5 Pemain Karier Mereka Menderita Di Barcelona Kerana Messi

Digandingkan dengan Lionel Messi mungkin adalah impian setiap pemain bola sepak profesional. Maka tidak hairanlah selama ini ramai yang sanggup menyertai Barcelona.

Namun demikian ramai juga pemain yang mendapati karier mereka semakin sukar selepas berhijrah ke Nou Camp. Ada banyak sebab mengapa seseorang pemain bergelut di kelab baharu.

Lima pemain berikut pula bergelut kerana adanya Lionel Messi.

Pedro

 (Photo by JAVIER SORIANO / AFP)

La Masia pernah dikenali sebagai kilang bakat baharu buat Barcelona. Pada ketika La Masia kaya dengan produk-produk baharu, rata-rata pemain-pemain muda ini berhadapan dilema sama ada untuk kekal di Barcelona atau mencari peluang di tempat lain.

Mangsa paling jelas berhadapan situasi sebegini adalah Pedro. Beliau pertama kali menyertai skuad utama pada 2008 pada ketika Barcelona sedang mendominsi Eropah. Walaupun Pedro dilihat sebagai pemain yang berkualiti, bakat beliau di Nou Camp sering dilihat sebagai pemain sokongan. Sepanjang tujuh musim bersama Barcelona, Pedro telah diarahkan beraksi di pelbagai posisi serangan tanpa posisi yang tetap.

Pemain ini sebenarnya adalah seorang pemain sayap semulajadi. Beliau juga boleh bermain sebagai seorang penyerang. Namun disebabkan Messi turut beraksi di kedua-dua posisi tersebut, telah menyebabkan Pedro tidak dapat beraksi secara konsisten di poisisi kegemarannya. Bakat Pedro menyerlah ketika membantu Chelsea menjuarai Premier League pada musim pertamanya di England.

Alexis Sanchez

 (Photo by JOSEP LAGO / AFP)

Sanchez tiba di Barcelona sebagai seorang pemain muda yang gemar melakukan aksi memukau menewaskan pemain pertahanan lawan dengan larian dan tipu helah. Beliau mempunyai kepantasan dan kualiti sebegini akan memberikan masalah kepada mana-mana pemain pertahanan.

Di Barcelona Alxis Sanchez dianggap gagal menampilkan potensi sebenarnya yang sentiasa dibayangi oleh kehadiran Messi. Sebagai bukti Sanchez mempunyai kualiti untuk menjadi pemain bertaraf dunia ialah ketika beliau bersama Arsenal.

Sanchez paling menyerlah sekiranya diberikan kebebasan untuk berada di final third serangan. Tetapi di Barcelona beliau diberian peranan berbeza dengan beraksi di blok lebih rendah. Corak permaianan tiki-taka juga tidak sesuai untuk menampilkan kemampuan Sanchez yang lebih gemar mengambil risiko.

Samuel Eto’o

(Photo by LLUIS GENE / AFP)

Kebanyakkan pengurus yang pernah mengendalikan Samuel Eto’o berpendapat pemain ini sukar untuk dikendalikan. Beliau pernah mempunyai masalah dengan Frank Rijkaard, Ronaldinho dan Jose Mourinho sepanjang kariernya. Tetapi masalah terbesar Eto’o ialah ketika di bawah kendalian Pep Guardiola.

Samuel Eto’o dilihat sebagai penyerang yang amat prolifik untuk Barcelona. Beliau adalah pemain yang sanggup bekerja keras dan telah menjuarai treble bersama kelab Catalan itu pada musim 2008/09 pada musim pertama Pep Guardiola bergelar pengurus.

Namun selepas pertelingkahan dengan Guardiola, Eto’o mulai disisihkan dan pada yang sama Lionel Messi menuntut untuk beraksi sebagai penyerang utama pasukan. Sukar untuk mengabaikan Messi pada ketika itu kerana ratio jaringganya yang tinggi. Situasi ini menyebabkan Eto’o akhirnya pasrah untuk meninggalkan Nou Camp dan menyedari peluangnya semakin sukar selepas itu.

David Villa

 (Photo by JOSEP LAGO / AFP)

David Villa dilihat sebagai salah seorang penyerang terbaik sepanjang zaman dalam sejarah bola sepak Sepanyol. Acap kali digandingkan dengan Fernando Torres, pada prestasi terbaik, tiada lawan yang mampu mengekang mereka. Di sebalik kejayaan bersama negaranya, Villa gagal mengulangi rentak yang sama di Barcelona, dan kehadiran Messi dipercayai mempunyai kaitan atas kegagalan tersebut.

Masalah David Villa yang berpunca dari Messi mempunyai persamaan dengan masalah yang dihadapi ramai pemain lain. Messi mahu beraksi sebagai penyerang utama, menyebabkan Villa beraksi sebagai pemain sayap. Ada juga perlawanan di mana Villa menyerlah di posisi sayap – kerana kualiti yang beliau miliki.

Dan apabila Messi menuntut pemain sayap yang lebih pantas beraksi di posisi tersebut, ia jelas adalah bagi Villa tempoh beliau di Barcelona mulai berakhir.

Zlatan Ibrahimovic

 (Photo by JAIME REINA / AFP)

Zlatan Ibrahimovic adalah jenis pemain yang menjadikan kemenangan sebagai perkara terutama dan telah beraksi dengan beberapa kelab besar di Eropah. Pemain antarabangsa Sweden itu turut pernah beraksi bersama Barcelona pa 2009 selepas berhijrah dari Inter Milan dengan nilai €45 juta.

Segalanya bermula dengan baik buat Ibrahimovic di Nou Camp tetapi prestasi beliau pantas merosot selepas itu sebelum beliau menyertai AC Milan secara pinjaman selama dua musim.

Ibrahimovic beraksi dengan baik bersama Barcelona apabila diberikan peranan sebagai penyerang tengah. Tetapi perubahan dilakukan apabila Lionel Messi turut mahu beraksi di posisi tersebut. Akibatnya, Ibarahimovic terpaksa mengalah dan diberikan peranan beraksi di posisi sayap. Pemain itu tidak gembira dengan perubahan tersebut sehingga menyebabkan pertelagahan dengan Pep Guardiola.

“It was a childhood dream and I was walking on air, it started well but then Messi started to talk. He wanted to play in the middle, not on the wing, so the system changed from 4-3-3 to 4-5-1. I was sacrificed and no longer had the freedom on the pitch I need to succeed.”

Ibrahimovic melalui biografi beliau pernah mededahkan bagaimana Messi menghancurkan impian beliau di Nou Camp.

Penutup

Kehadiran Messi telah menyebabkan karier lima pemain di atas menjadi buntu. Semuanya kerana kehadiran Lionel Messi.

Tetapi Messi juga tidak seharunya dipersalahkan. Dengan kebolehan dan kemampuan yang beliau miliki, beliau juga selayaknya diberikan keutamaan. Mana-mana jurulatih turut akan berbuat demikian.

 

Page Semuanya BOLA yang lama kini sedang menghadapi masalah. Jadi untuk terus membaca artikel-artikel menarik dan berkualiti, jangan lupa like dan follow page baharu Semuanya BOLA (fb.com/semuanyabolaofficial) dan siaran Telegram (t.me/mysemuanyabola).

 

Baca juga artikel kami yang lain mengenai Lionel Messi melalui pautan:

Senarai Kereta Mewah Dibeli Messi Sejak Beraksi Bersama Barcelona

4 Perkara Di Sebalik Pendedahan ‘Penuh Kontroversi’ Kontrak Messi Oleh El Mundo

Statistik Menunjukkan Lionel Messi Sedang Mengubah Gaya Permainannya

 

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN