Statistik Buktikan Haaland Adalah Penyerang Terbaik Di Eropah Pada Hari Ini

Erling Haaland mengeggarkan bola sepak eropah dengan ratio jaringan luar biasanya bersama RB Salzburg dan juga Borussia Dortmund selepas itu.

Tidak cukup dengan aksi luar biasa di Bundesliga, Haaland turut menyerlahkan taringnya di pertandingan UEFA Champions League (UCL) untuk menempatkan dirinya sebaris penyerang-penyerang handalan lain dari serata eropah.

Statistik berikut diambil berdasarkan 14 perlawanan Champions League yang telah dilalui oleh Haaland, dan dibandingkan dengan jumlah perlawanan sama yang pernah dilalui oleh penyerang-penyerang yang ada pada hari ini.

Di manakah Haaland berbanding penyerang-penyerang handalan di Eropah ini?

Erling Haaland

(Photo by Ina Fassbender / various sources / AFP) / DFB REGULATIONS PROHIBIT ANY USE OF PHOTOGRAPHS AS IMAGE SEQUENCES AND QUASI-VIDEO.

Usia: 20 tahun
Jumlah perlawanan: 14
Jumlah Gol: 20
Jumlah percubaan: 45
Percubaan tepat: 29
Bantuan gol: 2

Haaland adalah kelibat yang menggerunkan bagi mana-mana pemain pertahanan. Pemain antarabangsa Norway ini bukan sahaja prolifik dihadapan gawang apabila menjaringkan gol dalam 12 daripada 14 perlawanan dilaluinya. Malah percubaan beliau ke arah gol juga amat tepat.

20 gol dari 45 percubaan yang dilakukannya, ini bermakna Haaland menyempurnakan 44% peluang yang beliau miliki. Bagaimanakah statistik ini jika dibandingkan dengan penyerang-penyerang ternama lain yang beraksi di Eropah pada hari ini?

Lionel Messi

Albert Ferrer Lionel Messi
. (Photo by Alex Caparros/Getty Images)

Usia: 20 tahun

Jumlah perlawanan: 14
Jumlah gol: 4
Jumlah percubaan: 38
Percubaan tepat: 17
Bantuan gol: 1

Dianggap sebagai antara pemain terbaik sepanjang zaman, Lionel Messi turut beraksi perlawanan ke-14 UCL pada usia 20 tahun. Pada peringkat awal karier di Barcelona, Messi beraksi sebagai pemain sayap dan kecederaan adalah antara musuh utamanya.

Disebabkan itu, Messi tidak dianggap sebagai mesin gol pada awal kariernya. Hanya 4 gol dihasilkan dari 14 perlawanan UCL pertamanya dengan 11% ketepatan percubaan dihasilkan.

Cristiano Ronaldo

Khelaifi
(Photo by Michael Regan/Getty Images)

Usia: 20 tahun
Jumlah perlawanan: 14
Jumlah gol: 0
Jumlah jaringan: 35
Jumlah percubaan: 13
Assists: 1

Digelar Mr. Champions League, Ronaldo menjaringkan 134 gol di pertandingan elit kelab eropah ini. Namun demikian Ronaldo bermula dengan perlahan. Pada ketika beliau tampil untuk perlawanan ke-14, Ronaldo masih gagal menghasilkan sebarang jaringan bersama Manchester United pada ketika itu.

Sentuhan penyudah pertama yang dihasilkan oleh Ronaldo hanya tiba pada perlawanan ke-27. Dibandingkan dengan pencapaian Haaland, Ronaldo jelas jauh ketinggalan pada usia dan jumlah perlawanan yang sama di eropah.

Robert Lewandowski

Nagelsmann Lewandowski
(Photo by David Ramos/Getty Images)

Usia: 24
Jumlah perlawanan: 14
Jumlah gol: 6
Jumlah percubaan: 41
Percubaan tepat: 13
Assists: 4

Sejak Haaland melakukan penampilan pertamanya di UCL pada musim lalu, hanya Robert Lewandowski mampu meneruskan rentak jaringan sama dengan pemain dari Norway itu.

Pemain antarabangsa Poland itu setaat ini telah menjaringkan 19 gol, dan berharap akan menambah jumlah jaringan tersebut ketika Bayern Munich menyambung aksi seterusnya. Namun demikian, ketika Lewandowski tampil buat kali pertama bersama Dortmund, rekod jaringan beliau selepas 14 perlawanan adalah jauh sama sekali berbanding Haaland dan hanya mampu menjaringkan 6 gol.

Since Haaland debuted in the Champions League last season only Robert Lewandowski has kept pace with his scoring. The Polish striker currently has 19 goals, and will hope to add to that when Bayern Munich next play. However, when Lewandowski was first emerging with Borussia Dortmund, he was nowhere near that prolific, scoring just six times.

Karim Benzema

Karim Benzema Madrid
(Photo by Antonio Villalba/Real Madrid via Getty Images)

Usia: 20 tahun
Jumlah perlawanan: 14
Jumlah gol: 10
Jumlah percubaan: 53
Percubaan tepat: 27
Assists: 1

Amat mudah untuk sesiapa sahaja melupakan Karim Benzema kerana sebelum ini beliau kerap bermain sebagai pemain sokongan di Real Madrid. Namun sentuhan penyudah beliau tidak pernah diragui.

Beraksi besama Lyon pada usia 24 tahun, Benzema turut melakukan penampilan ke-14 di UCL bersama kelab Ligue 1 itu. Walaupun bersama kelab yang lebih kecil, Benzema masih mampu menjaringkan 10 gol dalam 14 perlawanan pertamanya di UCL.

Luis Suárez

Ronald Koeman
(Photo by Berengui/DeFodi Images via Getty Images)

Usia: 28 tahun
Jumlah perlawanan: 14
Jumlah gol: 7
Jumlah percubaan: 54
Percubaan tepat: 22
Assists: 6

Bakat Luis Suarez bermula di Ameria Selatan dan beliau hanya melalui 14 perlawanan Champions League pada usia 28 tahun. Suarez turut pernah menikmati kejayaan Champions League pada musim 2014/15 bersama Barcelona.

Di sebalik usia yang lebih matang berbanding Haaland ketika beraksi perlawanan ke-14 di UCL, Suarez hanya berjaya menjaringkan tujuh gol. Namun demikian Suarez turut menghasilkan 6 assist untuk menggariskan kualiti yang dimilikinya yang lebih menyeluruh.

Neymar

Neymar PSG
(Photo by Manu Fernandez/Pool via Getty Images)

Usia: 22 tahun
Jumlah perlawanan: 14
Jumlah gol: 6
Jumlah percubaan: 47
Percubaan tepat: 16
Assists: 3

Penyerang sensasi dari Brazil, Neymar memperkenalkan dirinya ke pertandingan Champions League denga penuh bergaya walaupun bergandingan dengan Luis Suarez dan Messi yang lebih banyak diberikan tumpuan.

Dari segi produktiviti, Neymar tidak setanding Haaland. Jelas sekali Neymar bukan seorang penyerang No.9 sejati untuk berbuat demikian. Namun 14 jaringan yang dihasilkannya bersama 3 bantuan gol sudah cukup bagus untu dijadikan perbandingan di dalam senarai ini.

Kylian Mbappé

kylian-mbappe-psg-farmers-league
FOTO: Transfermarkt

 

Usia: 18 tahun
Jumlah perlawanan: 14
Jumlah gol: 9
Jumlah percubaan: 33
Percubaan tepat: 17
Assists: 3

Erling Haaland telah memecahkan pelbagai rekod jaringan di eropah dan kebanyakkan rekod tersebut sebelum itu dihasilkan oleh Kylian Mbappe. Pemain muda Perancis itu mulai mendapat perhatian di UCL bersama Monaco pada 2017 pada usia 18 tahun.

Kadar jaringan beliau juga cukup hebat dan melalui 14 perlawanan UCL bersama Monaco dan kemudiannya PSG dengan menghasilkan sembilan gol. Secara keseluruhannya Mbappe menyempurnakan 27% peluang yang beliau miliki. Statistik ini jauh berbanding apa yang dilakukan oleh Haaland, namun perlu diingat Mbappe melakukannya pada usia yang jauh lebih muda.

Edinson Cavani

Usia: 27 tahun
Jumlah perlawanan:14
Jumlah gol: 9
Jumlah percubaan: 34
Percubaan tepat: 16
Assists: 2

Seperti rakan senegaranya Luis Suarez, Edinson Cavani turut dianggap sebagai late bloomer di pertandingan Champions League. Beliau hanya beraksi perlawanan ke-14 di pertandingan ini pada usia 27 tahun.

Secara keseluruhan, Cavani telah menjaringkan sembilan gol, menyempurnakan 26% dari peluang yang beliau miliki untuk Napoli dan juga PSG.

Zlatan Ibrahimovic

Zlatan Ibrahimovic AC Milan Serie A
(Photo by Nicolò Campo/LightRocket via Getty Images)

Usia: 21 tahun
Jumlah perlawanan
Jumlah gol: 5

Amat sukar membayangkan pemain pada usia seperti Zlatan Ibrahimovic masih beraksi di peringkat tertinggi pada hari ini. Beliau berkemungkinan besar akan kembali mengegarkan pentas kelab elit eropah ini bersama Manchester United pada musim hadapan.

Penyerang dari Sweden ini sebenarnya tidak pernah cemerlang di dalam pertandingan eropah ini dan hanya menjaringkan lima gol dari 14 penampilan.

Rumusan

Berdasrkan statistik ringkas di atas, Haaland jelas berada pada tahap beliau tersendiri. Stastistik ini turut membuktikan beliau adalah penyerang paling berbisa di eropah pada ketika ini.

Jika beliau mampu mengekalkan prestasinya, tidak mustahil akan lebih banyak rekod akan diatasi oleh pemain ini pada masa hadapan.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN