Tiga Penjaga Gol Ukraine Positif Wabak, Pembantu Jurulatih Terpaksa Jadi Pengganti

Ukraine

Pembantu jurulatih skuad kebangsaan Ukraine, Oleksandr Shovkovskiy terpaksa disenaraikan sebagai penjaga gol simpanan pada perlawanan persahabatan bertemu Perancis selepas tiga penjaga gol negara tersebut disahkan positif wabak COVID-19.

Malang menimpa kem Ukraine apabila Andriy Pyatov, Andriy Lunin serta Yuriy Pankiv terpaksa diketepikan dan hanya meninggalkan penjaga gol Dynamo Kiev, Georgiy Bushchan berseorangan.

Dengan syarat seorang penjaga gol wajib berada di bangku simpanan, khidmat Shovkovskiy yang kini bertindak selaku pembantu kepada ketua jurulatih, Andriy Shevchenko ditagih untuk menjadi penjaga gol simpanan pada perlawanan di Stade de France itu.

Persatuan Bolasepak Ukraine (Ukraine FA) sebelum ini telah mengeluarkan kenyataan berhubung perkara tersebut dan tidak menggalakkan supaya Shovkovskiy diturunkan.

”Oleksandr Shovkovskiy telah menamatkan karier profesionalnya sebagai pemain pada Disember 2016, tetapi masih dalam keadaan fizikal yang baik, terus melakukan latihan secara bersendirian.”

”Barisan kejurulatihan skuad kebangsaan Ukraine menekankan bahawa Oleksandr Shovkovskiy tidak wajib untuk beraksi pada perlawanan hari ini,” kenyataan yang dikeluarkan Ukraine FA.

Shovkovskiy yang kini berusia 45 tahun amat bernasib baik kerana penjaga gol utama, Bushchan tidak mengalami sebarang kecederaan pada perlawanan awal pagi tadi dan menyaksikan Shevchenko hanya membiarkan beliau beraksi sepenuh masa walaupun dibolosi tujuh gol [Ukraine tewas 1-7].

Posisi tersebut sebenarnya bukanlah asing buat Shovkovskiy kerana beliau sememangnya merupakan seorang penjaga gol ketika bergelar pemain profesional.

24 tahun menabur bakti untuk Dynamo Kiev, Shovkovskiy pernah membuat 92 penampilan bersama skuad kebangsaan Ukraine dan turut merasai pengalaman beraksi dalam kempen Piala Dunia 2006 di Jerman..

Kredit featured image: Matthew Ashton – AMA/Getty Image

Baca artikel lain dari kami mengenai perkembangan terkini bola sepak seluruh dunia:

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN