Kepa Masih Pilihan Utama, Lampard Belum Sedia Turunkan Edouard Mendy

Edouard Mendy Lampard Chelsea

Keterujaan penyokong Chelsea untuk melihat penjaga gol baharu, Edouard Mendy beraksi dalam perlawanan pertamanya pada malam ini tidak kesampaian selepas Frank Lampard mengesahkan pemain antarabangsa Senegal tersebut masih belum bersedia untuk diturunkan.

Menurut Lampard, penjaga gol berketinggian 1.98 meter itu hanya sempat berlatih dengan rakan sepasukannya dalam masa yang singkat dan beliau akan tetap menurunkan Kepa Arrizabalaga dalam perlawanan Liga Perdana Inggeris (EPL) berdepan West Bromwich Albion.

The Blues hanya selesai melengkapkan perpindahan Mendy dari Rennes dengan nilai £22 juta pada Khamis, iaitu hanya dua hari sebelum sepak mula di The Hawthorns.

“Untuk dia bermain esok [hari ini]. ia tidak akan berlaku. Dia telah melalui minggu yang sibuk di mana dia hanya sempat menjalani latihan bersama pasukan dalam masa yang singkat,” ujar jurulatih berusia 42 tahun itu.

“Dia hanya diterbangkan ke sini pada Khamis dan saya rasa terlalu awal untuk meletakkannya memulakan perlawanan.”

Kebanyakan pemerhati bola sepak mengandaikan Mendy yang mempunyai reputasi yang baik di Perancis bakal mengambil alih posisi sebagai penjaga gol pilihan utama mengatasi Kepa yang masih memegang  rekod selaku penjaga gol termahal dunia.

Minggu lepas penjaga gol Sepanyol berkenaan telah melakukan kesilapan yang menyebabkan pasukannya tewas kepada Liverpool. Statistiknya pada musim lepas juga agak menggusarkan penyokong Chelsea dan berharap beliau dapat dipinjamkan kepada mana-mana kelab sebelum jendela perpindahan ditutup tidak lama lagi.

Dalam perkembangan lain, beberapa pemain baharu Chelsea dilaporkan  bersedia untuk diturunkan pada malam ini. Bekas pemain Ajax, Hakim Ziyech yang menjadi pemain pertama yang ditandatangani Chelsea yang sebelum ini dialnda kecederaan lutut telah kembali menjalani latihan.

Thiago Silva dan Ben Chilwell pula sudah pun membuat debut dalam perlawanan Piala Carabao menentang Barnsley pada pertengahan minggu ini.

Kredit Foto: LDNFootbalI

Baca juga artikel kami yang lain mengenai Edouard Mendy dan Chelsea:

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN