Eduardo Camavinga: Penjaring Gol Termuda Perancis Sejak 1914

Awal pagi tadi, Eduardo Camavinga mencetak nama sebagai penjaring gol pertama dalam kemenangan 7-1 Perancis ke atas Ukraine dalam perlawanan persahabatan di Stade de France.

Gol berpunca dari hantaran lintang Lucas Digne dari sebelah kiri yang ditanduk oleh Olivier Giroud. Tetapi percubaan Giroud berjaya diselamatkan oleh penjaga gol Ukraine Heorhiy Bushchan. Camavinga kemudiannya memanfaatkan bola susulan dengan melakukan percubaan overhead untuk gol pertama dirinya dalam skuad senior Les Bleus.

Pada umur 17 tahun 11 bulan, Camavinga sudah mengutip dua kaps antarabangsa dan satu gol. Gol tersebut juga bermakna pemain tengah Rennes ini merupakan penjaring termuda Les Bleus sejak 1914.

Rekod penjaring termuda Perancis masih bertahan sejak 1914. Pada Mac 1914, Maurice Gastiger muncul penjaring termuda Perancis apabila menjaringkan gol ketika menentang Switzerland pada usia 17 tahun 5 bulan.

Nama Camavinga tidak asing di Malaysia selepas pernah tersenarai dalam kesebelasan terbaik Kejohanan Bawah-14 Elite Cup Cote D’Azur di Mougins, Perancis pada Jun 2016.

Turut tersenarai adalah dua bekas graduan kelompok pertama Akademi Mokhtar Dahari (AMD) Malaysia: Alias Alan dan Sikh Izhan. Kedua-dua pemain muda ini sedang bermain bersama Selangor 2 di Liga Premier.

Berbalik kepada perlawanan persahabatan France vs Ukraine tadi, Olivier Giroud menjaringkan dua gol sebelum pertahanan Ukraine Vitaliy Mykolenko menambah gol menerusi jaringan sendiri.

Corentin Tolisso, Kylian Mbappe dan Antoine Griezmann melengkapkan malam mudah buat skuad kendalian Didier Deschamps. Viktor Tsygankov menjaringkan gol saguhati buat Ukraine untuk kemenangan 7-1 berpihak kepada Perancis.

Kekalahan ini merupakan kekalahan paling teruk dalam sejarah bola sepak Ukraine, yang kini diurus oleh Andriy Shevchenko.

Baca juga artikel lain yang berkaitan:

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN