Kenali Liverpool FC, Kelab Montevideo Yang Tamatkan Penantian 113 Tahun Kejuaraan

Liverpool akhirnya menamatkan penantian 113 tahun kejuaraan untuk bergelar juara liga. Namun Liverpool FC yang dimaksudkan di sini bukanlah Liverpool FC yang berpengkalan di Merseyside dan sedang bergelut dengan prestasi selepas menamatkan kemarau 30 tahun kejuaraan pada musim lalu.

Liverpool FC yang dimaksudkan dalam artikel ini ialah pasukan yang bergelar juara pertandingan Clausura Uruguay pada ini selepas menewaskan salah sebuah pasukan utama di Uruguay, Nacional 4-0 di tempat lawan.

Skuad Liverpool kendalian Marcelo Mendez ini melalui separuh musim yang cemerlang selepas merekodkan sembilan kemenangan, empat seri dan dan memiliki kelebihan lapan mata berbanding pencabar tempat kedua ketika saingan masih berbaki dua perlawanan.

Untuk rekod, ini adalah kejuaraan liga pertama Liverpool FC sejak penubuhannya 113 tahun yang lalu.

Asal usul Liverpool FC di Montevideo

Mungkin ramai di kalangan peminat bola sepak di Malaysia tidak mengetahui akan kewujudan Liverpool FC yang berpusat di Montevideo ini. Jika anda adalah salah seorang peminat bola sepak Amerika Latin, nama-nama seperti Club Nacional de Futbal atau pun Club Atletico Penarol adalah nama yang lebih sinonim.

Liverpool FC atau lebih dikenali sebagai Liverpool Montevideo (untuk mengelak kekeliruan persamaan dengan juara bertahan Premier League) sebenarnya bukan sebuah kelab baharu di Uruguay.

Ia ditubuhkan oleh sekumpulan pelajar yang menuntut di Catholic College of the Capichan Fathers di daerah New Paris pada 1908 lagi. Namun penubuhan secara rasminya hanyalah pada 1915. Liverpool FC di England pula ditubuhkan pada 1892, iaitu 15 tahun lebih awal daripada yang diwujudkan di Montevideo.

Pemilihan nama Liverpool oleh kelab di Montevideo ini membuktikan betapa besaranya pengaruh Livepoool dari England pada satu masa dahulu. Faktor hubungan geografi dan budaya adalah antara sebab nama Liverpool turut dipilih.

Walaupun Merseyside dan Montevideo adalah dua bandar dan wilayah berbeza merentas Lautan Altantik, pengaruh Liverpool sebagai sebuah perlabuhan utama di England dan kapal-kapal yang berlayar untuk tujuan import-eksport yang berlabuh di Montevideo telah menjadi penghubung utama menjadikan Liverpool yang kaya dengan sejarah bola sepak tersebar sejauh ke Montevideo.

Wujud juga kisah seorang lelaki yang bernama Jose Freire (dipercayai pedagang) yang menunjukkan Liverpool (di England) di dalam peta dan mengaitkan ia dengan kampung halamannya (di Uruguay).

Persamaan Montevideo dan Merseyside yang cuba disampaikan oleh Jose Freire kemudian kononya disahkan oleh golongan paderi Kristian. Pada era itu, paderi atau ahli agama turut dianggap sebagai ilmuwan.

Pada awal abad ke-20, kelab-kelab Inggeris juga gemar berkunjung ke ibu kota Uruguay untuk pra musim. Antaranya adalah Everton, Southampton, dan Nottingham Forest. Pengaruh bola sepak Inggeris menyebabkan beberapa kelab bola sepak di negara Amerika Latin itu meniru nama kelab-kelab Inggeris, termasuk seteru setempat dan kelab asal Montevideo yang kini dikenali sebagai Montevideo Wanderers.

Wanderers itu sendiri datangnya dari perkataan Inggeris dan bukannya nama latin seperti kebiasaan yang ada pada nama kelab-kelab bola sepak yang lain di situ.

Jersi ala Inter Milan

Berbeza dengan Liverpool FC di England yang sinonim dengan warna merah, Liverpool Montevideo pula terkenal dengan jersi belang biru dan hitam seperti yang digunapakai oleh kelab Serie A, Inter Milan.

Namun pada musim 2005/06 pada ketika Liverpool dari England muncul juara UEFA Champions League menewaskan AC Milan di Istanbul, Liverpool Montevideo turut memperkenalkan jersi berwarna merah yang didedikasikan kepada kejayaan luar biasa The Reds di pentas eropah pada musim itu.

https://twitter.com/LiverpoolFC1915/status/1373820236143722502

Selepas semusim, Liverpool Montevideo kembali memperagakan jersi belang biru dan hitam yang sinonim dengan sejarah kelab tersebut. Liverpool FC kendalian Jurgen Klopp boleh sahaja membalas tribute/ penghormatan yang sama dengan menampilkan kelainan memperkenalkan jersi berwarna biru dan hitam pada musim hadapan sekiranya ingin berbuat demikian sempena kejayaan pertama Liverpool Montevideo merangkul kejuaraan Clausura Uruguay pertama mereka sejak 113 tahun yang lalu.

Estadio Belvedere

Liverpool Montevideo juga beraksi di Estadio Belverdere yang terletak di bandar Montevideo sendiri. Ia adalah sebuah stadium serba guna namun kini digunakan khusus untuk bola sepak sahaja.

Ia mampu menampung kapasiti 10,000 penyokong pada satu-satu masa dan telah dibina pada 1909. Stadium ini walaupun kecil berbanding stadium-stadium utama dunia yang lain tetapi ia menyimpan nilai sejarah tersendiri.

Skuad kebangsaan Uruguay misalnya menyarung jersi warna biru lembut ikonik mereka di stadium ini dalam perlawanan menentang Argentina yang berkesudahan dengan kemenangan 3-1 buat tuan rumah pada 15 Ogos 1910.

Perlawanan tersebut juga menjadi perlawanan pertama di mana Argentina menyarung jersi putih biru yang terkenal dan amat sinonim dengan gergasi dari Amerika Latin itu.

Stadium ini pada mulanya adalah milik Montevideo Wanderers sebelum dipindah milik kepada Liverpool FC.

Apertura dan Clausura

Mungkin ada yang tertanya-tanya mengapa pertandingan bola sepak di kebanyakkan negara di Amerika Latin membawa nama Apertura dan Clausara.

Ini disebabkan pertandingan bola sepak di negara berkenaan dibahagikan kepada dua pusingan setiap musim. Apertura dan Clausara kebiasaannya akan memiliki juara masing-masing. Apertura dan Clausara membawa maksud ‘pembukaan’ dan ‘penutup’.

Liga Apertura akan dimainkan pada separuh musim pertama di negara-negara seperti Bolivia, Chile, Colombia, Ecuador, Panama, Paraguay dan Peru. Di negara-negara lain seperti Argentina, Costa Rica, El Salvador, Guatemala, Honduras, Mexico, Nicaragua, Uruguay dan Venezuela pula ia dimulakan pada separuh kedua musim.

Di saingan liga seperti Argentina, Bolivia, Chile, Colombia, Ecuador, El Salvador, Guatemala, Honduras dan Mexico, setiap bahagian penganjuran adalah satu kejohanan berasingan.

Manakala di Costa Rica, Nicaragua, Panama, Paraguay, Peru, Uruguay and Venezuela, Liga Apertura dan Liga Clausura adalah sebahagian daripada satu pertandingan utama yang lebih besar. Ini bermakna juara liga Apertura atau Liga Clausura bukan juara mutlak kebangsaan, tetapi perlu menunggu pertandingan yang diadakan secara play-off untuk menentukan juara keseluruhan.

Di Mexico sebagai contoh, juara setiap pertandingan (Apertura dan Clausura) akan bermain menentang sesasama sendiri dalam satu perlawanan berasingan untuk menentukan juara mutlak. Di negara lain, pertandingan sebegini dianggap seperti saingan pembuka tirai seperti Piala Komuniti di England atau Piala Sumbangsih di Malaysia.

Format pertandingan di Uruguay

Di Uruguay format in sedikit rumit untuk difahami. Pertandingan bola sepak di Uruguay secara asasnya dibahagi kepada tiga pertandingan membabitkan 16 pasukan,

Pertandingan pertama pada setiap musim ialah Liga Apertura. Setiap pasukan akan beraksi satu pusingan sahaja melibatkan 15 perlawanan sesama sendiri. Pasukan dengan mata tertinggi akan bergelar juara Liga Apetura.

Uruguay juga mempunyai pertandingan berasingan pada pertengahan musim. Berdasarkan kedudukan terakhir Liga Apertura, 16 pasukan akan beraksi di dalam dua kumpulan. Pasukan yang menduduki Nombor ganjil akan diletakkan di dalam Serie A, dan kumpulan yang menduduki kedudukan genap akan bersaing di dalam Serie B.

Juara setiap kumpulan akan berjumpa sesama sendiri untuk menentukan juara mutlak pertandingan pertengahan musim ini yang digelar Torneo Intermedio.

Selepas itu barulah Liga Clausura mengambil tempat. 16 pasukan yang sama sekali lagi akan bertanding sesama sendiri secara satu pusingan membabitkan 15 perlawanan. Pasukan dengan mata tertinggi akan bergelar juara Liga Clausura.

Untuk menentukan juara keseluruhan, jumlah mata terkumpul dari pertandingan yang dilalui di ketiga-tiga pertandingan (Liga Apertura, Torneo Intermedio dan Liga Clasura) melibatkan 37 perlawanan dilalui setiap pasukan akan dikumpul untuk menentukan pemenang dan kedudukan akhir liga bola sepak Uruguay yang digelar Primera Division.

Kedudukan akhir Primera Division ini akan menentukan pasukan yang akan disingkirkan ke divisyen bawahan, dan kelayakan pertandingan peringkat benua.

Rumusan

Demikianlah kisah Liverpool FC dari Montevideo. Tatkala Liverpool FC di England melalui musim serba tidak menentu, sahabat mereka di Uruguay mencipta sejarah tersendiri.

Kita juga mempelajari format perlawanan yang berbeza dari Uruguay. Kita boleh rumuskan format pertandingan adalah berbeza mengikut negara. Perkara terpenting penganjuran ialah sesebuah negara mampu menghadirkan pertandingan domestik yang kompetitif dan menarik untuk diikuti.

 

 

Page Semuanya BOLA yang lama kini sedang menghadapi masalah. Jadi untuk terus membaca artikel-artikel menarik dan berkualiti, jangan lupa like dan follow page baharu Semuanya BOLA (fb.com/semuanyabolaofficial) dan siaran Telegram (t.me/mysemuanyabola).

Baca juga artikel kami yang lain mengenai Uruguay:

‘Cavani Tak Salah’ – Persatuan Akademik Uruguay Tempelak Keputusan FA England

Lucas Torreira: Pemain Yang Dibangunkan Dari ‘Flanker’ Kepada ‘Destroyer’

Oscar Tabarez: Pencetus Semangat Garra Charrua & Bapa Pembangunan Bola Sepak Uruguay

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN