Oscar Tabarez: Pencetus Semangat Garra Charrua & Bapa Pembangunan Bola Sepak Uruguay

Menyaksikan perlawanan membabitkan Uruguay di Piala Dunia, tumpuan anda pasti turut terarah kepada individu bertongkat di kawasan teknikal pasukan.

Sebelum itu, mari kita singkap antara nama-nama hebat di dalam sejarah bola sepak negara Amerika Selatan ini.

Legenda bola sepak Uruguay

Uruguay telah menghasilkan ramai legenda bola sepak dunia sejak menjuarai edisi pertama Piala Dunia pada 1930.

Antaranya ialah pemain pertahanan, Jose Nasazzi dan Hector Castro, yang merupakan anggota skuad 1930.

Football, 1950 World Cup Final, Maracana Stadium, Rio de Janeiro, 16th July 1950, Brazil 1 v Uruguay 2, The Uruguayan team line up before the match (Photo by Bob Thomas/Popperfoto/Getty Images)

Kemudiannya muncul nama-nama seperti Juan Alberto Schiaffino dan Alcides Ghiggia yang  membantu La Celeste mengejutkan Brazil untuk muncul juara Piala Dunia 1950.

Selepas itu muncul Enzo Francescoli, Daniel Fonseca, Rubén Sosa, Diego Forlán atapun Luis Suárez yang lebih sinonim dengan kita pada hari ini.

Óscar Washington Tabárez Sclavo

Óscar Washington Tabárez Sclavo merupakan bekas seorang pemain pertahanan, tetapi mempunyai kisah tersendiri sehingga dianggap setaraf nama-nama hebat lain di dalam sejarah bola sepak Uruguay.

Bersara sebagai pemain pada usia 32 tahun, Tabarez bertukar profesion sebagai seorang guru sebelum menceburkan diri ke dalam bidang kejurulatihan.

(Photo by MARTIN BERNETTI / AFP) (Photo credit should read MARTIN BERNETTI/AFP/Getty Images)

Tugasan pertama di dalam bidang kejurulatihan ialah membimbing skuad Uruguay B-20 di Sukan Pan Amerika pada 1983. Hasilnya, Tabarez dan skuad muda Uruguay membawa pulang pingat emas selepas menewaskan Guatemala.

Itu kisah cinta pertama Tabarez di dalam bidang pengurusan. Hampir 40 tahun berkecimpung di dalam bidang ini, hari ini Tabarez telah membimbing Uruguay di empat edisi Piala Dunia, dan merupakan jurulatih tertua kejohanan, menyamai rekod Otto Rehhagel yang membimbing Greece pada 2010 pada usia menjagkau 71.

Perjalanan karier

Tabarez dilantik sebagai jurulatih skuad utama Uruguay pada 1988, sebelum membimbing pasukan itu ke Copa Amerika pada tahun berikutnya.

Ia adalah kejohanan utama pertama kendalian Tabarez, dan Uruguay ditewaskan oleh Brazil di perlawanan akhir. Walaupun tewas, perjalanan Uruguay di kejohanan tersebut dianggap sebagai satu kejayaan.

(Photo by Peter Robinson – EMPICS/PA Images via Getty Images)

Apatah lagi selepas Uruguay turut menyingkirkan Argentina dan Diego Maradona di peringkat kumpulan.

Kemudian Tabarez membimbing Uruguay ke Piala Dunia 1990 yang berlangsung di Itali. Malangnya, skuad La Celeste disingkirkan oleh tuan rumah di pusingan kedua.

Tabarez kemudian meninggalkan kem Uruguay untuk meraih pengalaman di peringkat kelab di pelbagai negara seperti Boca Juniors, Velez Sarsfield (Argentina), AC Milan, Cagliari(Itali), dan Real Oviedo (Sepanyol).

Oscar Washington Tabarez, Milan Coach (Photo by Neal Simpson/EMPICS via Getty Images)

Hanya sehingga 2006, Tabarez kembali untuk membimbing Uruguay dan proses membina kembali bola sepak negara tersebut dimulakan kembali oleh beliau.

Bapa pembangunan bola sepak Le Celeste

Kembali menyertai kem Uruguay selepas 12 tahun berkelana, Tabarez membawa ideologi beliau tersendiri dalam rangka keseluruhan bola sepak Le Celeste.

Namun demikian terdapat satu perkara yang merungsingkan beliau. Tabarez sedar saingan bola sepak domestik di Uruguay sudah tidak setara dengan tuntutan saingan bola sepak antarabangsa.

Maracaibo, VENEZUELA: Uruguayan national football team coach Oscar Washington Tabarez (R) shows his dejection while his brazilian counterpart Dunga (L) celebrates with his players, at the end of the Copa America Venezuela-2007 semifinals match at Pachencho Romero stadium in Maracaibo, 10 July 2007. Brazil won 5-4 in a penalty shootout after the teams finished the regular time 2-2 and will play the final match next 15 July, with the winner of the other semifinal, Argentina or Mexico. AFP PHOTO / ALEJANDRO PAGNI (Photo credit should read ALEJANDRO PAGNI/AFP/Getty Images)

Liga domestik Uruguay sebenarnya memiliki beberapa bakat muda dan prospek berpotensi. Begitu juga dengan beberapa nama bintang yang berstatus veteran.

Namun di sebalik perantaraan ini, kekuatan tersebut masih tidak mencukupi untuk dijadikan asas mewujudkan pasukan kebangasan mengikut norma Tabarez.

Bakat muda yang merantau berkemungkinan besar terus melupakan Uruguay untuk bersama negara lain ketika bola sepak pada hari ini mulai memasuki era globalisasi.

Bagaimana hendak membentuk sebuah skuad kebangsaan yang mantap dan berdaya saing?

(Photo credit should read MIGUEL ROJO/AFP/Getty Images)

Solusi tebaik ialah untuk membina dengan melakukan pelaburan kepada skuad remaja kebangsaan. Tabarez dan pasukannya bertindak ‘turun padang’, dengan harapan menemui bakat baru yang berpotensi menyinar di peringkat tertinggi.

Ciri utama pencarian bakat baharu oleh Tabarez ialah ‘kepantasan’: kepantasan dari segi gerakan, kepantasan berfikir, dan kepantasan secara teknikal.

Selepas pemain-pemain dengan identiti sebegini ditemui, Tabarez dan pasukannya kemudian memberikan pendidikan sewajarnya, sebagai input wajib sebelum seseorang pemain layak bergelar ahli anggota Le Celeste.

Garra Charrua: Tiang keramat La Celeste

Selain daripada stabiliti dan pembangunan bakat muda untuk membentuk sebuah skuad kebangsaan yang berkualiti, Tabarez turut memiliki senjata rahsia yang digelar ‘Garra Charrua’ di dalam Bahasa Latin.

Secara literal, ia membawa makna ‘Tiang Cakaran’. Secara harfiah, ia menjelaskan jenis karakter pemain yang dikehendaki Tabarez untuk menyarung jersi Uruguay.

Ia adalah motto dan juga falsafah yang digunakan oleh Tabarez untuk membentuk mentaliti pemain untuk sentiasa mempercayai diri mereka adalah lebih baik daripada pasukan lawan.

Uruguay’s coach Oscar Washington Tabarez (R) talks with Uruguay’s football player Maxi Pereira before a training session in La Serena, Coquimbo, Chile on June 19 2015, during the Copa America football championship. AFP PHOTO/VLADIMIR RODAS (Photo credit should read VLADIMIR RODAS/AFP/Getty Images)

Selain itu, ia merupakan sejenis pendekatan untuk pemain untuk menerapkan nilai patriotik dan rasa bangga menyarung jersi warna biru langit skuad La Celeste.

Alasannya mudah. Sering dibayangi oleh jiran tetangga seperti Brazil, Argentina, dan Chile, La Celeste memerlukan lebih dari keupayaan teknikal dan taktikal untuk menghasilkan impak positif di atas padang.

“Bola sepak Uruguay sering dituduh dengan corak permainan kasar. Sama ada ia tuduhan yang berasas atau tidak, Uruguay tidak pernah dilihat dari segi fair play. Kami memberi respon dengan melahirkan ramai pemain berbakat.”

(Photo by Jamie McDonald/Getty Images)

“Namun ia sukar dilakukan apabila negara anda hanya memiliki sekitar 3.5 juta rakyat sahaja. Jika Uruguay hari ini berjaya menghasilkan seorang pemain berkualiti, ia bersamaan dengan 20 orang yang dihasilkan oleh negara seperti Brazil atau Argentina dalam tempoh yang sama.”

“Kerana itu, Uruguay harus memiliki kelainan untuk melihat bola sepak,” jelas Tabarez mengenai kaedah yang diterapkannya itu.

 

Impak Garra Charrua boleh dilihat dengan jelas, dan turut mengundang kontroversi. Antaranya insiden Luis Suarez menahan bola dengan tangan di peringkat suku akhir Piala Dunia 2010 menentang Ghana, yang kemudiannya berhasil memacu mereka ke separuh akhir.

Empat tahun kemudian, sekali lagi Suarez dipalit kontroversi apabila menggigit pemain pertahanan lawan, Giorgio Chiellini sebelum Itali tersingkir. Uruguay kemudian layak ke pusingan kalah mati.

Begitu juga jaringan minit akhir Jose Jimenez, setelah Uruguay terlebih dahulu bergelut sepanjang perlawanan menentang Mesir di Rusia tempoh hari.

Semua itu didorong oleh mentaliti tidak ingin kalah yang diterapkan oleh Tabarez melalui pendekatan ‘Garra Charrua’.

Rusia 2018 dan masa depan bola sepak Uruguay

Tabarez sepatutnya tidak bersama Uruguay untuk Piala Dunia di Rusia. Malah beliau sepatutnya bersara penuh dari bola sepak dua tahun yang lalu selepas disahkan menghidapi sejenis penyakit neuron yang digelar, Guillain-Barré Syndrome.

Penyakit tersebut memaksa Tabarez terpaksa menggunakan tongkat untuk bergerak, dan adakalanya kerusi roda. Memegang semangat ‘Garra Charrua’, Tabarez berkata tidak ada perkara yang boleh menghalang beliau untuk melakukan apa yang paling disukainya selama ini.

(Photo credit should read NICHOLAS KAMM/AFP/Getty Images)

Mengenai masa hadapan bola sepak negaranya, Tabarez agak bermadah, namun optimis dengan apa yang akan berlaku seterusnya.

“Uruguay pernah digelar kuasa bola sepak dunia. Kami menang dua kejuaraan Piala Dunia, dan tidak pernah kalah sehingga pada kejohanan 1954 di Switzerland kepada Hungary.”

“Ini bermakna kita harus terus bekerja keras untuk tahun-tahun di mana kita telah ketinggalan,” ujar beliau satu ketika dahulu.

Di kalangan 23 pemain yang dibawa ke Rusia, lima daripadanya terdiri daripada pemain di bawah usia 23 tahun.

(Photo credit should read FABRICE COFFRINI/AFP/Getty Images)

Di bahagian pertahanan, Jose Jimenez adalah pilihan bek tengah utama untuk digandingkan dengan Diego Godin. Manakala nama-nama seperti Lucas Torreira, Rodrigo Bentancur, dan Nahitan Nandez satu hari nanti bakal menjadi tunjang di bahagian tengah.

Tidak ketinggalan ialah Maximilliano Gomez yang akan menggantikan watak Luis Suarez dan Edinson Cavani di bahagian hadapan.

Tidak berada di dalam senarai skuad ke Rusia ialah pemain tengah berusia 19 tahun, Federico Valverde yang dipinjamkan ke Deportivo La Caruna oleh Real Madrid pada musim lalu.

SAMARA, RUSSIA – JUNE 25, 2018: Uruguay’s Edinson Cavani, Nahitan Nandez, Rodrigo Betancur, Maximiliano Gomez, and Lucas Torreira (L-R front) (Photo by Yegor AleyevTASS via Getty Images)

Selain itu, nama-nama seperti Gaston Siva, Diego Laxalt, Giorgian de Arrascaeta, dan Matias Vecino dijangka akan terus menghiasi barisan skuad Le Celeste untuk tempoh sekurang-kurangnya untuk 4 tahun yang akan datang.

Aura Tabarez di dalam DNA Uruguay sebenarnya sangat kuat. Di kalangan pemain sedia ada pada hari ini, hanya Diego Godín, Maxi Pereira and Cristian Rodríguez yang bukan memperolehi penampilan pertama antarabangsa di bawah kendalian Tabarez.

Rumusan

Sehingga artikel ini ditulis, masih belum ada sebarang mengenai masa depan Tabarez bersama La Celeste selepas kejohanan Piala Dunia ini.

Tabarez akan berusia 75 tahun ketika Qatar menjadi tuan rumah edisi seterusnya.

Apa jenispun perjalanan yang dipilih oleh Tabarez selepas ini, dunia sudah mengetahui bahawa beliau telah meninggalkan satu legasi untuk La Celeste.

Di dalam dunia dan pandangan mata Oscar Tabarez, semuanya berkemungkinan buat Uruguay.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN