Portimonense S.C Perkenalkan Safawi Rasid Secara Rasmi

Safawi Rasid

Pemain negara, Safawi Rasid telah diperkenalkan secara rasminya sebagai rekrut baharu buat Portimonense S.C dalam satu sidang media yang diadakan bagi mengumumkan kehadiran pemain berusia 23 tahun itu.

Diperkenalkan oleh Rodiney Sampaio yang merupakan Presiden Portimonense S.C, Safawi mengakui dirinya tidak sabar untuk membuktikan sesuatu buat kelab Liga Primeira Portugal itu.

Safawi yang mempamerkan persembahan menarik ketika membantu skuad negara dalam kempen Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 serta menjadi tunjang kepada kekuatan Johor Darul Ta’zim [JDT] disifatkan oleh kelab tersebut sebagai seorang pemain berbakat besar.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh laman sesawang rasmi Portimonense S.C, Safawi memeterai perjanjian secara pinjaman selama semusim dengan pilihan untuk perpindahan tetap.

”Safawi merupakan seorang pemain dari Malaysia yang merupakan pemain terakhir bakal memperkuatkan pasukan, telah diperkenalkan pada petang Rabu kepada media di bilik media Portimao Estadio oleh Rodiney Sampaio.”

”Safawi, pemain skuad kebangsaan Malaysia dan merupakan prospek besar buat bola sepak Malaysia,” kenyataan di laman sesawang rasmi kelab tersebut.

”[Safawi] menjadi pemain Portimonense sehingga tamat musim ini secara pinjaman daripada Johor FC [JDT], dengan Portimonense Futebol SAD boleh mengaktifkan pilihan untuk pembelian secara tetap.”

Dalam perkembangan sama, Safawi tekad mahu mengikuti jejak langkah pemain yang pernah beraksi bersama Portimonense dan kemudiannya berhijrah ke pasukan lebih besar.

”Saya akan berikan yang terbaik untuk Portimonense, jadi saya tidak sabar untuk beraksi bersama kelab ini dan saya berharap adanya saya disini, saya mahu memberikan sesuatu buat pasukan.”

”Saya tahu di sini ramai pemain dari Portimonense yang berhijrah ke kelab besar seperti [Bruno] Tabata dan [Shoya] Nakajima, jadi saya di sini untuk menunjukkan segalanya untuk mengikuti jejak langkah mereka.”

”Sebagai pemain bola sepak sudah pasti saya mahu cepat untuk beraksi untuk membantu pasukan, saya tidak sabar untuk beraksi pada perlawanan pertama dan seterusnya,” ujar Safawi Rasid bercakap kepada media di sana.

Safawi diberikan jersi bernombor 29 dan lebih membuatkan peminat tempatan begitu teruja ialah video pengenalan yang menggamit komen daripada penyokong tanah air membanjiri laman Facebook Portimonense S.C.

Kredit featured image: Portimonense S.C

Baca artikel lain dari kami mengenai Safawi Rasid:

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN