Aksi Kieran Tierney Jatuh Dibentes ‘Hantu’ Jadi Bahan Ketawa

Kieran Tierney Arsenal Aston Villa

Bukan setakat malu dengan kekalahan kepada Aston Villa di tempat sendiri, tetapi ada perkara lain yang mahu segera dilupakan pemain pertahanan Arsenal, Kieran Tierney dalam perlawanan tersebut.

Pada minit-minit awal permainan, bekas pemain Celtic itu secara tiba-tiba melakukan sesuatu di luar jangkaan iaitu hilang kawalan bola dan keseimbangan badan lalu terjatuh tanpa disentuh oleh mana-mana pemain lawan.

Keadaan tersebut memudahkan pemain terbaik perlawanan, Ollie Watkins mendapatkan bola tanpa perlu melakukan sebarang asakan.

Ia mengakibatkan Tierney dan pasukannya menjadi bahan ketawa di media sosial. Tidak ketinggalan legenda England Gary Lineker turut mentertawakan bek kiri Scotland berkenaan.

Dalam beberapa ciapan di Twitter, ada yang mengatakan Tierney ‘tidak berfungsi’. Manakala yang lain pula mendakwa beliau dibentes oleh hantu legenda Celtic, Jock Stein kerana meninggalkan kelab berkenaan.

Pemain berusia 23 tahun itu juga pernah mencuri perhatian dengan gayanya ketika pertembungan dengan Mohamed Salah dalam perlawanan menentang Liverpool sebelum ini.

Ada juga yang mendakwa kini Phil Jones yang selama ini menjadi bahan ketawa disebabkan wajahnya tidak lagi keseorangan.

Selepas tewas 3-0 kepada Villa, kedudukan Mikel Arteta kini menjadi persoalan selepas desakan untuk beliau dipecat semakin kuat dalam kalangan penyokong.

Kredit Foto: Sportbible

Baca juga artikel kami yang lain mengenai Arsenal:

Leave a Reply