Penyerang Montpellier Beritahu Banyak Pasukan Ligue 1 Tak Takut Dengan PSG Sejak Zlatan Keluar

Tidak pernah disangka terjadi sebelum ini: seorang pemain membawa kesan yang cukup besar kepada sebuah liga. Inilah yang berlaku kepada PSG apabila Zlatan Ibrahimovic meninggalkan kelab tersebut.

Ketiadaannya membuatkan liga tersebut suram. Dan lebih teruk ia membuatkan bekas pasukannya kini tidak lagi digeruni lawan.

Impak Zlatan

3 bulan selepas Zlatan Ibrahimovic meninggalkan PSG, namanya masih lagi menjadi bualan hangat media-media di Perancis.

zlatan-ibrahimovic-psg-v-toulouse-ligue_3374135

Namanya menjadi bualan bukan kerana prestasinya di Manchester United yang menjadi tumpuan. Sebaliknya ia adalah mengenai prestasi bekas pasukannya yang tidak mengancam pada musim ini.

Di atas kertas, PSG ternyata pasukan terkuat di Perancis dari segi barisan pemain yang mereka ada.

Tetapi prestasi PSG sejak akhir-akhir ini agak terumbang-ambing. Mereka cuma mengutip 13 mata daripada 7 perlawanan liga dan kini menghuni tangga ke-4 liga.

Lebih memeritkan, mereka kini telah mencatatkan 2 kekalahan dari 7 perlawanan musim ini. Musim lepas PSG hanya memperoleh 2 kekalahan sepanjang musim!

Dan yang terbaru, mereka tewas 0-2 kepada Toulouse pada aksi liga minggu lepas.

b979790396z-1_20160923225620_0

PSG boleh dikatakan sedang dalam proses menyesuaikan diri dengan kehidupan selepas Zlatan dan bekas pengurus, Laurant Blanc.

“Rapuh ibarat kaca”

Bagi penyerang Montepillier Ryad Boudebouz (gambar bawah), beliau merasakan PSG kini merupakan sebuah kelab yang rapuh bak kaca.

boudebouz-re-fle-chit

“Perginya Zlatan ke England telah memberikan semangat kepada kelab Ligue 1 yang lain.”

“PSG kini merupakan kelab yang rapuh ibarat kaca. Ketika Zlatan masih disini, mereka adalah pasukan yang cukup mantap.”

 

Boudebouz menyamakan pemergian Zlatan seperti pemergian Sir Alex Ferguson yang bersara dari Manchester United.

c_2_foto_245880_image

Menurut Boudebouz:

“Kini, PSG telah meragui kebolehan diri sendiri.”

“Ini membuatkan mereka pasukan yang tidak lagi kami gerunkan. Bila kami cuba menentang mereka, mereka pasti tidak gemarkannya.”

Boudebouz berpendapat pada musim inilah pasukan-pasukan Ligue 1 berpeluang untuk ‘melenyapkan’ PSG.

“Untuk lenyapkan PSG, kita perlu buli mereka. Jangan bagi muka langsung.”

“Mereka adalah pasukan yang mempunyai pemain yang cukup baik. Jika kami biarkan mereka bermain permainan mereka, kami akan dibelasah sehingga 3 atau 4 gol!”

los-jugadores-del-toulouse-cel

Jadi apa sebenarnya yang menyelubungi PSG ketika ini?

Adakah mereka memang berada dalam keadaan sukar untuk menyesuaikan diri dengan ketiadaan individu berpengaruh seperti Zlatan di atas padang?

Atau pun ini sekadar tempoh normal untuk pasukan yang sedang menyesuaikan diri dengan taktikal dari pengurus baharu mereka?

Baca juga: Zlatan Ibrahimovich: Antara Egois, Keangkuhan, Kemasyhuran & Sweden

Leave a Reply