Jerman, Perancis, Portugal Berada Di Kumpulan Maut Undian Kumpulan Euro 2020

England telah diundi bersama lawan di separuh akhir Piala Dunia 2018, Croatia dan Republic Czech di Kumpulan D kejohanan Euro 2020.

Kumpulan A pula menyaksikan kepulangan Itali ke kancah saingan utama antarabangsa, diundi di dalam Kumpulan A bersama-sama Wales dan Sqitzerland.

Tetapi undian yang dilakukan pada awal pagi tadi menyaksikan Kumpulan F paling menjadi tarikan kerana digelar kumpulan maut dengan Jerman bakal berhadapan juara dunia Perancis, dan juara bertahan Eropah, Portugal.

Scotland, Iceland  dan Kosovo adalah antara 16 buah negara yang akan beraksi di tiga laluan play-off untuk menjadi tiga pasukan terakhir beraksi di pusingan akhir Euro 2020.

Kejohanan Euro 2020 akan mengambil tempat di 12 bandar utama di seluruh Eropah. Ia dianjurkan merentas seluruh benua Eropah buat kali pertama sebagai peringatan 60 tahun usia kejohanan.

Berikut adalah undian penuh enam kumpulan yang telah ditentukan.

Kejohanan Euro 2020 akan bermula pada 12 Jun sehingga 12 Julai 2020.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN