Penyokong Arsenal Gesa Pecat Arteta, Ganti Dengan Pochettino

Mikel Arteta Arsenal

Kekalahan 3-0 kepada Aston Villa pastinya perit untuk ditelan penyokong Arsenal dan kini tekanan tertumpu kepada pengurus Mikel Arteta yang sudah tewas buat kali keempat dalam aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) pada musim ini.

Arteta mengakui kekalahan pasukannya pada Ahad merupakan yang terburuk dalam kerjayanya sebagai pengurus dan penyokong The Gunners mula menggesa agar beliau segera dipecat untuk mengubah nasib pasukan.

Kini dua nama sudah disebut-sebut untuk menggantikan jurulatih Sepanyol itu iaitu Max Allegri dan Maurico Pochettino yang masih ‘menganggur’.

Allegri meninggalkan Juventus selepas berakhirnya musim 2018/19 sementara Pochettino juga masih belum menyertai mana-mana pasukan sejak dipecat oleh Tottenham Hotspur pada musim lepas.

“Arteta perlu disingkirkan malam ini dan kita perlu gunakan tempoh rehat aksi antarabangsa ini untuk membawa masuk Max Allegri atau Mauricio Pochettino,” kata seorang penyokong Arsenal yang ditemubual dalam Radio BBC.

“Saya dah hilang sabar dan saya sudah bercakap dengan ramai penyokong Arsenal dan mereka juga bersetuju dengan cadangan saya. Saya lebih awal lagi tak setuju dia dipilih sebelum ini. Ada perbezaan yang besar antara letak kon di padang latihan Manchester City dengan menguruskan kelab seperti Arsenal.

“Dia sepatutnya buat apa yang Lampard atau Gerrard lakukan. Jadi pengurus di kelab yang kecil dahulu dan mungkin kamu boleh kembali selepas beberapa tahun. Jawatan ini terlalu besar untuknya.”

https://twitter.com/JackFutbolStuff/status/1325546654255226882?s=20

“Memang dia menang Piala FA dan cuba perbaiki banyak perkara, mungkin ada sedikit peningkatan di bahagian pertahanan tetapi lihat di bahagian serangan. Kita tidak menjaringkan gol dalam permainan terbuka untuk empat perlawanan.”

Musim lepas Arsenal menamatkan saingan di tangga kelapan dan terlepas tiket ke kejohanan Eropah pada musim ini. Arsenal kini menghuni tangga ke-11 liga dengan hanya mengumpul 12 mata selepas lapan perlawanan.

Baca juga artikel kami yang lain mengenai perkembangan bola sepak Inggeris:

Saha: Manchester United Perlukan Empat Orang Lagi Bruno Fernandes

Frank Lampard: Jurang Dengan Liverpool & Man City Masih Jauh, Kami Perlu Merendah Diri

Klopp: EPL Musim Ini Bukan Lagi Perlumbaan Antara Liverpool & City Sahaja

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN