Salah Jadi Hero Halang Samseng Buli Gelandangan

Mohamed Salah Gelandangan

Seorang gelandangan di Liverpool mendedahkan sikap terpuji penyerang Mesir, Mohamed Salah yang menyelamatkannya daripada gangguan sekumpulan samseng.

Bintang Liverpool tersebut sememangnya terkenal dengan sikap pemurahnya yang telah banyak membuat amal kebajikan dan digelar wira dalam kehidupan sebenar.

Dalam kejadian yang berlaku peada penghujung September lalu, Salah yang mahu mengisi petrol di sebuah stesen minyak menyedari seorang gelandangan sedang diganggu dan dibuli oleh sekumpulan lelaki.

Geram melihat apa yang berlaku, beliau kemudian meluru kepada kumpulan berkenaan dan memberi amaran kepada mereka.

Sikap mencegah kemungkaran itu selaras dengan saranan hadith Rasulullah.

Daripada Abu Sa’id al Khudri RA berkata, aku mendngar Nabi SAW bersabda, 

“Barangsiapa di antara kamu yang melihat kemungkaran, hendaklah dia mengubahnya dengan tangannya. Apabila dia tidak mampu, maka dengan lisannya. Dan apabila dia tidak mampu lagi, maka dengan hatinya. Sesungguhnya itu adalah selemah-lemah iman.” [Riwayat Muslim (78)]

Salah kemudiannya mendermakan £100 (RM536) kepada lelaki pertengahan umur tersebut yang dikenali sebagai David Craig. Kejadian tersebut telah dirakam menerusi CCTV.

Craig yang ditemubual akhbar The Sun mengatakan Salah merupakan anugerah buat dirinya dan seluruh bandar Liverpool sama ada di dalam mahupun di luar padang. Baginya bukan semua orang berani bertindak sedemikian.

“Dia mendengar kumpulan itu mengherdik dan menghina saya, kemudian dia datang kepada mereka dan berkata, ‘Itu mungkin kami dalam beberapa tahun lagi’.

“Saya agak terkejut melihatnya dan saya sedar saya bukan bermimpi apabila Mo secara tiba-tiba memberikan saya £100. Dia benar-benar seorang legenda yang sempurna,” ujar Craig.

Salah kemudian pergi ke mesin ATM untuk mendapatkan wang tunai sebelum memberikan sedekahnya kepada Craig.

“Sikapnya membuatkan saya sangat terharu. Sekarang saya adalah peminat nombor satu beliau.”

Untuk musim baharu ini, Salah telah pun menjaringkan lima gol hanya dalam empat perlawanan liga.

Kredit Foto: TheKop.com

Baca juga artikel kami yang lain mengenai Mohamed Salah:

Leave a Reply