10 Pemain Paling Muda Beraksi Di Premier League Musim 2020/21

Saingan Premier League pada musim ini turut melahirkan beberapa bakat baharu. Kebanyakkan dari mereka adalah dari produk akademi kelab masing-masing.

Keadaan ekonomi disebabkan oleh pandemik dipercayai menjadi salah satu faktor mengapa kelab lebih banyak menyandarkan pemain dari akademi berbanding mencari pemain baharu di pasaran pemain.

Berikut adalah 10 pemain termuda yang beraksi di saingan Premier League pada musim ini.

1. Antwoine Hackford โ€“ Sheffield United
Usia: 16 tahun, 9 bulan, 13 hari
Debut: Crystal Palace 2-0 Sheffield United

Penyerang tengah ini diberikan peluang beraksi dari kesebelasan utama pada Januari lalu. Ia mungkin cara Chris Wilder menghantar mesej skuad utamanya tidak memiliki pemain senior mencukupi.

Namuns sejak dari itu, Hackford tidak lagi memandang ke belakang dan sentiasa berada di dalam pasukan The Blades. Merupakan pemain antarabangsa peringkat umur untuk England, Hackford dijangka akan menjadi antara pemain muda yang akan menjadi tunjang pasukan pada musim hadapan.

2. Dane Scarlett โ€“ Tottenham
Usia: 16 tahun, 10 bulan, 14 hari
Debut: Tottenham 2-0 West Brom

“Beliau seperti berlian, seorang pemain muda dengan potensi besar,” komen Jose Mourinho mengenai Scatlett selepas aksi cemerlang pemain itu sebagai pemain gantian di pertandingan Europa League pada Februari lalu.

Dua minggu selepas itu, Scarlett turun buat kali pertama dalam perlawanan Premier League – pada masa tambahan – membantu Tottenham menewaskan West Brom.

3.ย  Shola Shoretire โ€“ Manchester United
Usia: 17 tahun, 19 hari
Debut: Manchester United 3-1 Newcastle United

Pemain sayap ini diberikan kesempatan beraksi beberapa minit sebagai pemain gantian dalam perlawanan menentang Newcastle United.

Empat hari kemudian beliau tampil sebagai pemain termuda Mancgester United di pentas eropah apabila tampil sebagai pemain gantian dalam perlawanan timbal balik menentang Real Sociedad.

4. Liam Delap โ€“ Manchester City
Usia: 17 tahun, 7 bulan, 19 hari
Debut: Manchester City 2-5 Leicester City

Penyerang tengaj ini melalui tempoh beberapa minggu yang tidak boleh dilupakan bersama skuad utama kendalian pep Guardiola pada permulaan musim ni.

Delap beraksi selama 39 minit, dimasukkan dari bangku pemain simpanan menentang Leicester. Selepas itu beliau menjaringkan gol senior pertamanya di pertandingan Piala Carabao untuk menyingkirkan Bournemouth.

5. Lewis Richardson โ€“ Burnley
Usia: 18 tahun, 21 hari
Debut: Tottenham 4-0 Burnley

Pemain penyerang ini dimasukkan pada babak akhir perlawanan di Stadium Tottenham Hotspur. Perlawanan ini menyaksikan Richardson terlepas empat peluang keemasan dalam tempoh dua minit. Richardson tidak lagi diturunkan di dalam skuad utama selepas itu.

Namun setelah kembali menyerlah bersama skuad B-23 dengan lima gol dan lima assists, Richardson berkemungkinan memperolehi peluang kedua sebelum saingan musim ini tamat.

6. Fabio Silva โ€“ Wolves
Usia: 18 tahun, 2 bulan, 2 hari
Debut: Wolves 1-3 Manchester City

Silva merupakan natara pemain paling menyerlah di dalam senarai yang didominasi oleh pemain keluaran akademi masing-masing ini. Tidak seperti yang lain, Silva didatangkan oleh Wolves dari Porto dengan nilai ยฃ30 juta.

Tampil enam kali sebagai pemain gantian sebelum beraksi dari kesebelasan utama pada Disember, Silva kini telah menjaringkan dua gol untuk Wolves.

7. Elliot Anderson โ€“ Newcastle
Usia: 18 tahun, 2 bulan, 12 hari
Debut: Arsenal 3-0 Newcastle

Pemain muda ini kini menjadi rebutan antara England dan Scotland, dan telah membuat dua penampilan untuk skuad kendalian Steve Bruce – kedua-duanya menentang Arsenal di Stadium Emirates.

Andersn beraksi selama 39 minit dari keseluruhan 120 minit perlawanan Piala FA pada Januari, sebelum turut beraksi tiga minit terakhir menenyang lawan yang sama di aksi Premier League beberapa minggu selepas itu.

8. Ki-Jana Hoever โ€“ Wolves
Usia: 18 tahun, 8 bulan, 9 hari
Debut: West Ham 4-0 Wolves

Liverpool menggunakan Ki-Jana Hoever untuk meyakinkan Wolves menjual Diogo Jota dan pada masa yang sama memperolehi ยฃ10 juta hasil penjualan pemain ini.

Sepertimana pemain muda lain di Liverpool, Ki-Jana Hoever juga bergelut untuk mencuri perhatian daripada Jurgen Klopp. Beliau telah melakukan 15 penampilan sejak menyertai Wolves.

9. Mason Greenwood โ€“ Manchester United
Usia: 18 tahun, 11 bulan, 19 hari
Debut musim ini: Manchester United 1-3 Crystal Palace

Mason Greenwood boleh dianggap sebagai pemain veteran di dalam senarai ini. Beliau telah melakukan 32 penampilan Premier League sebelum melakukan penampilan pertama Manchester United musim ini yang berakhir dengan kekalahan.

Greenwood adalah simbol kejayaan akademi Manchester United. Ada kalanya kita lupa usianya masih 18 tahun.

10. Caleb Watts โ€“ Southampton
Usia: 19 tahun, 10 hari
Debut: Southampton 1-3 Arsenal

 

The London-raised Australia youth international has come off Ralph Hasenhuttlโ€™s bench twice since his debut against Arsenal: โ€œI was talking to a team-mate afterwards and I was telling him it felt surreal to be out there playing with Willian in front of me.โ€ Willian has had that effect on a few people this season.

Penutup

Seperti yang kita tahu Premier League adalah antara liga paling sukar di dunia. Tidak semua dari mereka mampu beraksi di tahap setinggi Premier League jika gagal mengekalkan disiplin dan tahap prestasi masing-masing.

Siapakah yang berpotensi pergi jauh? Nyatakan pandangan anda melalui platform yang kami sediakan.

 

Page Semuanya BOLA yang lama kini sedang menghadapi masalah. Jadi untuk terus membaca artikel-artikel menarik dan berkualiti, jangan lupa like dan follow page baharu Semuanya BOLA (fb.com/semuanyabolaofficial) dan siaran Telegram (t.me/mysemuanyabola).

Baca juga artikel kami yang lain mengenai bola sepak Eropah:

5 Pemain Karier Mereka Menderita Di Barcelona Kerana Messi

Lihat Rekaan Jersi Away adidas Untuk 6 Negara Sempena Euro 2020

Statistik Buktikan Haaland Adalah Penyerang Terbaik Di Eropah Pada Hari Ini

Kenali Liverpool FC, Kelab Montevideo Yang Tamatkan Penantian 113 Tahun Kejuaraan

 

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khasย untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN