Jamie Carragher Akui Tak Terkejut Lihat Kesilapan Dilakukan David Luiz

David Luiz

Legenda Liverpool, Jamie Carragher tanpa berselindung mengakui bahawa beliau tidak terkejut melihat kesilapan yang dilakukan pertahanan Arsenal, David Luiz ketika aksi menentang Manchester City, awal pagi tadi.

Luiz yang bermula sebagai pemain simpanan telah dimasukkan oleh Mikel Arteta pada minit ke-24 setelah beliau menggantikan Pablo Mari yang mengalami kecederaan hamstring.

Kemasukan pemain kelahiran Sao Paulo, Brazil itu mula menjadi mimpi ngeri buat Arsenal apabila seperti diketahui, dua kesilapan dilakukannya telah memberikan gol buat Manchester City.

”Saya tahu Kevin De Bruyne mendapat bola yang baik pada ketika itu tetapi [kesilapan] itu berlaku dengan kerap, jadi tidak mengejutkan mengapa dia diletakkan di bangku simpanan.”

”Seperti yang saya katakan sebelum perlawanan, saya tidak melihat masa depan David Luiz bersama Arsenal pada musim hadapan.”

”Orang memperkatakan tentang pengalaman. Kadangkala pengalaman merupakan salah satu daripada kualiti yang tinggi. Ia sebenarnya seberapa bagus diri anda.”

”Tidak kiralah berapa umur anda. David Luiz tidak begitu baik buat Arsenal. Mereka mempunyai seorang pemain muda Perancis yang akan datang pada musim hadapan.”

”Mereka juga mempunyai [Pablo] Mari, mereka perlu membawa masuk seorang lagi pemain kerana sudah mempunyai Sokratis, [Shkodran] Mustafi yang bermain malam tadi. Mereka semua masih tidak terlalu baik,” ujar Jamie Carragher menurut laporan Goal.

Luiz yang kini berusia 33 tahun telah menyertai Arsenal daripada musuh tradisi, Chelsea pada saat akhir jendela perpindahan musim panas lalu dengan yuran perpindahan bernilai £8 juta.

Kredit featured image: Harriet Lander/Copa/Getty Images

Baca artikel lain dari kami mengenai David Luiz:

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN