Ia adalah perlawanan yang amat sukar menurut pengendali UiTM FC, Frank Bernhardt selepas menyaksikan skuadnya menang tipis ke atas Kelantan, malam tadi.
Turun selaku pasukan pilihan untuk aksi pusingan pertama TM Piala Malaysia 2020, UiTM terlebih dahulu mendahului aksi di babak pertama menerusi dua gol yang dihasilkan oleh Arif Anwar dan Rafie Yaacob. Kelantan yang dibimbing oleh Yusri Che Lah pula sememangnya tidak mudah untuk lebih awal mengaku kalah.
Mereka bangkit meledak dua gol menerusi Danial Ashraf untuk mengikat kedudukan, sebelum Arif Anwar muncul wira buat skuad The Lions apabila sekali lagi meledak gol, gol ketiga untuk meraih kemenangan 3-2, seterusnya mara ke suku akhir.
67' | GOL ARIF ANWAR!@uitmfclions menambah jaringan ketiga menerusi Arif Anwar. #TMPialaMalaysia2020#UiTMKEL#MFLLive pic.twitter.com/r9cWR27hj4
— MFL LIVE (@MFL_Live) November 8, 2020
Walaupun masing-masing bersaing di saingan liga yang berlainan, nyata jurang antara kedua-dua pasukan tidak berapa jauh. Kebangkitan Kelantan di babak kedua hampir untuk menyebabkan perlawanan berlanjutan sehingga ke masa tambahan dan mungkin akhirnya perlu diselesaikan menerusi sepakan penalti.
“Ia adalah satu perlawanan yang amat sukar. Selepas dua gol, walaupun berpeluang menjaringkan lebih lagi gol, kami gagal untuk melakukannya,” jelas Bernhardt.
“Di babak kedua, ‘trafik’ perlawanan agak laju dan kami terlepas dua gol. Dan ledakan Arif [Anwar] yang telah berikan kami kemenangan. Kami gembira untuk mara ke pusingan seterusnya,” tambahnya lagi dalam sidang media sejurus perlawanan.
#bolatime #ShahAlam taktikal pengendali pasukan itu Frank Bernhardt, mampu membantu mereka mara lebih jauh pada kempen kali ini. https://t.co/pAR71zWDSD
— Harian Metro (@hmetromy) November 3, 2020
Ketika ditanya mengenai masalah dalam perlawanan ini, menurut pengendali asal Jerman itu, ia adalah mengenai rentak dan kekuatan pasukan selepas rehat panjang.
“Selepas rehat sebulan tanpa sebarang perlawanan, kami hanya dapat berlatih dalam kumpulan-kumpulan kecil. Jadi ia akan berlainan kalau kami mendapat beberapa perlawanan untuk rentak dan kekuatan pasukan. Saya jangkakan perlawanan selepas ini akan berbeza sepenuhnya,” jangkanya untuk aksi suku akhir selepas ini.
Menjawab pula kepada ekspetasinya untuk aksi berdepan Pulau Pinang di suku akhir nanti, Berhardt dipetik berkata, “Dan tentunya kami mahu mara ke pusingan seterusnya pula. Saya rasakan ia akan menjadi perlawanan yang lebih berbeza.”
“Ini adalah perlawanan yang amat sukar buat kami kerana sudah agak lama kita tidak beraksi,” tegas Bernhardt sekali lagi mengenai perlawanan menentang Kelantan itu.
KREDIT FEATURED IMAGE: KELANTAN FC
Baca lagi artikel mengenai Frank Bernhardt dan UiTM FC:
Frank Bernhardt Akui Jentera Serangan UiTM FC Sedikit Bermasalah