Hugo Rodallega: Pemain Yang Memerlukan 15 Tahun Buktikan Diri Lebih Power Dari Messi

Bagi anda yang sudah lama mengikuti Premier League, anda pasti ingat akan nama Hugo Rodallega.

Rodallega paling diingati di Premier League ketika bersama Wigan. sebelum beliau berhijrah menyertai Fulham.

Pemain ini bolehlah dianggap sebagai cult hero di kalangan  bintang-bintang bola sepak yang pernah beraksi di EPL, paling diingati kerana momen-momen tertentu sepanjang karier.

Pada hari ini Rodallega beraksi di Turki bersama Denizlispor, dan baru-baru ini beliau menghasilkan voli cantik dari luar kotak penalti perlawanan menentang Genclerbirligi.

Penyerang berusia 34 tahun itu menerima hantaran bola lambung dari rakannya di sebelah kanan serangan, dan terus merembat bola itu menuju ke far post – menewaskan penjaga gol Kristoffer Nordfeldt.

Jaringan itu memberikan kelebihan 1-0 dan cukup untuk memberikan kemenangan untuk pasukan Rodallega.

Media sosial memberikan pelbagai reaksi terhadap gol oleh Rodallega ini.

Ada yang menyamakannya dengan jaringan yang beliau pernah hasilkan dalam perlawanan menentang Aston Villa pada 2009.

Ia juga mengingatkan ramai mengenai kenyataan dari pemain itu sendiri satu masa dahulu yang membandingkan dirinya dengan Lionel Messi.

https://twitter.com/DarrenSpherical/status/821444513885458433?ref_src=twsrc%5Etfw%7Ctwcamp%5Etweetembed&ref_url=https%3A%2F%2Fwww.sportbible.com%2F

Kedua-dua pemain tampil di Kejohanan Bawah-20 Amerika Selatan pada 2005 yang dijuarai oleh Colombia.

Rodallega memenangi Kasut Emas selepas menjaringkan 11 gol. Messi pula di belakang dengan lima gol.

“Tiada keraguan lagi bahawa saya lebih baik dari Messi, tetapi perbezaan besarnya adalah beliau bermain bersama Barcelona dam saua bersama Deportes Quindio.”

Jika gol ini merupakan indikasi bagi Rodallega sebagai perbandingan dengan Messi, maka beliau memerlukan 15 tahun untuk membuktikan kata-katanya itu.

Sekurang-kurangnya beliau buktikan apa yang dirinya pernah katakan dulu.

 

Page Semuanya BOLA yang lama kini sedang menghadapi masalah. Jadi untuk terus membaca artikel-artikel menarik dan berkualiti, jangan lupa like dan follow page baharu Semuanya BOLA (fb.com/semuanyabolaofficial) dan siaran Telegram (t.me/mysemuanyabola).

Baca juga artikel kami yang lain mengenai bola sepak Eropah:

5 Pemain Karier Mereka Menderita Di Barcelona Kerana Messi

Lihat Rekaan Jersi Away adidas Untuk 6 Negara Sempena Euro 2020

Sebelas Pemain Buangan UEFA Yang Lebih Hebat Daripada Steven Gerrard

Kenali Liverpool FC, Kelab Montevideo Yang Tamatkan Penantian 113 Tahun Kejuaraan

 

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN