Masa Depan Di United Kabur, Mourinho Sedia Bawa Dalot Ke Spurs

Diego Dalot

Pertahanan Kanan Manchester United, Diego Dalot kini bergelut dengan masa depannya di Old Trafford selepas kehilangan tempat kepada pilihan utama, Aaron Wan-Bissaka.

Bekas pengurus Red Devils, Jose Mourinho pula  dillaporkan berminat untuk membawa masuk pemain antarabangsa Portugal itu ke Tottenham Hotspur dan penyokong United tidak ketinggalan untuk membincangkan mengenai kemungkinan tersebut.

Akhbar UK, The Sun mendakwa Manchester United terbuka untuk menjual Dalot kepada mana-mana pasukan dengan harga sekitar £35 juta (RM188 juta). Pemain berusia 21 tahun itu sebelum ini dibawa masuk dari Porto dengan nilai £19 juta pada 2018.

Ia sekaligus menunjukkan United akan bergantung penuh kepada Wan-Bissaka dan Ole Gunnar Solskjaer mungkin  memerlukan dana untuk dibelanjakan apabila pintu perpindahan dibuka pada musim panas akan datang dengan menjual Dalot.

Mungkin bukanlah sesuatu yang mengejutkan sekiranya Mourinho bersedia membawa masuk Dalot ke kelab utara London itu dengan Serge Aurier kerap mendapat kritikan penyokong Spurs disebabkan prestasinya yang tidak konsisten di posisi bek kanan pasukan itu.

Selepas hampir dua musim di United Dalot setakat ini hanya beraksi dalam 33 perlawanan sahaja dan tentunya peluang untuk beraksi lebih kerap dalam kesebelasan utama semakin kabur dengan kehadiran Wan-Bissaka yang dibeli United dengan harga sekitar £50 juta.

Kebanyakan penyokong United melihat pemain remaja dari akademi, Ethan Laird berusia 18 tahun lebih wajar untuk diberi peluang sebagai pilihan kedua di belakang Wan-Bissaka.

Ia turut dibincang dalam laman Twitter mengenai kemungkinan perpindahan tersebut dan kebanyakannya bersetuju sekiranya Dalot dan Mourinho dapat kembali bekerjasama di Tottenham.

Namun segelintir penyokong Spurs pula lebih berminat untuk melihat pemain yang lebih berpengalaman seperti pemain antarabangsa Belgium, Thomas Meunier bagi menyertai pasukan itu.

Baca juga artikel kami yang lain mengenai Manchester United dan Tottenham Hotspur:

Leave a Reply