5 Perlawanan Tanpa Jaringan dan Bantuan Gol, Ke Mana Hilangnya ‘Sentuhan Emas’ Mesut Ozil?

Mesut Ozil Fenerbahce

Selepas berjaya keluar dari ‘peti sujuk’ dan melengkapkan perpindahan impiannya ke Fenerbahce, penampilan Mesut Ozil dalam perlawanan-perlawanan awalnya di kelab Turki tersebut nampaknya tidak seperti yang diharapkan.

Selepas lima perlawanan, bekas pemain tengah Arsenal itu gagal merekodkan sebarang jaringan bantuan gol. Malah pasukannya tewas tiga daripada semua perlawanan tersebut termasuk tersingkir dari saingan Piala Turki dan tumpas kepada pasukan bukan pilihan Goztepe tempoh hari.

Sesetengah pihak menganggap tahap kecergasan pemain tersebut masih belum di tahap terbaik memandangkan beliau sudah tidak beraksi dalam perlawanan kompetitif selama hampir setahun dan memerlukan masa untuk mencari rentak di tempat baharu.

https://twitter.com/PurelyFootball/status/1364912570273038340?s=20

Bagaimanapun ‘kesenduan’ aksi pemenang Piala Dunia 2018 itu dipertahan oleh bekas penyerang Fenerbahce dan Turki, Ridvan Dilmen yang percaya pemain tersebut akan kembali lebih baik selepas ini dan juga musim depan.

“Saya tidak mengharapkan Mesut Ozil untuk melakukan terlalu banyak buat masa ini, ia bukannya mudah untuk bermain buat kali pertama selepas 10 bulan,” ujar Dilmen.

“Pasukan itu bukan dibentuk untuk disesuaikan dengan gaya permainannya, tetapi Mesut yang datang ke pasukan itu. Jadi saya rasa musim depan akan menjadi lebih baik buatnya kerana kontraknya selama tiga setengah tahun.”

Fenerbahce kini sedang menduduki tangga ketiga liga dengan mengumpul 51 mata selepas 25 perlawanan, ketinggalan enam mata dari pendahulu Galatasaray.

Untuk aksi seterusnya, skuad kendalian Erol Bulut itu akan berdepan pesaing terdekat Trabzanspor di tempat lawan pada Ahad bagi mencerahkan peluang untuk mengecilkan jurang mata untuk kembali mencabar kejuaraan.

Liga Turki atau Super Liga menyaksikan tiga pasukan bersaing hebat bagi meraih kejuaraan dengan Galatasaray mendahului dengan 22 kali, Fenerbahce 19 kali dan Besiktas 15 kali.

Namun musim lepas Istanbul Basaksehir telah memecah dominasi tersebut untuk muncul juara buat kali pertama. Kali terakhir Fenerbahce menjuarai liga adalah pada 2014 dan tentunya penyokong mengharapkan Ozil dapat mengembalikan trofi tersebut ke Stadium Sukru Saracoglu.

Kredit foto: Getty Images

Page Semuanya BOLA yang lama kini sedang menghadapi masalah. Jadi untuk terus membaca artikel-artikel menarik dan berkualiti, jangan lupa like dan follow page baharu Semuanya BOLA (fb.com/semuanyabolaofficial) dan siaran Telegram (t.me/mysemuanyabola).

Baca juga artikel kami yang lain mengenai Mesut Ozil:

Ini Sebab Mesut Ozil Pilih Jersi Nombor 67 Di Fenerbahce

Analisis: Adakah Mesut Ozil Lebih Berkualiti Daripada Henrikh Mkhitaryan?

Hanya Dua Negara Jadi Pilihan Mesut Ozil Sekiranya Tinggalkan Arsenal

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN