Satiananthan: Buat Apa Ambil Pemain Kacukan Main Divisyen Empat?

B. Satiananthan Pemain Kacukan

Mungkin sesetengah pihak teruja apabila mendapat tahu ada pemain berdarah kacukan yang beraksi di luar negara layak beraksi untuk skuad kebangsaan. Tetapi tidak buat Presiden Persatuan Jurulatih Bola Sepak Malaysia (PJBM), B. Satiananthan yang berfikiran sebaliknya.

Menurut kenyataannya kepada Berita Harian, Ketua Jurulatih Selangor itu mengingatkan kepada semua pihak agar tidak terlalu ghairah dalam mencadangkan pemain-pemain kacukan untuk menyertai skuad kebangsaan di bawah kendalian Tan Cheng Hoe.

Sebelum ini timbul spekulasi mengenai dua pemain berdarah kacukan, Harry Edge dan Marcel Kolanda yang dilaporkan bersedia untuk menyarung jersi Skuad Harimau Malaya.

Harry Edge adalah kacukan Malaysia-New Zealand, sementara Marcel Kalonda memaklumkan yang beliau memiliki pertalian darah dengan Malaysia menerusi datuknya.

Satiananthan bagaimanapun kurang senang dengan perkembangan terbaharu tersebut dengan mengatakan keputusan sama ada mahu mengambil pemain berdarah kacukan terletak di tangan Cheng Hoe yang perlu bersikap teliti dalam aspek pemilihan pemain.

“Kadang-kadang ramai orang yang tiada kena mengena cakap pasal pemain dari luar [negara]. Adakah orang itu berhak untuk memberitahu mereka boleh bermain dengan skuad kebangsaan? Bagi saya, apa saja kenyataan perlu keluar daripada Cheng Hoe dan dia yang akan berhubung dengan pemain itu.

“Saya sokong jika Cheng Hoe mahukan seseorang pemain, tapi cadangan atau keputusan itu tidak boleh datang dari orang lain sama ada ejen atau sebagainya. Ini bukan perniagaan, ini untuk main dengan skuad kebangsaan.

“Cheng Hoe yang akan lihat pemain itu dan kalau perlu pergi ke tempat mereka beraksi. Cheng Hoe kena pergi lihat dengan mata sendiri sama ada mereka sesuai atau tidak berada dalam skuad kebangsaan.

“Kita pun tak tahu kerana tiba-tiba nama pemain (kacukan) ini muncul. Tapi kalau dia (Cheng Hoe) mahukan seorang pemain yang lebih handal dari Safawi (Rasid) atau Mohamadou Sumareh, mungkin dia kena pergi tengok pemain ini beraksi dalam tiga atau empat perlawanan.

Tambah Satiananthan lagi, bukan semua pemain bersama kelab luar negara bagus kerana ada dalam kalangan mereka sekadar beraksi dalam liga divisyen empat atau lima. Bagi beliau, skuad kebangsaan yang sudah ada ketika ini sudah cukup stabil terutamanya dengan kehadiran pemain naturalisasi terbaharu, Liridon Krasniqi.

Mengulas mengenai prestasi pemain tengah Johor Darul Ta’zim (JDT) itu, beliau percaya Cheng Hoe sangat mengenali pemain tersebut sejak bekerjasama semasa di pasukan Kedah dan tahu bagaimana mahu memanfaatkan kelebihan yang dimiliki pemain kelahiran Kosovo itu.

“Mungkin dia (Liridon) bukan pemain utama dalam skuad JDT (Johor Darul Ta’zim) sebab ramai pemain terbaik di sana. Tapi kita tahu kekuatan dan kelemahan Liridon. Jadi terpulang kepada kebijaksanaan Cheng Hoe,” katanya.

Kredit Foto: Football Tribe

Baca juga artikel kami yang lain mengenai B. Satiainanthan:

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN