20 Pemain Bawah 20 Tahun Dengan Nilai Paling Mahal Dalam Pasaran Perpindahan

Pasaran Pemain Muda

Penyerang Borussia Dortmund, Erling Haaland mendahului senarai pemain paling mahal dalam pasaran perpindahan bagi kategori 20 tahun dan ke bawah dengan nilai €152.0 (RM744.8 juta) juta mengatasi rakan sepasukannya Jadon Sancho yang dinilaikan €148.3 juta (RM726.7 juta)

Ia diikuti oleh Alphonso Davies yang di tempat ketiga yang cemerlang membantu Bayern Munich meraih enam kejuaraan dalam tempoh lapan bulan dengan nilai €139.2 juta (RM682.0 juta)

Pemain sayap Arsenal, Bukayo Saka mencipta kejutan apabila menduduki tangga keempat dengan memintas Ansu Fati serta menjadi pemain muda paling mahal Liga Perdana Inggeris (EPL) dengan nilai €116.2 juta (RM569.4 juta) menewaskan Mason Greenwood dan Phil Foden.

Harga pemain-pemain ini dinilai oleh Centre International d’Etude du Sport (CEIS), iaitu sebuah organisasi bebas yang berpangkalan di Neuchatel, Switzerland yang pakar membuat kajian berdasarkan analisis dan statistik bola sepak.

Senarai ini telah dikeluarkan pada Januari lalu dan SemuanyaBOLA turut mengambil kira senarai yang dikeluarkan oleh statista.com yang membuat penilaian mereka pada Mac 2020.

Kajian tersebut dilakukan dengan mengambil kira beberapa faktor seperti umur pemain, baki kontrak, prestasi semasa, aksi peringkat antarabangsa, perkembangan karier serta kedudukan kewangan kelab.

Berikut adalah senarai 20 pemain berusia 20 tahun paling mahal dalam pasaran perpindahan terkini:

20. Ozan Kabak – 20 Tahun (Liverpool/Turki) €43.50 juta

19. Florian Wirtz – 17 Tahun (Bayer Leverkusen/Jerman) €45.00 juta

18. Eduardo Camavinga – 18 Tahun (Rennes/Perancis) €53.00 juta

17. Pedro Neto – 20 Tahun (Wolverhampton Wanderers/Portugal) €53.60 juta

16. Takefusa Kubo – 19 Tahun (Getafe/Jepun) €54.10 juta

15. Vinicius Junior – 20 Tahun (Real Madrid/Brazil) €61.60 juta

14. Jude Bellingham – 20 Tahun (Borussia Dortmund/England) €61.60 juta

13. Rodrygo Goes  – 20 Tahun (Real Madrid/Brazil) €64.50 juta

12. Jeremy Doku – 18 Tahun (Rennes/Belgium) €65.40 juta

11. Callum Hudson-Odoi – 20 Tahun (Chelsea/England) €72.30 juta

10. Giovanni Reyna – 18 Tahun (Borussia Dortmund/Amerika Syarikat) €78.90 juta

9. Phil Foden – 20 Tahun (Manchester City/England) €81.90 juta

8. Dejan Kulusevski 20 Tahun (Juventus/Sweden) €83.40 juta

7. Pedri Gonzalez – 18 Tahun (Barcelona/Sepanyol) €96.40 juta

6. Mason Greenwood – 19 Tahun (Manchester United/England) €102.00 juta

5. Ansu Fati – 18 Tahun (Barcelona/Sepanyol) €108.40 juta

4. Bukayo Saka – 19 Tahun (Arsenal/England) €116.20 juta

3. Alphonso Davies – 20 Tahun (Bayern Munich/Kanada) €139.20 juta

2. Jadon Sancho – 20 Tahun (Borussia Dortmund/England) €148.30 juta

1. Erling Haaland – 20 Tahun (Borussia Dortmund/Norway) €152.00 juta

Kredit Foto: Express Futbol

Page Semuanya BOLA yang lama kini sedang menghadapi masalah. Jadi untuk terus membaca artikel-artikel menarik dan berkualiti, jangan lupa like dan follow page baharu Semuanya BOLA (fb.com/semuanyabolaofficial) dan siaran Telegram (t.me/mysemuanyabola).

Baca juga artikel kami yang lain mengenai nilai pemain:

Bukan Haaland Atau Mbappe, Pemain Paling Mahal Adalah Rashford Dengan Nilai RM817.6 juta

Siapakah 5 Pengurus Termuda Di Premier League Musim 2020/21?

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN