumlah €947,700 untuk dua musim berikutnya turut didedahkan.

Perkhidmatan dari syarikat tersebut bagaimanapun dihentikan selepas informasi mengenai perkara ini didedahkan. Setiap bayaran sebelum ini dilaporkan di bawah €200,000, yang menyebabkan semakan audit dalaman dilakukan.

Barcelona turut nafi tuduhan

Barcelona menafikan tuduhan yang terkandung dalam skandal Barcagate. Manakala I3 Vantures menafikan semua cerita negatif yang keluar dari laman media adalah dari mereka. Sebuah audit dalaman dilakukan oleh PricewaterhouseCoopers bagi pihak kelab selepas itu menafikan sebarang aktiviti rasuah atau salah guna kuasa.

Lapran PricewaterhouseCoopers menyebabkan pihak kelab mendesak semua dakwaan liar terhadap mereka oleh media ditarik balik. Namun demikian ia tidak menghentikan operai oleh pihak polis, diketuai oleh pegawai pendakwa, Adriana Gil.

Barcelona FC turut mengesahkan kehadiran pegawai dari Mossos d’Escuadra di stadium pada Isnin lalu dan berjanji akan memberikan kerjasama menyeluruh.

Ini adalah kali kedua pihak berkuasa datang untuk merampas dokumen dari stadium. Walaupun pegawai penyiasat berkata pada awalnya mereka datang untuk mendapatkan dokumen berkaitan, ia tetap berakhir dengan tagkapan.

Radio Cadena SER kemudiannya mengesahkan empat individu ditahan berkaitan kes ini kerana menjadi suspek penyalahgunaan kuasa, rasuah dan pengubahan wang haram.

Impak kepada pemilihan presiden

Penahanan Bartomeu dan beberapa yang lain tiba menjelang pemilihan presiden pada Ahad akan datang. Tiga calon sah bertanding mengambil alih jawatan presiden adalah Juan Laporta, Victor Font dan Toni Freixa.

Tidak dinafikan penahanan ini akan menjejaskan lagi reputasi kelab yang sudah pun merekodkan hutang sebanyak €800 juta. Situasi ini sudah pun meletakkan kelab dalam krisis kewangan dan institusi.

Sebelum ini Emili Rousaud yang merupakan salah seorang calon presiden pilihan Bartomeu meletakkan jawatan apabila kes Barcagate pertama kali didedahkan.

Bercakap dalam satu temubual bersama RAC1, Rousad mengkritik bagaimana kelab ini ditadbir. Pada Jun tahun lalu tindakan Barcelona menggantung pegawai sendiri, Noemi Romero yang mengetuai siasatan dalaman turut tidak membantu. Siapapun yang bakal diumumkan selaku presiden baharu Barcelona selepas ini turut perlu bertangungjawab membersihkan skandal ini.

Penutup

Barcelona mengakhiri musim lalu tanpa sebarang kejuaran dan kemuncaknya ialah kekalahan 2-8 kepada Bayern Munich di suku akhir Liga Juara-Juara Eropah. Selain itu, Bartomeu dianggap mempunyai masalah dengan kepimpinannya sebagai presiden.

Di mata ramai, Bartomeu dianggap tidak kompeten dengan perpindahan pemain yang mahal namun tidak memberikan impak lebih baik. Ini termasuk Ousmane Dembele, Philippe Coutinho dan Antoine Griezmann.

Di samping itu, Bartomeu juga dilaporkan bertengkar dengan Lionel Messi, yang hampir menjadikan kapten kelab itu angkat kaki pada musim panas lalu.

 

Page Semuanya BOLA yang lama kini sedang menghadapi masalah. Jadi untuk terus membaca artikel-artikel menarik dan berkualiti, jangan lupa like dan follow page baharu Semuanya BOLA (fb.com/semuanyabolaofficial) dan siaran Telegram (t.me/mysemuanyabola).

Baca juga artikel kami yang lain mengenai Barcelona:

5 Perubahan Berani Perlu Dilakukan Barcelona Jika Mahu Kembali Bangkit Musim Hadapan

Senarai Kereta Mewah Dibeli Messi Sejak Beraksi Bersama Barcelona

4 Perkara Di Sebalik Pendedahan ‘Penuh Kontroversi’ Kontrak Messi Oleh El Mundo

 

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN