Troy Deeney: Keselamatan Keluarga Pemain Lebih Penting

Troy Deeney

Kapten Watford, Troy Deeney berkata beliau tidak akan sesekali meletakkan keluarganya dalam risiko berikutan kebimbangannya mengenai perancangan Liga Perdana Inggeris (EPL) untuk kembali menyambung perlawanan tidak lama lagi.

Penyerang berusia 31 tahun itu berkata beliau mungkin tidak akan bermain jika merasakan tindakan itu boleh membuatkan kesihatan dan keselematan keluarganya dalam bahaya.

Kebimbangannya itu turut disuarakan oleh Kapten Norwich City, Grant Hanley yang mengatakan beliau tentunya khuatir apabila kembali ke rumah selepas perlawanan memandangkan isterinya kini sedang hamil.

Kedua-dua pemain berkenaan terlibat dalam mesyuarat bersama EPL pada minggu ini bagi membincangkan prosedur dan protokol keselamatan bagi menyambung semula aksi liga.

https://twitter.com/WD18Fans/status/1261067864406188038?s=20

Perbincangan yang dibuat menerusi panggilan video dalam talian pada Rabu itu dibuat antara pihak pengurusan liga, staf perubatan dan Persatuan Pemain Bola Sepak Profesional (PFA).

Kerajaan United Kingdom juga telah memberi lampu hijau kepada EPL untuk kembali disambung pada bulan Jun.

Badan induk bola sepak England itu berharap semua aksi dapat disambung bermula 12 Jun dengan semua perlawanan diadakan di stadium tertutup tanpa kehadiran penyokong.

“Saya rasa tidak wajar untuk bercakap tentang bola sepak ketika ini. Saya sedang bercakap soal kesihatan keluarga saya,” kata Deeney dalam akaun Instagram.

“Saya tidak akan bermain kerana ianya akan meletakkan keluarga saya kepada risiko. Jadi apa yang mereka akan buat? Ambil gaji saya? Saya tidak kisah.

“Mereka mengatakan tidak akan bermain di hadapan penyokong sehingga 2021. Jika ianya tidak selamat untuk penyokong berada dalam stadium, jadi kenapa mereka merasakan ianya selamat untuk pemain berada di sana?” soalnya lagi.

Aksi EPL telah pun ditangguhkan sejak 13 Mac disebabkan pandemik COVID-19 dan kebanyakan pasukan hanya tinggal 9 perlawanan berbaki.

Pasukan Deeney kini hanya dipisahkan dengan perbezaan gol dengan pasukan di zon penyingkiran manakala Norwich pula kini menghuni dasar liga.

Sebelum ini beberapa pemain juga telah melahirkan kebimbangan yang sama termasuk pertahanan Newcastle, Danny Rose serta dua pemain Manchester City, Sergio Aguero dan Raheem Sterling.

Hanley pula mengatakan beliau bukan hanya risaukan keselamatan dirinya, tetapi yang lebih penting adalah keadaan isterinya yang dijangka akan bersalin pada Julai ini.

“Setiap pasukan mempunyai pandangan yang berbeza mengenai perkara ini. Isu utama adalah kebimbingan dalam meletakkan keluarga kami dalam risiko,” kata Hanley lagi

Baca juga artikel kami yang lain mengenai ‘Project Restart’ dan EPL:

Leave a Reply