Berdepan JDT, Kedah Letak Ilham Amirullah, Shahril Sa’ari Atau Ifwat Akmal?

Ilham Amirullah Shahril Saari Ifwat Akmal Kedah 2021

Kedah Darul Aman FC (KDA FC) ketika ini memiliki tiga penjaga gol yang kompetan untuk menjadi pilihan utama iaitu Ilham Amirullah, Ifwat Akmal dan Shahril Sa’ari.

Dan dengan Kedah bakal membuat perhitungan dengan Johor Darul Ta’zim (JDT) pada Jumaat depan dalam aksi Piala Sumbangsih 2021, siapa di antara ketiga-tiga mereka yang akan menjadi taruhan utama oleh pengendali, Aidil Sharin Sahak.

Bukan tugas mudah untuk Aidil Sharin dalam menentukan siapa akan menjadi pemain nombor 1 di gawang juara Piala FA 2019 itu. Ketiga-tiga pemain boleh dikatakan sama hebat dan memiliki kelebihan mereka yang boleh membantu pasukan.

Kenapa Ilham Amirullah keluar TFC?

Satu yang mengejutkan apabila Kedah berjaya memancing Ilham Amirullah keluar dari Terengganu FC (TFC). Sebagaimana Kedah, TFC juga akan beraksi di pentas Piala AFC 2021. Tidak dapat dipastikan mengapa beliau akhirnya memilih untuk keluar.

Di Kuala Terengganu, dilihat Ilham Amirullah sudah menjadi pilihan kedua, di belakang penjaga gol muda, Rahadiazli Rahalim, namun tidaklah seteruk persaingan di Kedah berdepan dua penjaga gol yang agak stabil, Ifwat Akmal dan Shahril Sa’ari.

Beliau mula kehilangan tempat kepada Rahadiazli Rahalim pada musim lalu yang menyaksikan beliau hanya tampil dalam dua perlawanan, sementara penjaga gol yang baru berusia 19 tahun itu pula mendapat lima penampilan dalam skuad utama.

Selain itu, pengendali, Nafuzi Zain juga dilihat lebih mempercayai penjaga gol veteran, Shamirza Yusoff dengan memberikannya lima penampilan – seperti Rahadiazli.

Persaingan di Kedah lebih sengit

Mungkin atas faktor itu, Ilham Amirullah merasakan tiada tempat buatnya jika terus kekal dengan kepercayaan Nafuzi Zain sudah beralih kepada penjaga gol muda itu.

Bagaimana pula situasi di Kedah? Selepas kehilangan Azri Ghani, skuad Hijau Kuning masih memiliki Ifwat Akmal dan Shahril Sa’ari. Dengan kehadiran Ilham Amirullah yang boleh dikatakan setara, bagaimana untuk menentukan siapa yang layak?

Ifwat Akmal perlu melupakan aksinya pada musim lalu. Beliau merekodkan antara persembahan yang buruk dalam kariernya apabila merekodkan peratus menyelamat terendah di kalangan penjaga gol Liga Super musim 2020 iaitu 30 peratus.

Ifwat Akmal adalah penjaga gol utama pasukan disamping dicabar kecemerlangan Shahril Sa’ari sebelum penjaga gol muda, Azri Ghani tampil mengambil alih peranan utama di penghujung musim. Jika kekal, Azri Ghani adalah pilihan pertama.

Apa kata jurulatih penjaga gol Kedah

Berbalik pula kepada aksi berdepan JDT untuk aksi pertama Liga Super dan Piala Sumbangsih, siapa yang boleh dipertaruhkan oleh Aidil Sharin bagi mengekang Harimau Selatan daripada mempertahankan kejuaraan kali ke-4 berturut-turut?

Menurut kata jurulatih penjaga gol Kedah, Khairul Azman Mohamed, “Mengenai tahap tiga penjaga gol ini, masih terlalu awal untuk meletakkan kedudukan mereka dan kita akan usahakan apa yang patut untuk kita pilih ke pilihan utama.”

“Kalau kita cakap sekarang, ia masih terlalu awal dan belum tahu siapa nombor satu. Beri mereka peluang dulu sebab buat masa ini, semua [peluang] masih terbuka,” ulasnya dan menegaskan yang ketiga-tiganya wajib turunkan berat badan.

Dan menurut perkongsian Astro Arena, pemain yang paling utama perlu menurunkan berat badan adalah Ifwat Akmal kerana beratnya sudah mencecah 90kg.

Berdepan JDT, siapa lebih gah?

Oleh itu, adakah Ifwat Akmal sudah berjaya dengan misi menurunkan berat badannya? Adakah ia merencatkan peluangnya untuk tersenarai dalam skuad utama berdepan JDT? Jika tidak, adakah Ilham Amirullah atau Shahril Sa’ari akan jadi pilihan?

Jika dilihat berdasarkan pengalaman, dalam saingan liga lima tahun terkini, Ifwat Akmal telah berdepan JDT sebanyak empat kali dengan merekodkan enam bolos. Dengan beliau di gawang, Kedah pernah merekodkan keputusan seri berdepan JDT.

Sementara Shahril Sa’ari pula, beliau banyak di Liga Premier dan hanya dua kali berdepan JDT ketika bersama PKNS FC, bolos tiga gol dengan satu keputusan seri.

Untuk Ilham Amirullah, beliau pernah berdepan JDT sekali ketika beraksi bersama Terengganu dan Negeri Sembilan (dua kali). Beliau merekodkan sembilan bolos dengan sekali keputusan seri, ketika Terengganu mengikat JDT dengan keputusan 3-3.

Disebabkan sebelum ini Liga Malaysia tiada statistik peratus menyelamat, kita tidak dalam mendalami siapa lebih gah dan ini hanyalah berdasarkan rekod bolos.

Jadi, buat penyokong Kedah, anda idamkan siapa untuk mengawal gawang Kedah berdepan JDT nanti? Jom kongsikan pandangan anda di ruangan komen.

KREDIT FEATURED IMAGE: KEDAH FA & NEGERI SEMBILAN FA

Baca lagi artikel lain mengenai Kedah:

Anumanthan Mohan, Rabih Ataya Bakal ‘Suntik’ Perubahan Di Kedah

2 Bekas Pemain Kedah Taruhan Terbaik JDT Pertahankan Piala Sumbangsih?

3 Pilihan Yang Ada Buat Kedah Untuk Gantikan Ariff Farhan

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN