Bagaimana Frank Lampard Yakinkan Bakal Pemain Untuk Pilih Chelsea

Frank Lampard Chelsea pemain baharu

Pengendali Chelsea, Frank Lampard mendedahkan yang perbincangan antaranya dan bakal pemain adalah penting bagi meyakinkan mereka untuk berpindah.

Ia merupakan saat paling penting dan memerlukan seseorang pengurus pasukan untuk terlibat. Sebagaimana dalam kes penjaga gol Rennes, Edouard Mendy, ia adalah tugas Petr Cech untuk meyakinkan pemain tersebut bagi memilih Chelsea.

Pengurus perlu ‘jual’ kelebihan kelab kepada bakal pemain

Selain Mendy yang dikhabarkan sudah dalam perjalanan ke Stamford Bridge, musim ini Chelsea telah mendapatkan beberapa lagi pemain ternama iaitu Timo Werner, Kai Havertz, Hakim Ziyech, Ben Chilwell, Thiago Silva dan Malang Sarr.

“Anda pastinya faham dengan cabaran dan persaingan daripada kelab-kelab seperti Liverpool dan Manchester City, anda perlu yakinkan pemain-pemain baharu tentang perkara terbaik mengenai tawaran kelab anda,” jelas Frank Lampard.

Tambahnya lagi sambil menyatakan yang Petr Cech dan beliau ada cara tersendiri, “Saya juga pernah menjadi pemain, jadi caranya adalah bagaimana pengurus mahu ‘menjual’ kelebihan kelabnya kepada pemain itu dan apa visi pengurus itu.”

Beliau turut mendedahkan yang beliau sangat sukakan perbincangan antara Timo Werner dan dirinya. Katanya, “Pemain seperti Timo, kami sangat sangat mahukan beliau di sini dan itulah yang dia mahu dengar daripada pihak kita.”

Perlu komunikasi dua hala

Pengendali berusia 42 tahun itu amat menitik beratkan komunikasi dua hala antara pengurus dan pemain. Ia adalah kunci kejayaan sesebuah kelab itu sendiri.

“Sama juga dengan perbincangan antara saya dan pemain-pemain lain. Saya rasa perbincangan antara pengurus dan pemain sangat penting dalam memastikan hubungan kami kekal positif untuk terus memacu kelab ke hadapan.

“Apa yang penting adalah anda perlu sentiasa melakukan yang terbaik buat kelab anda kerana pencabar-pencabar anda juga akan melakukan perkara yang sama bersama kelab mereka,” jelas Frank Lampard lagi mengenai perkara itu.

“Apa pun saya sangat gembira dengan tahap pemain-pemain yang kita telah bawa masuk ketika ini,” tambahnya lagi yang kini menyatakan beliau dalam fasa untuk menyesuaikan pemain-pemain baharu dengan suasana di Chelsea.

Penutup

Mungkin cara penyampaian Frank Lampard dan Petr Cech tersangat hebat kerana berjaya ‘memukau’ pemain-pemain tersebut yang akhirnya pilih untuk sertai Chelsea.

Masih ingat bagaimana Kai Havertz terus berkeras tetap mahu ke Chelsea walaupun Bayer Leverkusen bertegas yang beliau masih pemain mereka dan tetap dengan pendirian kepada nilai perpindahan yang mereka mahukan kepadanya.

KREDIT FEATURED IMAGE: GOAL.COM

Baca lagi artikel mengenai Frank Lampard dan Chelsea:

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN