UCL Kembali Bersambung 7 Ogos, Format Baharu Diperkenalkan

UCL

Saingan Liga Juara-Juara Eropah (UCL) 2019/20 yang terhenti di peringkat 16 disahkan akan kembali bersambung pada 7 Ogos nanti, seperti yang diumumkan oleh laman sesawang rasmi badan induk bola sepak Eropah, UEFA.

Sebelum kempen dihentikan empat perlawanan sudah dijalankan yang mana Paris Saint-Germain (PSG), Atalanta, Atletico Madrid dan RB Leipzig sudah pun menempah tempat ke suku akhir.

Manakala baki empat lagi aksi kedua yang menemukan Real Madrid dan Manchester City, Chelsea menentang Bayern Munich, Lyon bertemu Juventus dan Napoli berdepan Barcelona tidak dapat diadakan.

Sehubungan dengan itu, UEFA telah memilih tarikh 7 dan 8 Ogos bagi membolehkan baki empat perlawanan itu diadakan dan lokasi perlawanan masih lagi belum dapat dipastikan sama ada bermain di gelanggang tuan rumah atau stadium berkecuali di Portugal.

Hal ini kerana format yang akan dipraktikkan bagi menamatkan kempen musim ini adalah dengan semua perlawanan suku akhir dan separuh akhir adakan diadakan di Lisbon yang mana tiada lagi aksi timbal balik seperti kebiasaan.

Ini bermakna setiap pasukan yang berjaya memenangi dua peringkat tersebut akan beraksi secara berturut-turut di Portugal kerana perlawanan akhir bakal diadakan di Estádio do Sport Lisboa e Benfica.

Lebih menarik untuk diperkatakan, aksi bakal berlangsung secara berturut-turut apabila suku akhir akan diadakan pada 12 hingga 15 Ogos, kemudiannya disusuli dengan separuh akhir pada 18 dan 19 Ogos dan diakhiri dengan final pada 23 Ogos nanti.

UEFA dalam pada itu turut mengumumkan lima pertukaran boleh dilakukan dan peraturan itu hanya digunakan untuk baki saingan musim ini sahaja dan tiga pertukaran akan kembali digunakan pada musim 2020/21 nanti.

Pasukan bertanding juga dibenarkan untuk mendaftarkan tiga pemain baharu dalam senarai terdahulu untuk baki musim 2019/20 dengan syarat pemain seperti itu sudah didaftarkan dan layak untuk kelab sejak tarikh akhir pendaftaran terakhir (3 Februari 2020 bagi Liga Juara-Juara UEFA dan UEFA Liga Europa). Bagaimanapun kelab tidak dibenarkan mendaftarkan pemain yang baharu sahaja menyertai pasukan.

Berikut adalah keputusan baki empat lagi perlawanan peringkat 16 yang masih belum berakhir:

Juventus vs Lyon (0-1)
Manchester City vs Real Madrid (2-1)
Bayern vs Chelsea (3-0)
Barcelona vs Napoli (1-1)

Kredit featured image: VI Images via Getty Images

Baca artikel lain dari kami mengenai Liga Juara-Juara Eropah:

Leave a Reply