Zinedine Zidane: Barcelona Tetap Akan Bersaing Rebut Kejuaraan La Liga

Zinedine Zidane

Pengurus Real Madrid, Zinedine Zidane mengakui bahawa musuh tradisi, Barcelona masih mempunyai kualiti hebat untuk menjadi pencabar utama buat Los Blancos bagi merebut kejuaraan La Liga musim ini.

Kem Barcelona pada ketika seperti badai melanda selepas The Blaugrana terlepas kejuaraan La Liga musim lalu dan lebih parah mereka kecundang 2-8 ketika bertemu Bayern Munich dalam kempen Liga Juara-Juara Eropah.

Sehubungan dengan itu, Pengurus pasukan, Quique Setien dan Pengarah Sukan, Eric Abidal telah dipecat dan saat paling genting buat Barcelona ialah ketika Lionel Messi menyatakan hasratnya untuk meninggalkan kelab tersebut.

Bagaimanapun, Zidane melihat masalah dalaman yang dihadapi Barcelona terutamanya melibatkan Presiden, Josep Bartemeu pada ketika ini tidak akan menjejaskan tumpuan mereka untuk mencabar kejuaraan liga.

”Saya akan menghormati mereka, saya tidak tahu apa yang berlaku di dalam [masalah Barcelona], sebab itulah saya tidak mahu untuk masuk campur urusan orang lain.”

”Saya rasa setiap kelab mempunyai isu dan kesukaran mereka sendiri,” ujar Zidane menurut laporan dikeluarkan Goal.

”Saya rasa dari aspek pasukan dan skuad tersebut, mereka merupakan sebuah kelab yang akan bersaing untuk mencapai segala-galanya [kejayaan].”

”Saya tidak mempunyai keraguan terhadap perkara tersebut,” tambah Zidane lagi.

Real Madrid memulakan kempen La Liga 2020/21 dengan langkah kurang bergaya selepas hanya terikat tanpa jaringan pada aksi sulung bertemu Real Sociedad tempoh hari dan awal pagi esok, juara liga 34 kali itu akan berhadapan dengan Real Betis di Benito Villamarin.

Kredit featured image: Alex Caparros/Getty Images

Baca artikel lain dari kami mengenai Zinedine Zidane:

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN