Andalusia adalah salah sebuah wilayah yang berada di dalam jajahan Sepanyol. Walaupun berada di dalam jajahan Sepanyol. Andalusia merupakan komuniti berautonomi yang mempunyai penduduk yang paling ramai. Wilayah Andalusia meliputu Almería, Cádiz, Córdoba, Granada, Huelva, Jaén, Málaga dan Seville.
Andalusia terkenal kerana menjadi pusat kerajaan Islam Bani Umaiyyah pada abad ke-8. Bandar-bandar seperti Córdoba dan Granada telah berkembang menjadi pusat ilmu serantau pada zaman itu.
Andalusia bagaimanapun dikuasai oleh kerajaan Kristian selepas abad ke-15 dalam peristiwa-peristiwa yang dikenali sebagai Reconquista. Anda boleh melakukan carian sendiri mengenai sejarah tanah Andalusia.
Di sebalik sebuah wilayah yang kaya dengan sejarah perkembangan Islam di Eropah satu ketika dahulu, tahukah anda bahawa ia juga mempunyai salah sebuah kelab bola sepak terhebat di Sepanyol yang dikenali sebagau Granada CF.
Berikut ialah 10 fakta menarik mengenai Granada CF, lawan yang akan berhadapan Manchester United di suku akhir Europa League musim ini.
1. Granada CF ditubuhkan pada 1931
Granada CF tidaklah kaya dengan sejarah sepertimana kelab-kelab besar eropah yang lain. Namun ia cukup untuk diraikan oleh penyokong-penyokong setia kelab tersebut. Ditubuhkan pada 1931, tahun ini Granada bakal meraikan ulang tahun ke-90 penubuhan kelab. Pada awal penubuhannya, kelab bola sepak ini dkenali sebagai Recreativo de Granada.
Founded on this day in 1931 – Granada CFhttps://t.co/tobyVdRxMC pic.twitter.com/Uj8h4Jyblj
— Estadios de España (@estadios_Spain) April 6, 2016
2. Antonio Bombillar
Antonio Bombillar tercatat di dalam sejarah Granada CF sebagai penjaring gol pertama kelab tersebut. Bombillar kemudiannya menjadi salah seorang pemain bintang pada musim 1931/32 dengan membantu Granada memenangi kejuaraan Tercera Regional – kejohanan yang berasaskan wilayah di dalam bola sepak Sepanyol pada ketika itu.
3. Estadio Nuevo Los Cármenes
Granada CF beraksi perlawanan di tempat sendiri di Estadio Nuevo Los Carmenes yang terleta di selatan Granada. Stadium ini dirasmikan pada 1995 dan lawan pertama yang berkunjung ke stadium ini ialah Real Betis pada Ogos tahun yang sama.
4. Merah dan putih
Merah dan putih adalah warna rasmi Granada CF, walaupun warna biru turut dimasukkan sekali dalam warna jersi mereka. Ini kerana biru adalah warna asal yang dimiliki oleh kelab. Corak garisan secara vertikal telah digunakan sehingga 1970an, sebelum rekaan garisan melintang digunapakai sehingga ke hari ini.
Color match.#Joma #JSUSA #GranadaCF #LaLiga2 #Soccer #Fútbol #Futsal #TeamUniform #Jersey #Cleats #YouthSoccer #SoccerBall #ESPNFC #UPSL #USYSA #Goal #TrainwithJoma pic.twitter.com/01FS2W4ZzN
— Joma Sport Dealer USA (@jomasport_usa) April 9, 2018
5. Nama jolokan
Granada CF memiliki beberapa nama jolokan. Antaranya ialah Nazaríes (Nasrids), El Graná, El 5001, dan Filipinos. Nasrid adalah nama yang paling sinonim kerana ia merujuk kepada Dinasti Nasrid yang memerintah Granada pada abad ke 13 sehingga ke-15. Dinasti Nasrid adalah kerajaan yang bertanggungjawab dalam pembinaan Istana Alhambra yang terkenal di Granada.
6. Derby Andalusia
Seperti di mana-mana tempat lain, Granada juga memiliki seteru setempat, iaitu Malaga CF. Kedua-dua kelan berpengkalan di sebelah timur wilayah Andalusia. Perlawanan derbi pertama melibatkan kedua-dua pasukan direkodkan pada 1933. Sejak daripada itu pertemuan di antara kedua-dua kelab dilihat sebagai pertemuan panas oleh kedua-dua kumpulan penyokong. Granada CF bagaimanapun boleh berbangga kerana merekodkan kemenangan lebih banyak iaitu 30 berbanding Malaga 27 kemenangan.
Two Copa del Rey games kick off in just five minutes. 🏆
Espanyol host Osasuna while Granada travel to Malaga for what promises to be a brutal Andalusian derby. Two too-big-for-the-Segunda sides looking for a Primera scalp. Venga. 🔥 #LLL
🧡🇪🇸⚽️ pic.twitter.com/FOlqkJD9xS— La Liga Lowdown 🧡🇪🇸⚽️ (@LaLigaLowdown) January 17, 2021
7. Pemain ternama
Ramai pemain datang dan perg sejak penubuhan Granada CF. Antara pemain yang pernah menyarung jersi kelab ini ialah seperti Yacine Brahimi dan Allan Nyom. Granada sememangnya hampir tidak pernah memiliki pemain terkemuka. Roberto Soldado, Maxime Gonalons (pinjaman Roma) dan Yangel Herrera (pinjaman dari Manchester City) adalah antara yang pernah menyarung jersi Granada.
8. Beraksi di pelbagai peringkat
Granada CF mulai bertanding di liga peringkat wilayah, sebelum beraksi di Tercera Division. Mereka kemudian merangkak naik ke Segunda Division B dan liga utama Segunda Division. Granada akhirnya berjaya layak ke La Liga dan beraksi selama 23 tahun sebelum jatuh pada musim 2016-17 ketika dilatih bekas pemain pertahanan Arsenal, Tony Adams.
Adams holds a #GranadaCF 's jersey as he is flanked by VP Wang and board member Cuerva after being presented as new head coach in Granada. pic.twitter.com/INCUAnhEGJ
— Stad Doha (@StadDoha_en) April 11, 2017
9. Pengurus termuda
Ketika memenangi promosi kembali ke piramid tertinggi bola sepak Sepanyol pada musim lalu, Granada CF dikendalikan oleh pengurus termuda dalam sejarah La Liga, Diego Martinez. Martinez adalah individu yang bertanggungjawab untuk mengembalikan Granada ke La Liga dan masih bergelar pengurus mereka pada hari ini. Musim lalu, Martinez berjaya membawa Granada CF menduduki tangga ke-7 La Liga. Martinez disifatkan sebagai pengurus yang bijak dalam taktikal dan dihormati pemain, dan merupakan tunjang kekuatan kelab dari Andalusia yang bernilai $7.7 juta. Sebagai perbandingan, keseluruhan skuad Barcelona pada hari ini bernilai tidak kurang $1.3 billion. Musim lalu, Granada tewaskan Barcelona 2-0 dan tersingkir kepada Atletico Bilbao di separuh akhir Copa Del Rey pada musim lalu.
After qualifying to European competition for the first time in their 89-year history, Granada are through to the UEFA Europa League quarterfinals.
In under three years, Diego Martínez has taken Granada from 10th in the Segunda to the last 8 in Europa.https://t.co/8v3OjVz6WY pic.twitter.com/uxPfuPZAQ1
— Breaking The Lines (@BTLvid) March 18, 2021
10. Kedudukan musim ini
Pada musim ini Granada menduduki kedudukan ke-8 selepas mengharungi 27 perlawanan hasil 10 kemenangan dan 6 kali seri. Mereka memulaka saingan dengan baik dengan dua kemenangan pertama pada awal musim, namun dibelasah Atletico Madrid 6-1 pada perlawanan ketiga. Di pertandingan Europa League, Granada telah menyingkirkan Napoli dan juga Molde dari Norway setakat ini.
Page Semuanya BOLA yang lama kini sedang menghadapi masalah. Jadi untuk terus membaca artikel-artikel menarik dan berkualiti, jangan lupa like dan follow page baharu Semuanya BOLA (fb.com/semuanyabolaofficial) dan siaran Telegram (t.me/mysemuanyabola).
Baca juga artikel menarik lain melalui pautan di bawah:
Analisis: Perang Taktikal Saingan Suku Akhir Champions League
Asal Usul Slogan ‘Ngap Sayot’ & Propaganda ‘Kucing Hitam’ Yang Pernah Warnai Bola Sepak Sarawak
Kisah Didier Drogba Jadi ‘Pendamai’ Selamatkan Ivory Coast Terus Bermandi Darah