Baru Berapa Hari Masuk City, Ferran Torres Dah Buat Guardiola Bengang

Ferran Torres Guardiola Manchester City

Ferran Torres baru sahaja beberapa hari menyertai Manchester City, tetapi sudah pun mengecewakan pengurusnya, Pep Guardiola kerana ulasannya dalam satu temubual.

Pemain berusia 20 tahun itu menandatangani kontrak selama lima tahun di Etihad selepas melengkapkan perpindahan dari kelab Sepanyol, Valencia bernilai £20.8 juta (RM114 juta) termasuk bonus tambahan.

Ketika semua orang sedang ternanti-nanti apakah yang mampu disumbangkan oleh pemain muda Sepanyol itu, permulaannya di Manchester City dirosakkan dengan satu temubual bersama media Sepanyol, MARCA.

Torres mendedahkan kemahuannya untuk menjadi kapten Valencia dan menjadi pemain yang menerima bayaran paling tinggi sebagai sebahagian daripada syarat untuk beliau terus kekal di Mastella.

“Pertama saya mahu pemilik kelab, Peter Lim sendiri terlibat dengan rundingan untuk pembaharuan kontrak saya. Itu akan menunjukkan betapa pentingnya saya kepada pasukan.

“Kedua mereka perlu jadikan saya kapten pasukan, yang memang merupakan impian saya. Itulah yang dibuat oleh kelab lain untuk mengekalkan pemain muda mereka seperti Mikel Oyarzabal dan Fernando Torres.

“Dan perkara ketiga adalah untuk menjadikan saya penerima gaji tertinggi dalam pasukan. Saya tahu Valencia tidaklah mampu untuk membayar gaji tinggi seperti mana kelab-kelab besar Eropah yang lain, tetapi itulah yang mereka perlu buat untuk kekalkan saya.”

“Saya harap mereka dapat penuhi dua daripada tiga perkara tersebut, tetapi satu pun mereka tak buat. Itu menunjukkan kelab memang tak berminat untuk kekalkan saya di sana.”

Perkara lain yang membuatkan Guardiola bengang adalah tindakan Torres mengkritik kapten Valencia, Daniel Parejo secara terbuka dalam temubual tersebut yang menurutnya adalah satu tindakan yang tidak sepatutnya dilakukan.

“Perejo adalah pemain yang hebat, tetapi saya secara peribadi tidak pernah ada hubungan yang baik dengannya,” kata Torres.

“Semasa saya baru menyertai skuad utama, ketika itu saya berusia 17 tahun. Selepas beberapa minggu berlalu, barulah dia mula menegur dengan ucapan ringkas ‘selamat pagi’ kepada saya. Pada saya dia bukan kapten yang baik.”

Sumber dari pihak kelab melaporkan sehari selepas temubual tersebut, Guardiola telah pun meminta pihak pengurusan kelab bercakap dan menasihatkan pemain baharunya itu menunjukkan beliau tidak gembira dengan apa yang berlaku.

Menurutnya, sebarang itu yang melibatkan pasukan lama tidak seharusnya didedahkan kepada pihak media sedangkan Torres sepatutnya menumpukan perhatian kepada perpindahannya ke City.

Kredit Foto: Getty Images

Baca juga artikel kami yang lain mengenai Ferran Torres dan Manchester City:

Leave a Reply