Quantcast

BERITA

Zidane Kecewa Perancis Tak Panggil Benzema

Pengurus Real Madrid, Zinedine Zidane membangkitkan persoalan, kenapa Karim Benzema tidak mendapat tempat di dalam pasukan Perancis?

Karim Benzema terus gagal untuk mendapatkan panggilan skuad kebangsaan negaranya untuk tugasan antarabangsa yang akan datang.

Pengendali Perancis, Didier Deschamps sudah menyenaraikan pemain yang beliau mahukan untuk tugasan tersebut.

Pemain simpanan Chelsea, Olivier Giroud terus mendapat panggilan untuk negaranya.

Karim Benzema salah seorang pemain no.9 yang memiliki karier yang sangat baik sepanjang 10 tahun di Real Madrid. Namun beliau masih gagal untuk kembali ke pasukan kebangsaan sejak kali terakhir bermain untuk Perancis pada 2015.

Selepas itu, penyerang berbisa Real Madrid itu tidak terlibat langsung dalam mana-mana aksi antarabangsa di pelbagai peringkat.

Benzema pernah terlibat dalam skanda ‘blackmail’ kepada rakan sepasukan di kem Perancis iaitu Mathieu Valbuena.

Namun Zidane percaya, sudah tiba masanya pemain itu dipanggil semula ke dalam pasukan Perancis kerana Benzema menurut beliau, pemain terbaik untuk mengetuai serangan Perancis.

Zidane juga memberitahu bahawa pemain itu masih sentiasa berharap untuk bermain untuk pasukan kebangsaan.

“Benzema sentiasa mengidam bermain untuk pasukan kebangsaan Perancis. Jujurnya, saya tak tahu apa yang sedang berlaku.”

“Namun dari sudut bola sepak, beliau terbaik. Saya fikir, beliau sememangnya berhak mendapat tempat dalam pasukan kebangsaan Perancis. Namun itu di luar kuasa saya. Beliau patut dipanggil.”