Mbappe Mahu Kasut Emas Ligue 1 Diberi Juga Kepada Ben Yedder

Mbappe Ben Yedder

Penyerang Paris Saint-Germain (PSG), Kylian Mbappe telah menyatakan hasratnya untuk berkongsi anugerah kasut emas Ligue 1 musim ini dengan penyerang Monaco, Wissam Ben Yedder.

Beliau telah dinamakan sebagai pemenang anugerah penjaring terbanyak selepas Liga Bola Sepak Profesional (LFP) memutuskan untuk menamatkan saingan liga musim 2019/20 walaupun Ben Yedder manyamai jumlah 18 gol.

Pemain berusia 21 tahun itu diumumkan sebagai pemenang kerana semua 18 gol yang dijaringkannya adalah dalam permainan terbuka, sementara penyerang Monaco itu pula menjaringkan tiga gol menerusi sepakan penalti.

Bagaimanapun, Mbappe percaya kedua-dua pemain berhak menerima anugerah tersebut sepertimana Mohamed Salah, Sadio Mane dan Pierre-Emerick Aubameyang berkongsi anugerah tersebut di saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) selepas menjaringkan 22 gol pada musim lepas.

“Terima kasih kepada semua di atas ucapan-ucapan yang saya terima dalam mesej,” ujar Mbappe dalam akaun Twitter miliknya.

“Saya merasakan Wissam juga berhak menerima trofi ini seperti mana Liga Perdana Inggeris lakukan pada musim lepas.”

https://twitter.com/globalwatch_7/status/1258863282338910208?s=20

LFP juga telah mengumumkan PSG sebagai juara liga selepas semua baki perlawanan musim ini tidak dapat disambung ekoran keputusan kerajaan Perancis yang melarang sebarang aktiviti berkumpulan sehingga September.

Skuad kendalian Thomas Tuchel itu mendahului liga dengan perbezaan 12 mata di depan Marseille. Kedudukan terakhir liga diambil kira sebagai keputusan akhir dengan turut mengambil kira sistem satu mata bagi setiap perlawanan.

Pasukan itu juga sudah pun mara ke peringkat suku akhir Liga Juara-Juara Eropah (UCL) selepas menewaskan Borussia Dortmund di peringkat 16 pasukan terakhir tempoh hari.

Namun Persekutuan Persatuan Bola Sepak Eropah (UEFA) masih belum memutuskan sama ada kejohanan Eropah tersebut akan diteruskan ataupun tidak.

Kredit Foto: TrakFootball

Baca juga artikel kami yang lain mengenai Kylian Mbappe:

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN