Analisis: Perang Taktikal Saingan Suku Akhir Champions League

Undian suku akhir pertandingan UEFA Champions League (UCL) telah dilakukan semalam. Perlawanan pertama akan diadakan pada 6-7 April akan datang, dan perlawanan timbal balik akan berlangsung pada 13-14 April.

Penulis taktikal terkenal, Michael Cox berpendapat taktikal akan memainkan aspek penting dalam memastikan pasukan yang akan mara ke separuh akhir pada musim ini.

Berikut adalah pandangan taktikal dari beliau mengenai semua empat perlawanan membabitkan lapan pasukan terbaik eropah pada musim ini.

Chelsea vs Porto

Perkara terutama yang perlu diambil dari kemenangan 1-0 Porto ke atas Juventus pada pertemua pertama membabitkan kedua-dua pasukan ialah persamaan sistem Porto dengan apa yang dipraktikkan Diego Simone di Atletico Madrid. Seperti Atletico, Porto bertahan di blok rendah. Sistem 4-4-2 yang kompak kemudian menjadi 5-4-1, dan pada perlawanan kedua adakalanya ia membentuk 6-3-1. Jika sistem bertahan begini diteruskan, maka Chelsea tidak mempunyai masalah

Chelsea pula telah melalui proses transformasi di bawah kendalian Thomas Tuchel dan dilihat cemerlang dalam setiap aspek permainan. Pada awalnya, Tuchel memberikan fokus kepada permainan berteraskan penguasaan dengan struktur pertahanan kental. Tetapi ketika mereka cemerlang menewaskan Atletico, Chelsea menampilkan permainan counter-pressing pada perlawanan pertama sebelum menampilkan kemampuan mereka melakukan counter-attacking pada perlawanan kedua. Di sini dua konsep ini amat penting, kerana seperti Atletico, Porto akan bertahan di blok rendah untuk tempoh masa yang lama, dan akan tampil di dalam bentuk 6-3-1 ketika tidak memiliki penguasaan.

Medi Taremi dan Moussa Marega mungkin akan digandingkan sebagai penyerang oleh pengurus pasukan Sergio Conceicao. Namun fokus Chelsea juga harus kepada pemain tengah Sergio Oliveira denga menutup ruang pemain itu untuk mendapatkan bola. Porto turut berkemampuan menghadirkan ancaman melalui Zaidu Sanusi dari posisi bek-sayap kiri atau Jesus Corona dari sayap kanan – yang menjadi bek sayap ketika berhadapan Juventus. Menentang Chelsea, Corona akan menjadi ancaman kepada Marcos Alonso.

Olivier Giroud pula adalah hero Chelsea dalam perlawanan pertama menentang Atletico, dan boleh digunakan oleh Tuchel sekiranya Porto menampilkan corak permaianan bertahan. Dalam perlawanan bersama Perancis, Giroud berpengalaman berhadapan Pepe dalam aksi penuh fizikal di perlawanan Nations League menentang Portugal pada Oktober lalu. Pepe pula sudah tentu lebih gemar berhadapan pemain seperti Giroud berbanding penyerang yang mempunyai kepantasan.

Manchester City vs Borussia Dortmund

Fokus utama perlawanan ini semestinya datang dari Erling Haaland menentang bekas kelab yang pernah diwakili ayahnya. Begitu juga Jadon Sancho yang akan berhadapan dengan bekas kelabnya buat pertama kali sejak meninggalkan Etihad. Jika Borussia Dortmund bercita-cita untuk menewaskan Manchester City, Dortmund pasti memerlukan kepantasan dan kelebihan kualiti individu pemain di jentera serangan berbanding berhadapan secara terus kepakaran Pep Guardiola mengolah bahagian tengah  City untuk mendominasi perlawanan.

Manchester City dilihat sebagai pasukan terbaik di eropah dari segi permainan pada tahun ini. Corak permainan ultra-fluidity yang ditampilkan kebiasannya tanpa penyerang/strikerless. Dari segi pendekatan, Dortmund tampil berbeza. Kelab Bundesliga itu kerap kali bersandar kepada kemampuan Haaland tatkala City tampak lebih mengancam tanpa pemain penyerang/target man.

Bagi City tugas menjaringkan gol akan dikongsi oleh lima pemain seperti Ilkay Gundogan, Bernardo Silva, Kevin De Bruyne, Phil Foden, Riyad Mahrez dan Raheem Sterling. Gabriel Jesus dan Sergio Aguero kini bukan lagi pemain pilihan wajib untuk mengetuai jentera serangan.

Di sebalik perbezaan tersebut, Dortmund dan City turut mempunyai persamaan. Kedua-dua pasukan memiliki playmaking full-backs dari Portugal. Guardiola akan menggunakan Joao Cancelo yang sentiasa beralih peranan dari bek kanan kepada pemain tengah. Manakala Dortmund pula akan menyandarkan bek kiri, Raphael Guerreiro – seorang bek kiri yang acap kali diguna sebagai pemain tengah – namun akan beraksi secara lebih konvensional di sebelah kiri.

Tumpuan turut terarah kepada pendekatan taktikal oleh Guardiola secara menyeluruh selepas banyak dakwaan beliau sekadar bereksperimen ketika perlawanan kalah mati Champions League musim-musim sebelum ini. Kekalahan kepada Lyon pada musim lalu adalah contoh terburuk dari eksperimentasi ini.

Namun sistem Guariola yang kerap menggunalaj Cancelo sebagai pemain tengah kali in mungkin adalah sistem terbaik untuk menghalang kepantasan dan serangan balas yang dihasilkan oleh Erling Haaland dan Sancho.

Real Madrid vs Liverpool

Perlawanan ini ibarat ulangan perlawanan akhir Champions League musim pada 2018, namun kini kedua-dua pasukan adalah versi diri mereka sendiri yang lebih lemah berbanding pasukan yang tampil di perlawanan akhir tersebut. Kedua-duanya masih memiliki pengurus pasukan yang sama, namun kedua-dua pasukan turut direncatkan dengan krisis kecederaan pada musim ini.

Zidane masih memiliki empat gandingan pemain pertahanan yang sama, dan trio bahagian tengah terdiri dar Casemiro, Luka Modric dan Toni Kroos masih mampu mendominasi siapa pun lawan yang mereka hadapi. Namun pilihan di bahagian serangan sedikit berbeza. Karim Benzema yang sebelum ini adalah pemain sokongan kepada pemain bintang lain kini adalah penyerang utama Real Madrid sendiri. Prestasi Benzema mengekalkan rentak Real Madrid setakat ini, dan beliau dikatakan sudah tidak sabar berhadapan Nathaniel Philips dan Ozan Kabak.

Liverpool yang gemar bertahan di garis atas/ high line tanpa bek tengah pantas (Virigil van Dijk) sentiasa tampak tempang. Kepantasan Vinicius Junior pasti akan merisaukan Jurgen Klopp. Isu kecederaan di bahagian pertahanan sebelum ini turut menimbulkan masalah di bahagian tengaj dan kanan pasukan, walaupun kini tampak lebih stabil selepas Fabinho mulai beraksi di tengah. Gandingan Fabinho, Thiago Alcantara dan Georginio Wijnaldum diharap mampu bersaing dengan bahagian tengah Los Blancos untuk menerajui bahagian tengah.

Liverpool turut mempunya bek sayap yang lebih baik berbanding Real Madrid. Sekiranya Zidane mengekalkan Lucas Vasquez sebagai bek kanan, maka beliau akan berhadapan terus dengan ancaman dari Sadio Mane. Satu lagi pertembungan yang menarik perhatian dalam perlawanan ini semestinya di antara Mohamed Salah dan Sergio Ramos. Pertemuan di Kyiv pada 2018,  Ramos dikatakan sebagai punca kecederaan Salah – perkara yang diungkit sehingga kini.

Bayern Munich vs Paris Saint-Germain

Perlawanan akhir musim lalu dianggap menarik kerana kedua-dua pasukan berusaha memenangi penguasaan bola dan bertahan di garisan atas/high line. Bayern Munich akhirnya muncul juara tetapi Paris Saint-Germain turut memiliki peluang lebih baik pada keseluruhan permainan, dan kali ini pasti mahu membalas dendam.

Keadaan menjelang perlawanan suku akhir kali ini pasti berbeza. Tuchel sudah meninggalkan PSG dan digantikan oleh Mauricio Pochettino. Pengurus dari Argentina itu setakat ini belum lagi berjaya sepenuhnya menerapkan cara beliau sendiri di dalam pasukan. Namun demikian ia sudah cukup untuk PSG dan Pochettino menyingkirkan Barcelona dan mereka melakukannya tanpa kehadiran Neymar.

Pochettino juga turut cuba melakukan beberapa perubahan berbanding apa yang pernah ditampilkan oleh Tuchel. Antaranya dengan menggunakan Marco Verratti sebagai No.10 dalam pertemuan pertama menentang Barcelona. Tetapi Pochettino pasti mahu melakukan asakan awal menentang Bayern nanti dengan bermain secara agresif dan mendominasi perlawanan dengan pressing dari wisel permulaan.

Skuad Bayern Munich pada hari ini juga berbeza berbanding musim lalu. Joshua Kimmich kini berperanan sebagai pemain tengah selepas pemergian Thiago Alcantara. Tetapi ketibaan masuk Leroy Sane dari City memberikan mereka kepantasan di bahagian sayap – aspek yang memainkan peranan penting di perlawanan akhir musim lalu.

Seperti pertemuan pada musim lalu, perlawanan suku akhir kali ini juga berkemungkinan akan menampilkan pertembungan antara barisan penyerang PSG menentang ketangkasan Manuel Neuer di hadapan gawang. Neuer cemerlang menafikan banyak percubaan PSG pada perlawanan akhir tersebut, khususnya percubaan Neymar dalam situasi satu-lawan-satu.

Penutup

Secara keseluruhan, undian suku akhir kali ini tampak seimbang. Pasukan manakah pada pendapat anda akan memiliki kelebihan selepas pertemuan pertama nanti?

Nyatakan pendapat anda melalui platform yang kami sediakan.

 

Page Semuanya BOLA yang lama kini sedang menghadapi masalah. Jadi untuk terus membaca artikel-artikel menarik dan berkualiti, jangan lupa like dan follow page baharu Semuanya BOLA (fb.com/semuanyabolaofficial) dan siaran Telegram (t.me/mysemuanyabola).

Baca juga artikel menarik lain mengenai UEFA Champions League melalui pautan di bawah:

‘Taktikal Tak Penting Dalam Champions League’

Individu Perkenal Champions League Meninggal Dunia

Klopp: “Pemain Liverpool Sudah Kaji 500,000 Video You Tube Aksi Neymar & Mbappe”

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN