Rio Ferdinand: Kylian Mbappe Jadi Pendorong Anak-Anak Saya

Ferdinand

Bekas pertahanan kental England yang menyambut ulang tahun kelahirannya semalam, Rio Ferdinand mendedahkan bahawa Kylian Mbappe memainkan peranan cukup besar sebagai model ikutan buat dua anaknya, Tate dan Lorenz untuk menjadi pemain bola sepak.

Mbappe yang berusia 20 tahun sudah mengecapi pelbagai nikmat termasuk membantu Perancis menjuarai Piala Dunia 2018 serta banyak kejayaan bersama Paris Saint-Germain.

”Mbappe merupakan nombor satu kerana bagi mereka [Tate dan Lorenz] dia menjaringkan begitu banyak gol dan telah beraksi di Piala Dunia.”

”Mereka melihat kejayaan dan sesuatu yang ingin mereka lakukan. Ya, dia merupakan ‘superstar’ tetapi dia seorang yang baik dan merendah diri.”

”Mereka menggemari auranya [Mbappe] itu. Saya juga suka mereka menjadikan Mbappe sebagai model ikutan kerana dia bercakap mengenai semua perkara yang betul.”

 

View this post on Instagram

 

Super Sunday… putting the boys through their pre season training…. Lorenz got his @d_degeaofficial gloves on!! ??

A post shared by Rio Ferdinand (@rioferdy5) on

”Lebih penting lagi, apabila dia menandatangani kontrak baharu, keluarganya akan berada bersama. Sebagai ‘superstar’, dia salah seorang yang saya suka jika anak saya ingin mengikutinya.”

”Mereka juga turut menyukai [Virgil] Van Dijk dan anak sulung saya seorang penjaga gol. Pemain kesukaannya adalah David de Gea, Ederson dan Marc-Andre ter Stegen,” ujar Ferdinand berkongsikan kepada Goal.

Lorenz kini menjengah usia 13 tahun manakala adiknya, Tate berusia 11 tahun. Ferdinand turut mempunyai seorang perempuan iaitu Tia Ferdinand [lapan tahun].

Ketiga-tiga anak tersebut adalah hasil perkongsian hidupnya bersama mendiang Rebecca Ellison yang meninggal dunia pada  2015 akibat barah payudara.

Rio Ferdinand kemudiannya mengahwini Kate Wright pada September lalu.

Kredit foto: Irish Mirror

 

Leave a Reply