Dah 42 Tahun Pun Hilton Sambung Kontrak Lagi Dengan Montpellier

Vitorino Hilton

Kapten kelab Perancis, Montpellier, Vitorino Hilton yang sudah berusia 42 tahun telah menandatangani lanjutan kontrak untuk setahun lagi untuk mengekalkannya di kelab tersebut sehingga 2021.

Kontrak HIlton yang sepatutnya tamat pada 30 Jun ini menyertai Montpellier pada 2011 telah membuat 321 penampilan untuk pasukan tersebut dan memenangi kejuaraan Ligue 1 pada musim pertamanya.

“Ini adalah lanjutan kontrak yang paling indah buat saya kerana saya rasa ianya akan jadi kontrak terakhir saya sebagai pemain profesional,” kata Hilton dalam kenyataan rasmi yang disiarkan dalam laman web rasmi pasukan.

“Saya memang mengimpikan untuk bermain sehingga umur 40 tahun, tetapi saya tidak menyangka berpeluang untuk bermain sehingga 43 tahun,” kata pemain kelahiran Brazil itu.

Hilton memulakan karier profesionalnya pada 1996 bersama Chapecoense dan beraksi di kelab Brazil itu untuk selama tiga tahun sebelum berpindah ke Parana Clube.

Beliau berhijrah ke Eropah dengan menyertai kelab Switzerland Sercertte. Karier hebatnya di Perancis bermula apabila beliau berpindah  ke Lens dan kekal selama lima tahun sebelum menyertai Marseille pada 2008.

Walaupun beraksi pada usia ini, Hilton bukanlah ‘penumpang’ dalam pasukannya. Musim ini beliau telah membuat 33 penampilan dalam semua pertandingan termasuk 28 perlawanan Ligue 1 sebelum musim ini dibatalkan dan ditamatkan dengan serta merta ekoran pandemik COVID-19.

Pasukan Paris Saint-Germain telah pun diumumkan sebagai juara.

Baca juga artikel kami yang lain mengenai Montpellier dan Ligue 1:

Leave a Reply