Olivier Giroud Atasi Rekod Michel Platini, Ada Potensi Atasi Thierry Henry

Selepas menjaringkan dua gol dalam kemenangan besar 7-1 menentang Ukraine di Stade de France awal pagi tadi, penyerang Perancis Olivier Giroud sah setaraf lagenda negaranya Michel Platini. Ini kerana Giroud kini bergelar penjaring gol kedua terbanyak sepanjang masa negaranya.

Dua gol yang dijaringkannya dalam masa 10 minit separuh masa pertama perlawanan persahabatan tersebut bermakna Giroud telah menjaringkan 42 gol – mengatasi rekod 41 gol yang dibuat oleh Michel Platini (dalam 72 penampilan).

Lebih manis buat penyerang Chelsea itu, rekod itu dicapai pada penampilan antarabangsa ke-100. Sejak mula mewakili negaranya pada tahun 2011 (membuat debut ketika perlawanan persahabatan menentang USA), Giroud turut pernah mencipta banyak rekod pemain pertama menjaringkan hatrik buat Les Blues dalam masa 17 tahun.

Pada usia 34 tahun, Giroud masih mempunyai masa untuk memecah rekod Thierry Henry sebagai penjaring terbanyak sepanjang masa Perancis. Henry mencetak 51 gol (dalam 123 penampilan).

Dalam perlawanan persahabatan mentang Ukraine awal pagi tadi, gol sendiri pertahanan Ukraine Vitaliy Mykolenko, Eduardo Camavinga, Corentin Tolisso, Kylian Mbappe dan Antoine Griezmann melengkapkan malam mudah buat skuad kendalian Didier Deschamps.

Viktor Tsygankov menjaringkan gol saguhati buat Ukraine untuk kemenangan 7-1 berpihak kepada Perancis. Kekalahan ini merupakan kekalahan paling teruk dalam sejarah bola sepak Ukraine, yang kini diurus oleh Andriy Shevchenko.

Baca juga artikel lain yang berkaitan:

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN