Perancis Terlalu Banyak Pertahanan Tengah Muda Berkualiti

Perancis

Tahukah anda, semasa skuad Perancis menjulang Piala Dunia 2018 di Rusia dua tahun lalu, pasukan tersebut sebenarnya menggunakan empat pemain pertahanan tengah di bahagian kubu pertahanan mereka?

Mungkin ramai yang tidak menyedari, Lucas Hernandez dan Benjamin Pavard yang beraksi cemerlang di posisi pertahanan kiri dan kanan dalam kejohanan tersebut sebenarnya lebih kerap beraksi sebagai pemain pertahanan tengah bersama kelab masing-masing.

Disebabkan ‘limpahan’ pemain pertahanan tengah yang berkualiti dari negara itu, Ketua Jurulatih Les Blues, Didier Deschamp telah menyenaraikan kedua-dua pemain berkenaan dan juga empat yang lain iaitu Raphael Varane, Samuel Umtiti, Adil Rami dan Presnel Kimpembe.

Gandingan pertahanan Real Madrid dan Barcelona iaitu Varane dan Umtiti sebagai pemain utama ternyata cukup kental untuk memastikan gawang Perancis hanya dibolosi enam gol sahaja sepanjang kejohanan tersebut.

Dalam enam pemain berkenaan, mungkin hanya Rami sahaja yang dianggap sebagai ‘veteren’ manakala lima pemain lain masih mempunyai karier yang panjang dan masih boleh banyak menyumbang untuk negara mereka.

Varane dan Umtiti masing-masing baru berusia 26 tahun sementara Hernandez dan Pavard yang telah menyertai Bayern Munich pada musim ini serta pemain Paris Saint-Germain, Kimpembe pula berusia 24 tahun.

Namun demikian, masih ada ramai pemain muda Perancis yang berbakat boleh beraksi di posisi yang sama dan pastinya ia memeningkan kepala Deschamp untuk membuat pilihan untuk membuat senarai pemain yang akan beraksi bersama skuad kebangsaan terutamanya untuk kejohanan Euro pada tahun hadapan.

1. Aymeric Laporte (Manchester City, 25)

Sekalipun pemain Manchester City ini mempunyai reputasi yang cukup baik sebagai salah satu pemain pertahanan tengah terbaik di Liga Perdana Inggeris (EPL), beliau masih belum membuat sebarang penampilan untuk skuad senior Perancis.

Laporte sebenarnya berpeluang untuk beraksi bersama skuad kebangsaan La Roja kerana mempunyai pertalian darah Sepanyol melalui datuknya. Namun beliau telah pun mewakili negara kelahirannya, Perancis di peringkat bawah 17 tahun (B-17), B-18, B-19 dan B-21.

Pemain berusia 25 tahun itu kini masih menunggu peluang untuk membuat penampilan kompetitif pertamanya dan berharap Deschamp dapat menyenaraikannya pada masa akan datang.

2. Clement Lenglet (Barcelona, 24)

Seperti Laporte, Lenglet juga adalah pemain yang telah mencipta nama apabila berkelana ke Sepanyol dengan menyertai Seville pada 2017 sebelum disambar Barcelona pada tahun berikutnya dan kini telah menjadi pemain penting di Nou Camp di samping Gerrard Pique dan rakan senegaranya, Umtiti.

Namun nasibnya mungkin lebih baik kerana telah beberapa kali diberi peluang untuk beraksi bersama skuad kebangsaan Perancis bermula pada Jun 2019 ketika kemenangan 4-0 ke atas Andorra. Beliau kemudian terus disenaraikan dalam panggilan-panggilan seterusnya.

https://twitter.com/fcbstefi/status/1171539656942469121?s=20

3. Kurt Zouma (Chelsea, 25)

Mungkin tidak keterlaluan untuk mengatakan nasib pemain ini boleh diibaratkan seperti ‘roller coaster‘ apabila berdepan dengan turun naik dan pelbagai cabaran dalam kariernya.

Menyertai Chelsea pada usia 19 tahun, Zouma dilihat sebagai prospek penting dan mempunyai masa depan yang cerah. Beliau mempamerkan aksi memberangsangkan sejak musim pertamanya di Stamford Bridge dan seterusnya membantu Chelsea menjuarai Liga Perdana Inggeris (EPL) dan Piala Liga pada 2017.

Beliau dipanggil buat kali pertama menyertai skuad senior Perancis pada Mac 2015 oleh Deschamp dan membuat penampilan pertama dalam perlawanan persahabatan menentang Brazil dan Denmark. Namun disebabkan kecederaannya ketika bersama Chelsea telah menyebabkan beliau disisihkan daripada skuad Euro 2016 ketika Perancis menjadi tuan rumah.

Di sebalik kecemerlangannya itu, berlaku kejutan apabila Zouma dipinjamkan ke Stoke City pada 2017 dan kemudian Everton pada 2018. Namun di bawah bimbingan Lampard pada musim ini, Zouma telah kembali ke prestasi terbaiknya dan semakin kerap dipanggil untuk mewakilinya negaranya sejak kebelakangan ini.

4. Dan Axel Zagadou (Borussia Dortmund, 20)

PSG tentunya menyesali tindakan mereka melepaskan Zagadou menyertai Borussia Dortmund secara percuma pada 2017 selepas membentuk pemain itu di akademi sejak usianya 12 tahun.

Dengan ketinggilan 1.96 meter, pemain berusia 20 tahun ini boleh beraksi di dua posisi sama ada di pertahanan tengah ataupun pertahanan kiri dan berjaya membentuk gandingan yang baik bersama Mat Hummels dan Manuel Akanji.

Namun setakat ini beliau masih diberi peluang untuk membuat penampilan bersama skuad senior Perancis walaupun telah beraksi dalam pelbagai peringkat umur bermula B-16 sehinggalah B-21.

5. Dayot Upamecano (RB Leipzig, 21)

Ketika ini Upamecano merupakan prospek paling hangat di Eropah apabila menjadi rebutan kelab-kelab besar seperti Arsenal, Manchester United, Manchester City, Liverpool, Barcelona dan Real Madrid.

Namun perjalanan pemain muda ini untuk mencipta nama di Jerman tidak mudah kerana terlebih dahulu beraksi untuk pasukan simpanan (feeder club) bagi Red Bull Salzburg iaitu FC Liefering di liga divisyen kedua Austria pada 2015.

Beliau kemudian diserap ke skuad utama Salzburg pada musim berikutnya sebelum menyertai RB Leipzig pada Januari 2017 dengan yuran perpindahan €10 juta dan mengikat kontrak selama 4 setengah tahun

Seperti rakan senegaranya di Bundesliga, Zagadou, sehingga hari ini Upamecano juga masih belum membuat sebarang penampilan dengan skuad utama Perancis. Tetapi setakat ini beliau sudah pun membuat 14 penampilan bersama skuad B-21 Perancis.

Pemain-Pemain Lain

Selain pemain-pemain di atas, ramai lagi pemain pertahanan tengah Perancis yang sedang beraksi di Eropah seperti Abdou Diallo (PSG, 23), Malang Sarr (Nice, 21), Nordi Mukiele (RB Leipzig, 22), Issa Diop (West Ham United, 23), Mouctar Diakhaby (Valencia, 23), Jules Kounde (Seville, 21) dan Ibrahima Konate (RB Leipzig, 20).

Dengan limpahan pemain muda berkualiti di posisi tersebut pada waktu ini, tidak menghairankan sekiranya Perancis menjadi pasukan paling ‘kebal’ di dunia buat masa sekarang dan juga beberapa tahun akan datang.

Kredit Foto: Getty Images

Baca juga artikel kami yang lain mengenai skuad kebangsaan Perancis:

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN