Ini Sebab Mesut Ozil Pilih Jersi Nombor 67 Di Fenerbahce

Mesut Ozil

Derita yang dihadapi oleh Mesut Ozil sejak bermulanya ‘Project Restart’ di Arsenal seperti diketahui sudah pun berakhir apabila beliau memilih untuk berhijrah ke kampung keluarganya bagi menyarung jersi kelab gergasi Liga Super Turki, Fenerbahce.

Perkembangan terkini itu sekali gus telah menamatkan karier penuh warna-warni Ozil bersama kelab diwakilinya sejak musim 2013/14 itu dan ia jelas mengecewakan peminat The Gunners yang melihat pemain berusia 32 masih mampu menjelmakan sesuatu buat pasukan tersebut.

Menjadi kebiasaan antara perkara yang mencuri tumpuan apabila seseorang pemain berkelas dunia mengubah haluan ke pasukan lain ialah pemilihan nombor jersi mereka. Ozil tidak terkecuali daripada tumpuan tersebut susulan keputusannya memilih jersi nombor 67.

Menurut sumber Goal, terdapat beberapa nombor kebiasaan buat pemain bintang yang masih kosong di Fenerbahce seperti 19, 21, 22, 23 dan 24 tetapi sebaliknya beliau menjadikan 67 sebagai ‘pelengkap’ kepada jersi baharunya itu.

Difahamkan sebab utama membuatkan nombor tersebut menjadi pilihan Ozil ialah 67 merupakan dua digit terawal pada poskod kampung halaman keluarganya.

Ia juga kelihatan seperti Ozil memberikan penghormatan besar buat keluarganya yang tinggal di Hisiroglu, merupakan sebuah kampung di daerah  Zonguldak, Turki dengan poskod 67802.

Meskipun beliau lahir di Gelsenkirchen, generasi ketiga Turki-Jerman itu jelas merupakan peminat setia Fenerbahce sejak dari kecil dan menjadikan bekas penyerang kelab tersebut,  Ridvan Dilmen sebagai idolanya.

Selepas mengharungi 20 perlawanan liga, Fenerbahce yang kini dibimbing Erol Bulut hanya dua mata ketinggalan di belakang pendahulu liga, Besiktas dan kehadiran Ozil dilihat mampu menjadi tonik berguna buat kelab tersebut.

Kredit featured image: Serhat Cagdas/Anadolu Agency via Getty Images

Baca artikel lain dari kami mengenai Mesut Ozil:

Arsenal Tamatkan Kontrak Ozil, Bakal Terbang Ke Turki Sertai Fenerbahce

Hanya Dua Negara Jadi Pilihan Mesut Ozil Sekiranya Tinggalkan Arsenal

Pengurus Fenerbahce Dedahkan Situasi Ozil Akan Jelas Dalam Beberapa Hari Lagi

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN