Correa, Vrsaljko Positif COVID-19, Jadual UCL Atletico Berdepan Leipzig Mungkin Ditangguh

Atletico Madrid

Atletico Madrid telah pun membatalkan sesi latihan akhir menjelang perjalanan ke Lisbon bagi menghadapi perlawanan suku akhir saingan Liga Juara-Juara Eropah (UCL) berikutan dua anggota pasukan tersebut, Angel Correa dan Sime Vrsaljko didapati positif wabak COVID-19.

Menurut jurucakap kelab tersebut, Atletico sepatutnya memuakan perjalanan ke ibu kota Portugal itu pada Isnin, namun semua pergerakan dan perancangan terpaksa ditangguhkan sehingga mereka mendapatkan keputusan ujian saringan kedua yang melibatkan semua pemain dan staf.

Atletico Madrid yang telah dijadualkan berdepan RB Leipzig pada Khamis ini telah mengumumkan dua daripada anggota skuad telah disahkan positif pada Ahad namun hanya mendedahkan nama kedua-dua pemain tersebut pada Isnin.

“Perkembangan ini akan mengganggu jadual sesi latihan serta perjalanan dan penginapan di ibu kota Portugal. Pihak kelab akan bekerjasama dengan UEFA bagi membincangkan jadual baharu UCL secepat mungkin.” ujar Atletico dalam kenyataan mereka.

Sewaktu saringan yang dibuat pada bulan Jun sebelum saingan liga kembali bersambung setelah tiga bulan tertangguh, tiada pemain atau pegawai Atletico yang didapati positif dan saingan La Liga dapat ditamatkan tanpa sebarang insiden tidak diingini.

Namun ujian rawak yang dibuat kepada pasukan divisyen kedua, Fuenlabrada yang berpangkalan di Madrid pada bulan lepas telah menimbulkan sedikit kekecohan. Kes positif di Sepanyol kini terus meningkat dengan mencatat lebih 360 ribu dengan 28 ribu kematian.

Pihak Kesatuan persatuan Bola Sepak Eropah (UEFA) dilaporkan akan mengadakan perbincangan dalam masa terdekat untuk membuat keputusan mengenai perlawanan yang sepatutnya berlangsung minggu ini dengan kemungkinan terbesar adalah membuat pindaan jadual yang melibatkan pasukan dari Sepanyol itu.

Baca juga artikel kami yang lain mengenai perkembangan bola sepak Eropah:

Leave a Reply